Followers

Friday, October 12, 2012

bantu membantu amalan mulia

assalamualaikum......

hik hik baru reti nak bagi salam. mentang2 la hari ni hari jumaat kan. penghulu segala hari. alhamdulillah, syukur di atas nikmat dari Nya. sekejap je dah jumaat. yeahhhh esok ngan lusa cuti. dapat la berjimba bersama keluarga tercinta. nak berjimba ngan en suami jauh la pulak. tak tergapai nanti. insya Allah masa tu akan sampai few weeks lagi. SABAR lah duhai hati.
 
BANTU MEMBANTU AMALAN MULIA
siapa yang setuju sila angkat tangan. bagi mama lynn tak susah mana pun kalau nak praktikkan dalam kehidupan kita sehari-hari. membantu tu bukanlah dalam konteks yang sampai menyusahkan diri kita. banyak perkara yang kita boleh buat kan. di pejabat misalnya andai ada kawan-kawan yang kurang arif menggunakan mesin fotostat dan kebetulan kita arif menggunakan tak salah kita membantu.

pada yang ada banyak masa lapang di rumah tu, apa kata tolong ibu korang buat kerja rumah sikit. daripada goyang kaki takde faedahnya kan. main facebook,twitter @ instagram berjam2 kita boleh kenapa tak boleh luangkan masa untuk membantu ibu kita sendiri. bantu la mana yang terdaya. either basuh kain, jemur kain, kemas rumah, basuh pinggan mangkuk atau menyapu laman rumah. bantu membantu kan amalan mulia. rumah bersih kita pun dapat ganjaran pahala.
 
membantu tidak kira warna KULIT
 
kalau berada di luar dan terjumpa orang yang bertanya arah. sudi-sudikan diri membantu mereka. lebih-lebih lagi bila mereka kurang arif dengan kawasan sekitar. tak kah kita kasihan pada mereka?
 
waima di jalanan sekalipun. bila terpandang golongan tua mahu melintas, bila nampak mereka teragak-agak tak salah kita mendekati mereka dan membantu. sekurang-kurangnya kita dapat memastikan yang mereka dapat melintas dengan selamat.
 
bila dalam kehidupan kita dipraktikkan BANTU MEMBANTU insya Allah kita dapat lalui kehidupan ini dengan lebih mudah. orang keliling pun akan senang dengan kita bila kita rajin membantu.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar