Followers

Wednesday, October 31, 2012

langkawi aku datang !!!



tugu helang ni adalah salah satu mercu tanda di langkawi. ketika mama lynn datang berhoneymoon di sana 3 tahun ++ yang lepas, mama lynn tak berpeluang pun ke sini. hanya sekadar nampak dari jauh je. insya Allah perjalanan cuti-cuti ke langkawi kali ni akan mama lynn manfaatkan sepenuhnya + semua aktiviti di sana telah di susun rapi.
 
insya Allah malam esok mama lynn akan bertolak ke langkawi bersama teman-teman sekerja. sangat teruja sebenarnya + tak sabar untuk ke tasik dayang bunting. moga-moga diberikan kesempatan untuk itu. TTC macam mama lynn ni katanya elok minum sedikit air tasik tu. wallahualam... tu yang mama lynn dengar2. sebagai hamba Nya kita sekadar berusaha dan berikhtiar.
 
teringat pula beg pakaian mama lynn yang hilang tu. dah la baju jalan banyak dalam tu. takpe lah, kali ni pakailah mana yang ada. kelmarin mama lynn dah shopping seluar jeans dan slack then semalam sempat la beli blouse sehelai. baju-baju jalan yang ada kat rumah tu dah season so rasa macam x sesuai lak nak digunakan untuk berjalan jauh. mama lynn akan updated kisah di langkawi minggu hadapan. doakan mama lynn selamat pergi dan kembali. yang pasti di entri-entri akan datang mestilah mama lynn nak kongsikan cerita bercuti di langkawi.


p/s : TTC means TRAYING TO CONCEIVE ( cuba untuk mengandung)
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

wordless wednesday 33



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Monday, October 29, 2012

sepupu sepapat bila dah berjumpa

 
kita tinggalkan isu sedih mama lynn di entri lepas. mama lynn memang malas nak menulis panjang. sekadar nak kongsikan gambar sepupu sepapat a.k.a budak2 kecik ni bila sekali sekala berjumpa. sangat happening + sangat bekerjasama bila diminta bergambar.
 
ekceli wajah afif fikri sure semua dah kenal. the others tu semuanya anak-anak sepupu mama lynn. kiranya kalau dengan afif ni diorang 2 pupu. gambar-gambar ni mama lynn sempat ambil sewaktu pulang ke grik jumaat & sabtu lepas. gambar sendiri raya korban ni memang x ada.
 
bila tengok budak-budak ni rasa macam tak percaya yang mama lynn sendiri dah berusia 29 tahun. terasa tua + isshh ramainya kaum kerabatku ini. lepas ni teringin nak bawak balik anak sendiri ke kampung mak mama lynn pulak.
 
p/s : hujung minggu yang indah =) dapat habiskan masa berkualiti dengan suami tercinta.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

hilang beg baju

INTRO
tak tahu nak mulakan macam mana. ekceli mama lynn baru sampai di shah alam dari kulim. kebetulan mak mertua dan abg ipar datang ke grik sabtu lepas. mama lynn yang ikut mak beraya di kampung terus ikut mak mertua pulang, tu pun en suami suruh + hati ni memang meronta nak jumpa suami. dah rindu sangat-sangat. so balik kampung kali ni pakej balik kampung suami sekali.
 
SEDIH
lupakan dulu tentang moment manis disamping en suami untuk 2 hari tu. pagi ni masa mama lynn nak ambil beg baju di ruang beg yang disediakan di bawah bas tu mama lynn tak nampak langsung kelibat beg baju mama lynn. mama lynn minta pihak bas carikan tapi memang dah tak ada. rasa nak menitik air mata ni. pagi-pagi isnin diuji Allah dengan keadaan macam ni. kebetulan ada satu je lagi beg yang tinggal. mama lynn rasa ada penumpang yang turun di kl salah ambil beg tu. mama lynn tak nak lah ambil hak orang. bila mama lynn bertanya dengan pihak bas, diorang cakap tu bas tambahan so diorang tak bertanggungjawab. ya Allah.... geram betul dengar ayat-ayat tu.
 
BARANG BERHARGA
dalam beg baju tu memang banyak sangat baju-baju yang mama lynn sayang. kemeja ada 2 helai (baru je beli raya lepas), jeans sehelai, seluar paloza sehelai, blouse labuh, tudung2 kesayangan, tshirt ngan baju biasa tu mama lynn tak kisah sangat. yang paling mama lynn nak meraung batik sutera yang mama lynn baru beli dari sepupu berharga RM280 ada sekali dalam beg tu. tak bayar lagi tu. belum lagi inner wear yang baru-baru. dengan pencuci muka, pencuci wanita , berus gigi dan ubat gigi lagi. mama lynn hilang semuanya sekali. tak kan hal remeh macam ni nak kena g report polis. sah-sah kena gelak lak nanti.
 
ENDING
mama lynn dah tak boleh nak pikir apa lagi sekarang ni. ni pun datang opis dengan baju biasa. apa kata orang nanti. mungkin ini dugaan ALLAH SWT untuk diri ni. mama lynn redha tapi mama lynn tetap ada rasa sedih dengan apa yang terjadi. malas nak fikir sangat, mungkin bukan rezeki diri ni. chaiyok !!! moga diri ni kuat & bersabar dengan musibah ini.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Thursday, October 25, 2012

cerita nak kurus

muka bini orang.....

dah lama rasanya mama lynn tak sarungkan baju ni ke badan. rasa pakai kali ni selesa sikit cos dah muat balik. baju ni mama lynn beli sempena majlis penyampaian anugerah khidmat cemerlang yang mama lynn hadiri 3 tahun ++ lepas. masa tu mama lynn masih bujang lagi. berat mama lynn sejak jadi isteri orang memang naik berganda-ganda. means da dapat lah kurangkan berat sedikit sepanjang sebulan setengah berdiet ni.

semalam mama lynn makan banyak sikit. terus mama lynn ambil teh HL malam tadi untuk cover balik. pagi semalam mama lynn breakfast dengan kuewtiau goreng + lauk , petang pula mama lynn ambil kuih tauhu sumbat 3 ketul dan malam mama lynn makan 2 ketul ayam goreng & 3 sudu mee goreng. dah berminggu-minggu mengidam nak makan ayam goreng kat pasar rabu tu. barulah semalam dapat ditunaikan hasrat perut ni. sesekali makan banyak serba salah jadinya.
 
bila fikir proses diet mama lynn ni rasa tak nak cepat mengalah. alhamdulillah masih meneruskan even mama lynn takdelah hyper diet. even tak makan nasi mama lynn still makan mihun sebagai ganti cuma sekali-sekala bila takde choice makan gak la kuewtiau goreng. setelah mama lynn ambil 50g sepanjang tempoh sebulan ++ tu mama lynn dah dapat kurangkan berat hampir 5kg jugak. untuk bulan ni kebetulan ada bajet lebih sikit mama lynn beli tea mix lemon and hibiscus 100g. insya Allah boleh tahan 2 bulan.

biarlah orang nak cakap apa kat belakang mama lynn. mama lynn akan terus berdiet sampai lah mama lynn dapat berat yang mama lynn idamkan. mungkin akan makan masa sedikit tapi takpelah dari takde usaha + panas jugak telinga ni bila orang mengata pasal bentuk tubuh badan kita. wish me luck k. kawan-kawan office ada yang tahu mama lynn sedang berdiet tapi terpulang lah pada diorang nak nilai mama lynn macam mana kan. bukan nak menunjuk-nunjuk tapi nak bagi support untuk kawan-kawan jugak .

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

pembersih feminin wanita



tajuk entri ni sah-sah khas untuk gologan hawa. yang adam tu tak yah baca pun xpe... unless korang nak belikan untuk wife takpe. ekceli mama lynn dah lama nak beli feminin wash ni,dari label d'herbs. mama lynn mula kenali feminin wash ni daripada ibu mertua dan honey madu mama lynn di kampung.
 
sebelum ni mama lynn gunakan jenama lain. tu pun sering bertukar-tukar jenama. apa yang kurang bestnya kebanyakkan feminin wash tu cair sangat. beli mahal-mahal kejap je dah nak abis. then bila mama lynn try perawan herbal wash ni mama lynn rasa tertarik untuk gunakannya + sabun cecair dia agak pekat dimana kita hanya perlu tuang sedikit sahaja ketika menggunakannya. kira sangat menjimatkan + baunya pun menyenangkan.

kalau korang nak tahu kandungan dia boleh la besarkan gambar kat atas tu. belah kanan tu ada info sedikit berkenaan produk ni. baru semalam mama lynn beli di sebuah stall di SACC Mall. sebelum ni mama lynn ada bertanya pada seorang peniaga di kompleks PKNS tapi harga dia tu fixed prize RM19.90 , teragak-agak nak beli. semalam adik kat stall tu kata ada 15% diskaun means kena bayar RM16.00 je. terus mama lynn beli sebotol.
 
untuk wanita kat luar sana. walaupun diri kita ni tak la cantik mana tapi kita perlu menitik beratkan kecantikan dalaman. lagi-lagi yang dah berumahtangga. mama lynn tak suka bercerita terlalu dalam mengenai perkara ni. semuapun sedia maklum kan.
 
mama lynn nak suggest korang guna produk ni. hanya RM19.90 je pun sebotol. mama lynn rasa boleh la tahan 1-2 bulan. kalau pandai berjimat mungkin lebih lama korang boleh gunakannya. berkesan atau tidak produk ni buat diri mama lynn, biarlah masa yang tentukannya.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, October 24, 2012

program di karangkraf

 semalam, mama lynn sempat meluangkan masa hampir setengah hari di studio karangkraf, seksyen 15, shah alam bagi menghadiri program "diskusi untukmu wanita". diskusi tersebut terbahagi kepada 2 slot. slot pertama disampaikan oleh Tn Hj Azman bin Amat yang merupakan Ketua Eksekutif,Pusat Kaunseling MANIS. disini ada diselitkan sesi soal jawab berkenaan "Dilema Antara Kerjaya dan Keluarga". slot 1 ni memang buat mama lynn gelak tak hingat dunia. penceramah berkongsi pengalaman yang beliau pernah tempuhi sebagai kaunselor. sungguh buat kami tak kering gusi bila mendengar perkongsian beliau. sangat tidak membosankan kupasan isu rumahtangga dari beliau.

slot kedua pula ada 2 orang panel iaitu Y.Bhg. Ustazah Hajah Zawiyah bt Hassan dan Yatt Hamzah. semua sedia maklum mengenai Yatt Hamzah yang sudah berhijrah kepada menutup aurat. moderatornya pula ada Ustaz Rizal bin Ramli daripada Jabatan Mufti Negeri Selangor (maaf tak dapat nak ambil gambar panel dari jarak dekat cos mama lynn duduk 5-6 baris dari depan). slot keduanya sebenarnya adalah diskusi wanita "Wanita Ceria, Keluarga Bahagia Kerja Berjaya".

yang bestnya yatt hamzah memberikan sedikit perkongsian yang amat berguna untuk semua muslimat yang hadir. bagaimana dia berhijrah, apakah langkah yang diambil untuk beliau berdakwah. semua itu diceritakan tanpa rasa silu. mama lynn suka andai industi seni di Malaysia ni lebih menitik beratkan soal agama Islam dalam berkarya.

novel yang menjadi pilihan hati mama lynn
dah sampai kat karangkraf tu tak sah kalau tak beli apa-apa kan. mama lynn berkira2 jugak bajet yang ada. memandangkan ada diberikan diskaun 15% rasa nak jugak beli sebuah dua buku. the end dapat juga lah membeli buku idaman hati "cucur bawang & kopi 'o'  " karya hasrudi jawawi. penulis novel ni adalah merupakan sahabat mama lynn di facebook juga + selalu jugak bersembang dengan beliau. jujur penulisan dari rudi memang best. sebelum ni mama lynn pernah membaca karya pertama beliau secara online iaitu "gol & lip gloss " .rasanya macam tu lah bunyi tajuk novel online beliau. 2 buah novel lagi tu mama lynn beli pada harga RM5.00 setiap satu. boleh la kutip sedikit semangat dari penulisan H.M Tuah Iskandar. penulis buku motivasi yang sangat terkenal tu.

door gift dari jabatan agama islam selangor
jangan tak tahu, kami dapat goodiest jugak dari JAIS tau. sijil penyertaan pun ada disertakan sekali. mama lynn amat suka membaca so bila dapat gift dalam bentuk bahan bacaan memang lah mama lynn happy sangat.

gambar terakhir ni pulak adalah gambar mama lynn bersama rakan sepejabat yang hadir sama ke program tersebut. kak faezah ni merupakan teman satu bahagian dengan mama lynn di jabatan tempat mama lynn bekerja. kalau nak tahu nilah gerangan yang mama lynn kena tanggung kerja haritu.
 
entri panjang berjela... semangat di hari rabu yang tak berapa nak bisu. =) hehe hari ni takde entri wordless wednesday dari mama lynn. seronok nak berkongsi apa yang mama lynn lakukan semalam bersama teman-teman blogger.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, October 23, 2012

intan berlian dah selamat melahirkan adik alisha

 


seperti yang dijanjikan kepda ina a.k.a ibu alisha pemilik kepada blog intan berlian entri ini khas mama lynn dedicated untuk beliau sempena kelahiran cahayamata barunya.


semalam ina sempat memaklumkan di laman blog beliau yang tanda-tanda untuk melahirkan sudah ada. sebagai teman blogger mama lynn sentiasa mendoakan dia selamat melahirkan adik alisha. jam 8.01 malam tadi, mama lynn telah menerima perkhabaran gembira dari ina melalui sms. ina selamat melahirkan anak keduanya.
 
adik alisha telah selamat melihat dunia pada jam 4.40 ptg , 22 oktober 2012. baby seberat 2.65 kg tu masih dirahsiakan jantinanya. huhuhu sangat surprise la ina. mungkin ina nak buat pengunguman rasmi di blognya nanti.
 
sempat mama lynn berseloroh ngan ina bahawa beliau x sempat nak merasa makan rendang. =) tumpang gembira dengan kelahiran adik alisha. sangat teruja nak tahu jantina adik alisha. wahhh berahsia sungguh sahabat mama lynn ni. sama-sama kita nantikannya.
 
buat ina "selamat berpantang dan jangan lupa jaga kesihatan tu. moga ina dan baby sentiasa dalam keadaan sihat. insya Allah kalau ina dah balik SP nanti nak jugak datang melawat. nak jumpa ina, alisha dan adik alisha. lepas ni kami semua ternanti-nanti entri tentang alisha dan adiknya. "

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Monday, October 22, 2012

Segmen : 8 Things About Me


klik SINI untuk bersegmen


segmen ni menarik untuk mama lynn sertai. bukan apa bila ada segmen macam ni baru lah sempat nak tengok balik peribadi diri sendiri. jom kenal mama lynn dengan lebih rapat. pada yang nak bersegmen sila klik bawah banner tu. senang dan mudah je sebenarnya. bila en misai buat segmen, rasa excited nak join.

Eight - Things about me
1. Lahir di HTAR, klang
2. Anak kedua dari 7 beradik
3. Suka sangat ngan warna pink & purple
4. Seorang yang pemaaf
5. Sedang dalam usaha menurunkan berat badan
6. Suka sangat berkemas, x suka tengok keadaan bersepah
7. Cepat terasa (sob sob sob)
8. Bekas pelajar UiTM jengka


Seven - Hobbies
1. Kemas rumah
2. Berkebun bunga
3. Membaca.....sangat suka membaca
4. Blogging, hari2 nak hupdated blog kalau boleh
5. Suka berfikir dan berangan
6. Suka tengok drama kat tv9
7. Masak =)

Six - Things I Hate
1. Kereta rosak tepi jalan
2. Orang yang suka mencarut
3. Benci bila ditindas
4. Orang yang takde tanggungjawab
5. Kena tinggal sorang kat rumah
6. Orang yang suka buat fitnah

Five - Song I Like
1. OST Adam Hawa
2. Pendam by Shahir
3. Thousand years by Cristina Perri
4. Aku yang kau sakiti by Judika
5. Kisah kita by Stacy

Four - Favourite film/drama/musical/series
1. Julia (still di TV3)
2. Galaksi
3. Once upon a time
4. Adam dan hawa

Three - Favourite Food
1. Suka makan telur(hancur) yang digoreng bersama kicap
2. Paprik
3. Kuewtiau tomyam

Two - Wishes
1. Melahirkan zuriat dari rahim sendiri
2. Dimurahkan rezeki oleh Nya

One - Quotes
" Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya" - (Hamka)
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

KAIN PASANG CANTIK GIVEAWAY

klik SINI untuk join GA

jom LIKE


zatty musyux tag mama lynn untuk segmen ni, dah 3 kali dia invite. untuk menyokong rakan2 blogger mama lynn nak join jugak GA ni + adiah dia kain pasang. pada mama lynn yang bekerja di pejabat ni memang la sangat suka dengan adiah yang disediakan. sangat berbesar hati kalau dapat buat baju kurung baru. hik hik hik.. boleh menang ke ?
 
mama lynn nak ajak u all semua rakan2 blogger join GA ni. lepas ni nak berkempen sikit untuk ajak kawan2 blogger join sama. wahh macam calon parti politik lah pulak. jangan buang masa korang, just klik bawah banner tu =)


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

jumpa sahabat lama

10 tahun
ya, sepanjang tempoh 10 tahun ni lah mama lynn tidak pernah bertemu sahabat mama lynn masa buat pra perdagangan di UiTM jengka dulu. kali terakhir bertemu dengannya adalah pada cuti semester part 1 dulu. selepas itu memang kami tidak pernah bertemu walaupun zita pernah bekerja di bukit jelutong, shah alam. kami pernah berhubung melalui telefon sebelum ini tapi kesudahannya terputus di tengah jalan (macam orang bercinta pula).
 
blog ini membantu
zita ezura ada  memberitahu mama lynn dia pernah singgah di blog ini untuk menjejak mama lynn tetapi dia tak tahu bagaimana untuk menghubungi diri ini. akhirnya melalui link FB yang ada di blog dia dapat menjejak mama lynn. di situ kami mula bertukar nombor telefon. sudah berkali2 kami plan untuk bertemu. mungkin baru jumaat lepas rezeki kami untuk bersua kembali. zita ezura tetap seperti dulu, cantik & maintain kurus.
 
anak
zita dah ada anak pun sekarang ni. ibu kepada alisha yang berusia 1 tahun ++ . tak susah untuk get close dengan alisha. satu jam setengah masa bersama dua beranak ini amat menyenangkan . alisha juga mudah mesra dengan orang yang baru dikenalinya.
 
jujur perasan gembira masih lagi berbunga dalam hati ini. hikmah adalah laman sosial dan blog telah mempertemukan kami. mungkin masa kami bersahabat di jengka dulu agak singkat (6 bulan) tetapi persahabatan itu masih dapat diteruskan selepas lebih 10 tahun tidak bertemu. terima kasih ALLAH.


nak kenal BFF mama lynn tu tak, ada sedikit gambar yang mama lynn ingin kongsikan.









♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Saturday, October 20, 2012

apa khabar cik bunga

nak tayang cik bunga BUTANG lebih sikit

lama x buat entri khabar terbaru cik bunga depan rumah mama lynn tu. takde bunga baru pun yang mama lynn tanam. yang meriah naik sekarang just bunga butang tu je lah. elok je dia hidup atas tanah. bila tengok bunga butang tu berbunga rasa cantik lah pulak. so mama lynn just biarkan je lah mana yang hidup atas tanah tu. tak tanam pun sebenarnya , mungkin debunga dari pasu jatuh ke tanah. tu yang dia hidup kat situ.
 
tak sempat pun nak belai cik bunga akhir-akhir ni. balik kerja terus kunci pintu rumah. rutin mama lynn sampai umah mesti nak mandi then solat asar dulu. biasalah sampai rumah pun kadang-kadang dekat pukul 6.00 petang. cuma ada sekali je dalam minggu ni balik kerja mama lynn membelai cik bunga dulu. nak siram cik bunga pun jadi malas. mujur juga Allah S.W.T turunkan hujan. takde lah cik bunga terkulai layu.
 
insya Allah petang2 karang takpun esok baru nak spend time untuk membelai cik bunga + kemas2 apa yang patut kat luar rumah tu. hari cuti macam ni jelah yang boleh spend masa sikit + cik bunga mesti rindu belaian tuan dia ni.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Friday, October 19, 2012

wajah jumaat


wajah jumaat. dari malam tadi mama lynn fikirkan bagaimana nak gayakan selendang coklat ini. mama lynn bukan seorang yang fashionista. menyarung hijab seadanya yang mama lynn tahu. andai bertudung sarung , sekadar menyarung dan pin di kanan kiri bahu. memakai selendang begini buat mama lynn terfikir untuk memakainya dengan lebih rapi tetapi gaya apakah yang sesuai buat seorang isteri berusia 29 tahun ini.
 
jalan penyudah begini sahaja yang mampu mama lynn lakukan. cukuplah dengan gaya yang sederhana ini. ohhh ramai yang tertanya kenapa di dalam setiap gambar, bibir mama lynn pucat dan tidak pernah dioles lipstik ? bibir ini allergic 2 tahun kebelakangan ini. sepanjang 2 tahun ini juga tiada lagi olesan warna di bibir. cukuplah dengan solekan nipis diwajah. kerana kecantikan yang BERLEBIHAN hanya untuk pandangan suami.
 
mama lynn mahu berubah menjadi lebih baik. tetapi mama lynn belum berani untuk kelihatan berubah secara drastik. terkadang mama lynn renungkan dalam diri apa yang mama lynn pernah lakukan dalam hidup ini. mama lynn mahu kelihatan lebih islami. bukan setakat pada penampilan diri tetapi juga dalaman. banyak lagi yang perlu mama lynn belajar. tutup aurat sendiri pun kadang-kadang tak sempurna.

di hari jumaat yang mulia ini, mama lynn mohon sama2 doakan mama lynn untuk menjadi lebih baik. dengan doa kalian mungkin dapat membantu diri ini. insya Allah.


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, October 17, 2012

kenapa saya jarang bersegmen

tajuk entri ni jelas menunjukkan mama lynn jarang-jarang joint mana2 GA atau segmen yang kawan2 blogger anjurkan. kenapa dan mengapa ? hahaha biarlah mama lynn berterus terang di sini eh..
 
1. syarat segmen @ GA yang terlalu ketat.
mama lynn agak sukar nak follow mana2 segmen @ GA yang memerlukan mama lynn untuk like @ follow banyak sangat penaja. memang lah kalau diikutkan penaja tu nak bagi adiah yang best2 tp bila loading ke blog2 penaja tu lambat, jadi MALAS nak join.
 
2. takde idea
haha.. bila sesuatu segmen @ GA memerlukan mama lynn untuk berfikir jadi tak keruan dibuatnya. lagi2 bila kena fikir di luar kotak fikiran. semangat nak bersegmen terus hilang.
 
3. line internet problem
yang ni la masalah besar untuk diri ni. ada je kadang2 berlaku denied access policy. susah tumpang guna internet di opis ni. ada je halangan. ada juga blog kawan2 yang mama lynn tak boleh nak bukak. nak pakai broadband, lappy sendiri pun tak terbeli lagi.

4. M besar
pada yang tak tahu apa itu M besar, sila rujuk entri ini  .
 
 
bagi mama lynn yang paling memudahkan blogger adalah segmen yang orang berpusu-pusu untuk turut serta. setakat tepek banner, follow blog penganjur itu dah kira memadai. tag kawan2 blogger pun kira ok lah jugak tapi bila dah ketat sangat rules & regulation nya jadi was2 nak joint atau tidak. buat kawan2 blogger mama lynn still support korang punya segmen @ GA even kadang2 mama lynn sendiri tak dapat nak turut serta. wish all the best =) untuk semuanya

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

wordless wednesday 32



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, October 16, 2012

buah hati mama


inilah 3 orang buah hati mama lynn. 3 orang anak buah di sebelah keluarga mama lynn ni lah penyeri keluarga kami. tanpa mereka bertiga rasa tak ceria dan tak lengkap hidup kami. muhammad aqeel azraei, afif fikri & aiman faliq buah hati mama lynn. sekurang2 nya bila berjauhan dari 2 orang buah hati di kampung ni terubat juga kerinduan tu. ada tempat untuk mama lynn bermanja.
 
muhammad aqeel azraei, afif fikri & aiman faliq, mama doakan kalian bertiga membesar sebagai anak-anak yang soleh. be a good boy. mama sayang semuanya sama je tau. tak nak ada yang terkurang atau terlebih.
 
bila tengok muka aiman saling tak tumpah masa afif kecil2 dulu. alahai comelnya. tapi kalau korang nak tahu yang paling hyper sekarang ni afif fikri lah cos baru nak membesar. aktif sangat sampai boleh semput dibuatnya.
 
bila la mama nak bagi korang sepupu girl pulak kan. moga Allah SWT perkenankan doa mama. amin.  

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

M besar datang

sape kenal ngan M besar sila angkat tangan. hik hik hik. resahnya hati bila M besar datang. nak buat apa pun tak boleh. tapi bila dah dekat opis ni automatik kena buang M besar tu jauh2. tak nak la sebab M besar mama lynn kena marah dengan bos atau dilabel sebagai pekerja tak beretika.
 
M besar datang entri pun jadi pendek. cuma satu mama lynn nak bagitahu yang M besar tu akan hilang bila mama lynn layan cerita Julia di TV3 jam 7 malam setiap Isnin hingga Khamis ( jangan risau, masuk maghrib mama lynn akan solat terus) + Dendam Pencinta (setiap Isnin & Selasa jam 8.30 malam @ TV9). rasa seronok lak layan 2 cerita ni dan akhir2 ni terpikat plak ngan sinetron Bayu Cinta Luna tapi kalau cerita ni mama lynn skip2 tengok jugak.
 
M besar = MALAS . x patut kan ada sikap tu. syohhhhh nak start bekerja dah ni. selamat bekerja buat semua bloggers di luar sana. =) moga di hari Selasa ni hidup kita semua lebih ceria dan baik-baik aje.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Monday, October 15, 2012

bukit melawati, kuala selangor

 otw ke kuala selangor
 while driving...ek eleh macam kenal plak org dlm kereta sebelah ni
 aqeel rosakkan gambar la
 dari kiri : abg mer, myra, along & aqeel
 gurls in my family
 tak habis posing (asal la tali beg tu terjatuh)
 aiman ngan paklong & maklong
 aiman, ibu & mama
aiman pandang mama eh
 
paos yang berani sangat
sorok apa bawah tudung tu ? hehe kacang panjang
 aiman dan maksu

 mak yang sangat takut ngan monyet
keluaga adik lelaki mama lynn
 dah nak balik dah, aiman ngan mata besarnya
 

 sukanya semalam.... di hari ahad kami sekeluarga pergi berjimba di bukit melawati, kuala selangor. cuma yang tak bestnya abah dan adik bujang mama lynn (fairuz) tak turut serta. jarang-jarang ada masa untuk berjalan macam ni. lagi2 nak full corumn, memang susah sangat. sesekali berjalan macam ni memang la seronok even masa yang ada pun agak terhad.
 
bukit melawati,kuala selangor
tempat tarikan pelancong. itu yang mama lynn boleh rumuskan tentangnya. semua pun dah sedia maklum tentang sejarah bukit melawati. pada yang kurang tahu boleh la google @ search di internet. banyak sejarah negeri selangor yang berlaku di sana.
 
yang paling gembira semalam tentulah 2 orang anak buah mama lynn iaitu aqeel dan afif. memandangkan aiman masih baby lagi, dia tak berapa nak feel bila berdepan dengan monyet yang terlalu banyak di bukit melawati.  sempat la jugak bergambar kenangan. mama lynn rasa dalam masa 2-3 tahun ni dah banyak kali juga mama lynn berjalan ke bukit melawati. mungkin juga atas faktor tarikan monyet-monyet di situ + kalau datang pun mesti bawa anak-anak buah. kami yang dah dewasa ni sekadar menjadi pemerhati.

insya Allah di masa akan datang boleh buat aktiviti riadah macam ni lagi. teringin nak bawa anak2 mama lynn yang kat kampung tu ke bukit melawati. mesti teruja 2 beradik tu, alahai rindunya pada along & adik. ada yang belum pernah ke bukit melawati boleh la datang berjalan ke sini. kalau tak nak tengok monyet sekalipun, boleh la jalan-jalan naik keretapi + tengok pemandangan dari atas bukit. sangat cantik view dari atas bukit tu tau.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Giveaway 2 in 1 By Simply Moi

terbuka hati nak join satu segmen yang menarik ini. rasa terujanya. mama lynn nak ajak semua kawan2 blogger turut serta. kenapa dan mengapa ? mestilah disebabkan oleh hadiah segmen ni MENARIK hati ni. kalau tak percaya sila klik kat bawah banner di bawah ni. =) moga adalah tuah untuk diri ini. amin.
klik SINI untuk join

Syarat-syarat penyertaan :

1) Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia (Semenanjung, Sabah & Sarawak).

2) Anda haruslah follower kedua-dua blog SIMPLY MOI & E-MAYAONLINESHOP  

3) Letak banner di atas dalam blog anda & linkkan banner tersebut ke blog SIMPLY MOI .

4) Lengkapkan penyataan ini:-
 
JIKA SAYA DIPILIH SEBAGAI PEMENANG KATEGORI PERTAMA, SAYA MEMILIH Jus Delima kerana dari segi saintifik ,buah delima mengandungi asid tannin,zat besi,kalsium,fosforus,sodium,potasium,magnesium vitamin A dan C. dipercayai membantu meredakan cirit-birit kronik seperti cirit birit berdarah serta merawat bengkak usus.

5) LIKE fanpage E-MAYAONLINESHOP

6) Letakkan link penyertaan anda di ruangan komen di dalam entri INI


Tarikh tutup Giveaway ini adalah pada 04.11.2012 jam 11.59pm


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

weekend untuk family

kakak sulung paling kecil dalam family kami =)

she's 5th in family

aiman faliq with mama

 kanan : along & kakak  kiri : aiman & mama (sama hijau kan)
 
kembali bekerja setelah 2 hari bercuti. alhamdulillah melalui 2 hari ini dengan aktiviti yang agak padat. sabtu lepas seperti yang mama lynn maklumkan dalam entri lepas, mama lynn menjadi baby sitter untuk aiman dan afif. seronok melayan kerenah 2 beradik tetapi agak keletihan juga cos mama lynn kena siapkan order 15 nasi bungkus. penat jugak la dari mula memasak hingga la packing. mujur juga mak mama lynn ada membantu menjaga aiman ketika mama lynn sibuk di dapur.
 
aqeel dan ibunya juga balik ke rumah mak sabtu lepas. so 2 hari ni agak meriah jugak la bila adik-beradik berkumpul. tengahari semalam sempat menghadiri majlis kenduri kahwin keluarga abah mama lynn. dan petang semalam pula kami berkonvoi 3 buah kereta ke kuala selangor. lokasi pilihan membawa budak-budak a.k.a destinasi bajet. tengok monyet beraksi di bukit melawati. insya Allah akan updated cerita kuala selangor di dalam entri akan datang.
 
perasan tak baju kurung purple yang kakak dan adik mama lynn pakai kat atas tu. sama kan. ekceli baju tu kami pakai masa majlis perkahwinan adik mama lynn tahun 2008 yang lepas. mama lynn punya ntah mana lah letaknya + muat lagi ke tak. lepas ni nak kena cari 2 pasang baju untuk majlis perkahwinan adik lelaki mama lynn yang akan berlangsung awal tahun hadapan. masih dalam perbincangan warna tema majlis tu nanti.
 
KERJA !!! sebelum ada mata yang melirik baik mama lynn sambung buat kerja pejabat (padahal takde kerja pun pepagi ni). nak bancuh air dulu. sarapan orang diet : oat krunch ngan tea mix lemon hibiscus dari HL. hehe masih dalam usaha menurunkan berat badan. wish me luck ...... dah sebulan x makan nasi tapi berat mama lynn baru turun 3-4 kg. boleh la dari membesarkan badan je kan. chaiyok !!

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Friday, October 12, 2012

rasa sangat comel =) (perasaan)

merah jambu di hari jumaat

korporat day
takde kerja lah tu. sementara tunggu pukul 4.30 ptg ni la kerja yang mama lynn terlebih rajin nak buat. ape lagi kalau tak mengedit gambar. pasni boleh la upload kat facebook ngan twitter. bajet la comel sangat.
 
ekceli baju pink kat 1st frame tu baju raya mama lynn tahun ni. hari ni lah baru kali kedua mama lynn pakai. segan nak pakai coz baju tu kurung moden. segan la coz bila pakai nampak sangat mama lynn ni gemuk. tapi hari ni yakinkan diri juga untuk pakai. hehe mujur takde yang complaint. rasa selesa sikit pakai kali ni dari pertama kali pakai dulu. mama lynn buang pading kat bahu coz bahu dia tak berapa cantik.
 
gambar kedua tu tak ingat pulak mama lynn ambil bila. rasanya hari isnin lepas. biasalah korporat day, so tudung mesti hitam. comel tak ? hehe nak tunggu orang puji lambat sangat kan.
 
esok dan lusa mama lynn mungkin tak sempat untuk blogging + esok nak jadi baby sitter untuk anak buah yang 2 orang tu. aiman faliq & afif fikri. aqeel pun nak balik rumah wan dia esok. so 2 hari tu masa untuk bersama keluarga. yang pasti esok nak kena jadi tukang masak kejap. mama lynn gantikan sorang makcik ni. kena buat nasi bungkus untuk 15 orang. dapat la duit lebih sikit. tengah pikir nak masak lauk & sayur apa. insya Allah hari isnin kita jumpa lagi. ape pun selamat berhujung minggu.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

oh my english


Entry in English language. It’s awesome to do that. At least I can build up my English. Oh my English oh mine. Hik hik hik . Sangat la mencuba kan. Before I enter this job, I was an english teacher at SK USJ 12. Macam tak percaya kan. Mama lynn as an English teacher. Mahu orang gelak terbahak-bahak. Tapi itulah kebenarannya. Sebagai GSTT mama lynn diberikan tugasan sebagai cikgu Bahasa Inggeris untuk pelajar tahun 1 & 2. Rasa boleh jugak mengajar coz masa tu fresh graduate. Sah2 masa study dulu belajar fully in English. Boleh la dipraktiskan ketika mengajar.
 
The best memories is when their ask me to make an exam paper. Rasa sukarnya + I are not an expert in this particular subject. Terasa menjerut leher sebenarnya. I didn’t have problem to communicate in English with student but to make an exam paper not as easy as I think. I need to study bout grammar an ethic in making a sentence. I don’t want to make mistake. Mostly student there is good in English subject. I’m worried if their parents make a complaint about the paper later.
 
Proud to be English teacher. I was an English teacher. How could I believe it? 7 years ago. Really miss that moment & miss my student. Still remember my students Justin cry coz one of his friend shout to him that him is silly. It’s not funny to Justin coz silly means stupid. Justin really angry with that situation.
 
As a teacher my student gives me present on “Teacher Days”. I got Tupperware, chain and etc. My ambition when I was young is to be a teacher. At least I can still feel how to act as teacher even in little moment. Not more than 5 months I teach them. As a contract that I receives from education department. Really miss that moment, I hope 1 day my child will continue my ambition as a teacher.

 
p/s : dah rasa macam karangan budak sekolah rendah.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

bantu membantu amalan mulia

assalamualaikum......

hik hik baru reti nak bagi salam. mentang2 la hari ni hari jumaat kan. penghulu segala hari. alhamdulillah, syukur di atas nikmat dari Nya. sekejap je dah jumaat. yeahhhh esok ngan lusa cuti. dapat la berjimba bersama keluarga tercinta. nak berjimba ngan en suami jauh la pulak. tak tergapai nanti. insya Allah masa tu akan sampai few weeks lagi. SABAR lah duhai hati.
 
BANTU MEMBANTU AMALAN MULIA
siapa yang setuju sila angkat tangan. bagi mama lynn tak susah mana pun kalau nak praktikkan dalam kehidupan kita sehari-hari. membantu tu bukanlah dalam konteks yang sampai menyusahkan diri kita. banyak perkara yang kita boleh buat kan. di pejabat misalnya andai ada kawan-kawan yang kurang arif menggunakan mesin fotostat dan kebetulan kita arif menggunakan tak salah kita membantu.

pada yang ada banyak masa lapang di rumah tu, apa kata tolong ibu korang buat kerja rumah sikit. daripada goyang kaki takde faedahnya kan. main facebook,twitter @ instagram berjam2 kita boleh kenapa tak boleh luangkan masa untuk membantu ibu kita sendiri. bantu la mana yang terdaya. either basuh kain, jemur kain, kemas rumah, basuh pinggan mangkuk atau menyapu laman rumah. bantu membantu kan amalan mulia. rumah bersih kita pun dapat ganjaran pahala.
 
membantu tidak kira warna KULIT
 
kalau berada di luar dan terjumpa orang yang bertanya arah. sudi-sudikan diri membantu mereka. lebih-lebih lagi bila mereka kurang arif dengan kawasan sekitar. tak kah kita kasihan pada mereka?
 
waima di jalanan sekalipun. bila terpandang golongan tua mahu melintas, bila nampak mereka teragak-agak tak salah kita mendekati mereka dan membantu. sekurang-kurangnya kita dapat memastikan yang mereka dapat melintas dengan selamat.
 
bila dalam kehidupan kita dipraktikkan BANTU MEMBANTU insya Allah kita dapat lalui kehidupan ini dengan lebih mudah. orang keliling pun akan senang dengan kita bila kita rajin membantu.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar