Followers

Tuesday, September 18, 2012

simpanan masa depan

makin rajin pulak nak blogging sehari dua ni + terajin pulak mama lynn bersegmen. alhamdulillah impact dari segmen2 yang mama lynn turut serta tu ramai dah kawan2 blogger yang mama lynn baru kenal. hope bukan sekadar follow je lah. boleh la terus keep in touch melalui blog masing-masing.
 
alhamdulillah hari ni rezeki OT da masuk. pagi2 dah belanja. isi minyak rm20.00 then top up touch N go rm10.00 (top up by week cos kereta guna sama) + top up hp rm10.00 . ada lagi baki untuk belanja sepanjang minggu ni. tak sabar nak tunggu gaji. insya Allah selasa minggu depan akan tersenyum lebarlah semua kakitangan awam. setelah hampir sebulan setengah tak dapat gaji. hehehe raya punya pasal lah ni.
 
cakap pasal gaji bulan oktober ni gaji akan masuk pada 22 hb then diikuti november pada 6hb dan akhir sekali disember pada 18hb. bila dah ada tarikh gaji ni kena la pandai-pandai berbelanja. ingat, simpanan masa depan juga SANGAT-SANGAT penting.
 
ni pun mama lynn baru je isi borang potongan gaji untuk akaun tabung haji. even sekadar potong rm50.00 sebulan pun, setahun dah boleh simpan rm600.00. dah lama sangat stop potongan gaji untuk saving. rasa menyesal sangat lambat take action. mulai sekarang kena betul-betul konsisten menyimpan. mujur jugalah bulan oktober ni mama lynn akan terima kenaikan gaji tahunan so takde lah terasa sangat bila menyimpan melalui potongan gaji.
 
next year mama lynn akan lebih menarik nafas lega bila dah stop buat potongan kwsp. insya Allah 1 disember ni genap la mama lynn 3 tahun tetap di MBSA ni. kalau tiada halangan mama lynn akan memilih skim pencen. insya Allah.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

10 pesanan kasih sayang:

  1. simpanan untuk masa depan! sebab kita tak tahu apa nak jadi pada kita akan datang kan :)

    ReplyDelete
  2. a'aa kita patut beringat semntara ada dit ni kan.. utk simpanan kita ari tua gak nanti :-)

    ReplyDelete
  3. sue : betul lah tu, anything happen kt ada saving kan

    ReplyDelete
  4. Perlu sentiasa beringat utk masa depan.. perancangan tu sangat penting.

    ReplyDelete
  5. saya kena bergaji la baru leh buat saving..hehe

    **memang bagus join sgemen follow mollow..tambah rakan...kalao rajin BW dan komen lagi best utk cari reader/ pengomen setia kan...

    ReplyDelete
  6. done sini. dri segmen yg same .
    hit me back dear, =D
    http://mizayumiko.blogspot.com/2012/09/jom-tingkatkan-followers-sampai-lebam.html

    ReplyDelete
  7. ina : yup, yg pasti esk2 klu da tua sakit2 ada duit utk buat rawatan. dah tua belanja ubat tu kena stand by jugak

    bella : hehe insya Allah mmg nak menyimpan

    nor salmi : yup , plan dan simpan baik2

    cikgu ma : ehhh nnt smpai masa boleh la menyimpan

    meza : hit u back latter. tunggu =)

    ReplyDelete
  8. najwa : betul tu , rezeki dari Nya

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar