Followers

Monday, September 17, 2012

hadiah hari jadi anak-anak

buntu mama lynn mencari hadiah hari jadi untuk anak-anak mama lynn. nak beli hadiah yang bernilai untuk abg long tapi bila fikir balik kepentingannya rasa macam membazir pulak. mujur juga ada rezeki anak-anak. kalau tak tahu apakah rezeki yang mama lynn dapat baru-baru ni boleh refresh balik di entri tersebut.
 
jumaat lepas memandangkan waktu rehat tengahari agak panjang mama lynn ke aeon bukit raja ditemani oleh kakak mama lynn. tujuan mama lynn ke sana adalah untuk berbelanja dengan baucar aeon bernilai rm100.00 tu. lama juga mama lynn memilih hadiah yang sesuai untuk anak-anak. siap dah pilih 2 buah kereta mainan untuk abg longnya. dah lama tu fikir balik kalau beli mainan kejap sangat akan rosak then ayahnya selalu juga belikan mainan so mama lynn terus decide belikan baju je sorang sepasang.
 
the end jumpa la t-shirt round neck kiko untuk abg long berwarna merah dan sehelai baju siap seluar panjang power puff girl warna merah jambu untuk nurul diana najwa. urmm puas hati =) + berbaloi x payah keluar bajet banyak untuk berbelanja. mama lynn cuma tambah beberapa rm je lagi.
 
ada baki baucar lagi rm60.00 so mama lynn belilah keperluan peribadi mama lynn. hehe beli apakah itu ? biarlah rahsia kan. then belanja kakak mama lynn sandal crocodile bernilai rm45.00. untung la kakak mama lynn sekadar kena tambah x sampai rm17.00 je kot cos yang selebihnya mama lynn bayarkan menggunakan baucar aeon tu.
 
belanja rm100.00 ke atas boleh pula tebus baucar rm5.00. hehe berganda untung kan. baucar rm5.00 ni boleh start guna 18 - 30 hb september ni. insya Allah nak ke aeon bukit raja lagi samada jumaat ni atau jumaat depan. nak beli sandal jugak. tengok kakak beli sandal baru rasa nak ada sandal baru jugak. flat pun takpe janji selesa untuk dipakai berjalan.
 
alhamdulillah bulan ni tak banyak plan nak bayar itu ini. gaji ni perkara pertama perlu didahulukan adalah duit rumah. kalau terlewat bayar alamak berdering-dering la hp tu. tiket balik kampung pun ingat nak pakai duit ot je. syukur even dari gaji bulan 8 aritu nak ke gaji bulan 9 ni agak teruk jugak dari sudut kewangan, Allah SWT masih memberikan rezeki lain untuk diri ini dan yang paling penting tidak membebankan orang disekeliling.
 
 
:: hadiah hari jadi anak-anak ::
 




♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar