Followers

Thursday, September 6, 2012

nur qeesya aminah

 
ingat tak entri mama lynn doakan uda saya cepat sembuh . mama lynn ada maklumkan yang anak officemate mama lynn masuk wad juga di PPUM. alhamdulillah seperti yang dirancang ketika entri sebelum ini ditulis , mama lynn bersama 2 orang lagi sahabat sempat meluangkan masa untuk melawat nur qeesya aminah di PPUM (mama lynn tak pasti ejaan qeesya itu betul atau tidak).
 
lebih kurang sejam juga mama lynn di sana. bila tengok qeesya dengan oksigen di muka, sayu sangat hati ini. masakan tidak ditambah lagi anak kecil yang baru sebulan melihat dunia terpaksa menahan kesakitan dicucuk jarum ditangan. seperti yang dimaklumkan oleh ibu qeesya, tangan yang dicucuk bukan setakat sebelah malah keduanya. bila tangan kanan bengkak, jarum akan ditukar ke tangan kiri.
 
kebetulan pula sewaktu kami di sana, jarum di tangan qeesya boleh pulak tercabut. alahai kasihan melihat qeesya menangis bila nurse membuka semula balutan di tangan untuk mencabut jarum tersebut. naluri keibuaan membuatkan mama lynn turut bersedih.
 
qeesya juga terpaksa disusukan melalui tiub. sekali menyusu lebih kurang 80ml. tiub itu dimasukkan melalui hidung qeesya. mama lynn dapat rasakan qeesya memang tidak selesa diperlakukan sebegitu.
 
mama lynn percaya qeesya kuat semangat. hari ni mama lynn tak pasti qeesya dah discharge keluar atau belum. semoga Allah SWT memberikan kekuatan untuk sahabat mama lynn ini dalam keadaan kesihatan bayinya yang kurang stabil ini. "qeesya sayang, aunty doakan qeesya cepat sembuh eh " .
 

ibu sedang meyusukan qeesya
 

ibu mendodoikan qeesya, besar ertinya kasih seorang ibu
 


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar