Followers

Friday, September 7, 2012

tak berani tidur sorang ?

alkisah lately ni mama lynn tak berani nak tidur kat rumah sorang-sorang. semua pun almaklum tahu status mama lynn dan suami adalah PJJ. en suami kat kedah mama lynn kat bumi bertuah selangor ni.selepas kisah rumah mama lynn hampir dimasuki pencuri beberapa bulan yang lepas mama lynn jadi trauma untuk tinggal bersendirian.
 
my home sweet home (gambar beberapa bulan yang lepas)
 
sejak kejadian tersebut berlaku bila malam mama lynn menumpang tidur di rumah mak mama lynn. sehinggalah awal bulan puasa yang lepas mama lynn berjaya menyewakan bilik kosong di dalam rumah mama lynn. rasa sedikit lega boleh balik tidur di rumah seperti sebelum ni. dulu mama lynn tak kisah sangat bersendirian. berani je bangun pukul 2 @ 3 pagi untuk ke bilik air. berani sangat kan + dulu takde la set dalam mind ni yang bukan-bukan.
 
berbalik kepada penyewa tu , dia baru je keluar dari rumah mama lynn 2 hari lepas. tak sanggup berjauhan dari keluarga katanya. urmmm bila jadi situasi macam ni yang takut nak duduk sorang balik adalah mama lynn. so mama lynn hanya akan pulang ke rumah selepas waktu kerja. biasanya sebelum isyak mama lynn akan ke rumah mak. nak juga tidur di rumah tetapi jujurnya mama lynn masih belum kuat semangat. trauma dengan bunyi yang pelik-pelik. kebetulan juga malam terakhir penyewa tu tinggal di rumah mama lynn dia memberitahu mendengar bunyi seolah ada orang nak pecah masuk rumah. aisehhh dari ada keberanian yang sedikit, terus hilang rasa berani tu.
 
tak terfikir untuk mencari penyewa lain. cuma kalau boleh nak stabilkan emosi diri dan lengkapkan keselamatan yang lebih di rumah. insya Allah even akan mengambil sedikit masa mama lynn tetap mahu tinggal dan tidur di rumah seperti biasa. rumah sendiri kan, sayangnya kalau tinggalkan lama-lama. lagi-lagi bila tengok katil dan tilam kesayangan hati tu. sayangnya nak tinggalkan.
 
kalau kawan-kawan blogger ada petua untuk diri ni, mama lynn mohon sangat anda kongsikan dengan diri ni. manalah tahu dengan petua yang korang bagi nanti akan membuatkan mama lynn kembali kepada asal. insya Allah.
 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

5 pesanan kasih sayang:

  1. semoga lyn tabah yer... bukan senang nak kembalikan semangat tu yer...

    ReplyDelete
  2. mama lyn plz be carefull la...bhya sgt tau if xdop laki kt umah

    ReplyDelete
  3. kak zie : yup betul tu. mmg susah . dengar bunyi pelik sikit da gelabah. kadang fikir smpai bila nak tumpang tidur rumah mak + kurang selesa bbanding rumah sendiri

    iman : insya Allah, sntiasa bjaga2. takut gak

    ReplyDelete
  4. fana : amin.. thanks sudi doakan utk sy

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar