Followers

Monday, September 3, 2012

open house di teratak bonda

dari petang jumaat lepas mama lynn agak sibuk membantu kerja-kerja dapur sempena open house di teratak ibunda tercinta. memandangkan kerja-kerja memasak laksa agak remeh masa dan masa menyediakan juga agak lama kami sepakat menyediakan kuah laksa pada hari jumaat. teraju utama dalam penyediaan laksa adalah kakak sulung mama lynn. jumaat malam sabtu tu kuah laksa dah siap masak, laksa pun dah direbus dan begitu juga dengan telur. 5 papan telur juga yang digunakan. untuk dimakan dengan laksa dan juga nasi lemak.
 
menu kami sabtu lepas adalah laksa, nasi lemak, pulut kuning, rendang ayam dan sedikit kuih muih. tetamu yang datang juga agak ramai dari selepas zuhur hinggalah ke tengah malam. kakak mama lynn terpaksa menyediakan menu tambahan iaitu mee goreng.
 
rasa sangat berpuas hati dengan kunjungan keluarga dan rakan taulan. memandangkan hanya buat secara kecil-kecilan ruang makan juga agak terhad. asalnya kami plan untuk menyewa khemah tetapi mengalami masalah untuk mendapatkan di saat akhir membuatkan majlis terpaksa di buat di dalam rumah sahaja.
 
insya Allah di lain tahun ada rezeki boleh buat lagi. teringin juga nak buat open house di rumah sendiri. insya Allah tahun depan mungkin dapat dilaksanakan. bagi tetamu yang hadir terima kasih kami ucapkan.
 
:: antara menu menarik dari dapur teratak ibunda ::
 
 rendang ayam
 seperiuk besar kuah laksa
 sambal tumis (sangat sedap)
 laksa  (berpeket2 direbus)
 telur siap rebus
pulut kuning

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

12 pesanan kasih sayang:

  1. wah...mesti meriah open haouse tu kan..
    makanannye pun sedap²
    tetamu mesti ramai kan...

    ReplyDelete
  2. tetamu yg dtg alhamdulillah ramai sangat + kami adik bradik yg da kahwin pun invite kwn2 dtg skali. senang pakej kat umah mak je =)

    ReplyDelete
  3. meriahnya..periuk besar2 tetamu pun mesti ramai kan..

    ReplyDelete
  4. permata biru : alhamdulillah jemputan tak putus

    ReplyDelete
  5. sally yatiey : hehe yummy sgt. tu yg asyik makan je kerja tuan rumah nya pun

    kak zie : meriah jugak la =) tapi menu tak la banyak mana. buat mana yg terdaya

    ReplyDelete
  6. pulut kuning memang sedap... huhu...

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/09/kenalilah-bapa-anda.html

    ReplyDelete
  7. sedapnye.. febret aida tu laksa dengan pulut cecah rendang.. best2. hehe..

    ReplyDelete
  8. faizul : totally betul. sgt sedap + akan menjejak ke sana pula

    cikgu ma : heeh jemput makan

    aida : ehhh menu fav aida ke. nak jmput aritu tak sempat la aida. buat kecik2 je

    ReplyDelete
  9. adoiii mula2 tgk entry ni terus tertelan air liur... sedap tu... pulut kuning pun ada :-)

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar