Followers

Thursday, September 13, 2012

tolong jangan paksa saya

tak suka ada insan lain yang perlu aturkan hidup ni. apatah lagi untuk sesuatu perkara yang berbaur peribadi. my personal matter is mine. bukan tak suka berkongsi tetapi ianya terlalu peribadi untuk dikongsi pada umum. tak nak ada yang terpalit kerana percaturan yang kita cuba lakukan atau usahakan.
 
baik atau buruk semuanya telah tertulis. yang penting sebagai orang Islam kita perlu perbaiki kelemahan diri. jangan terlalu mudah berburuk sangka dengan orang. jangan terlalu berdendam atau membenci orang. usaha dan terus berusaha membersihkan hati kita yang kadang-kadang sangsi pada pada orang. kalau orang jahat dengan kita takkan kita nak jahat pada mereka. please dont be like dis. saya tak suka dijadikan bahan ujikaji manusia.

 
mahu bahagia bersama cinta hati
 
 Allah bagi kita akal , hati untuk kita fikir sedalamnya. positifkan diri dan redha dengan qada' dan qadar Allah. kalau kedukaan itu ujian dari Nya tak salah kita ikhlaskan diri dan berusaha menerima kedukaan sebagai cabaran dalam kehidupan. pahit hari ini tak bermakna pahit untuk hari esok. berdoa pada Allah. ingat Allah sentiasa ada untuk kita.
 
hidup ini sekadar persinggahan semata-mata. please, jangan cepat buat andaian itu dan ini. please, jangan paksa diri ni buat sesuatu yang tidak disukai. penat nak jaga hati orang lain sampai diri sendiri terluka. diri ini terlalu penat untuk itu semua.
 
sangat susah untuk puaskan hati orang lain. tapi tak salah andai kita menerima pendapat dan mendoakan untuk kebaikan orang-orang disekeliling kita. biar Allah yang menjadi penentu. insya Allah andai gelombang yang datang, diri ini kan cuba mengharunginya dengan penuh kesabaran.
 
 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. nape ni lynn... sabar yer... manusia.. lumrah perngai gitu..

    ReplyDelete
  2. ina : ntah la ina.. bila hidup kita jadi perbualan org hati rasa geram je

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar