Followers

Monday, September 10, 2012

rezeki anak-anak





kalau dah namanya rezeki takkan nak ditolak. Allah bagi rezeki untuk diri ni walau pagi tadi dah kena simbah dengan air lopak. bila ingat kejadian pagi tadi rasa bengang pulak. kebetulan kereta myvi tu kerosakan pendingin hawanya so bila hujan mama lynn terpaksa juga buka tingkap sedikit. tengah kusyuk memandu boleh lak kereta sebelah tersimbah mama lynn yang tengah drive. mujur la baju tak basah kuyup. nak marah pun tak boleh cos salah sendiri. sambung tentang rezeki, hari ni mama lynn dapat baucar aeon bernilai rm100.00. macam tahu2 je mama lynn nak beli baju baru. alhamdulillah dapat la save bajet gaji bulan ni. dapat sehelai baju baru pun cukup. apa yang lebih penting nak cari hadiah hari jadi untuk anak-anak tersayang. birthday si abang 27 ogos yang lepas. si adik pula 26 september ni. birthday nurul diana, kena dengan tarikh gaji =) lagi lega lah diri ni.
 
ada apa-apa cadangan tak untuk cari hadiah anak lelaki berusia 5 tahun dan anak perempuan berusia 2 tahun. nak beli baju raya haritu dah belikan baju baru. kalau dapat harga bawah rm50 lagi baik cos bajet pun bukan lah besar mana. rasa nak belikan kereta kawalan jauh tapi ayahnya pernah belikan sebelum ni. urmm buntunya. yang si kecik pulak sesuai ke kalau bagi dolls ? pandai ke anak dara tu main dolls ? hehe dah biasa tengok dia melasak. boleh plak abg longnya request nak mainan masak2. " abg long lelaki la, mana boleh main mainan masak2 ". jawapan dia senang je "abg long nak main dengan adik ". terdiam mak dia ni
 
sebagai seorang mak, mama lynn nak berikan yang terbaik untuk keduanya. dah la berjauhan so nak la belikan sesuatu yang boleh buat diorang ingat mak diorang yang jauh ni. hope takde sape yang berkecil hati bila mama lynn kelihatan terlebih pada keduanya. insya Allah untuk anak-anak saudara ada juga hadiah yang menanti. tapi kena tunggu birthday diorang nanti. isshh mak rindu anak-anak mak. insya Allah ada kelapangan nanti akan ke aeon, bukit raja untuk cari hadiah buat keduanya.

 
p/s : kalau ada idea menarik boleh share ngan mama lynn eh

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. belikan dorang buku pun ok jugak...buku mewarna ke...buku menulis ke...kalu da tau membaca belikan buku cite pun ok jugak...supaya masa dorang terisi jugak ngn ilmu...

    ReplyDelete
  2. ena : menarik jugak bunyinya tu. dia masih tak pandai membaca so klu cari buku ingat nak cari buku ABC je. yg byk gambar menarik. thanks 4 sharing

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar