Followers

Friday, September 7, 2012

get well myself

tak tahu kenapa kesihatan mama lynn tak sudah-sudah on off. kejap sihat kejap tidak. semua tu rahsia Allah kan. setiap yang berlaku mesti ada sebab. ya jujur mama lynn a bit dissapointed. dengan masalah telinga yang dekat sebulan tak settle2. urmm kata doktor mama lynn langgar pantang. tu lah sape suruh makan telur !! macam mana nak baik.
 
lately ni penyakit semput ni datang balik. mama lynn agak alah dengan cuaca yang terlalu sejuk. diri ni akan jadi mual dan batuk-batuk. dari dulu memang mama lynn begini. bila dah mual tu comfirm akan muntah. situasi macam ni yang mama lynn kurang selesa. rasa nak menitik air mata ni. orang akan tanya "mengandung ker ? ". andai betul mengandung dan mengalami alahan sebegitu mama lynn redha dan tak kan merungut tapi situasi mama lynn ni lain. belum ditakdirkan Allah untuk mama lynn mengandung cuma itu memang diri mama lynn. cepat mual dan muntah bila dalam keadaan yang agak sejuk.
 
nak suami dekat untuk jaga diri ni tatkala sakit
 
Allah berikan ujian sebegini untuk mama lynn lalui. dalam keadaan begini jujur cepat je air mata ni jatuh. bukan tak kuat tapi kadang-kadang tak terdaya menanggungnya. andai segala penyakit ini adalah dugaan untuk diri ini, mama lynn redha. pasti ada hikmah kan. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba Nya. orang kata kalau kita sakit sedikit sebanyak dosa kita akan terhapus. betulkah kata-kata itu ?
 
get well !! mama lynn nak sentiasa sihat. moga tubuh mama lynn kuat untuk melawan segala dugaan ini. moga telinga mama lynn cepat baik. bila telinga sakit pendengaran pun agak terhad. barulah mama lynn paham perasaan orang pekak macam mana. urmmm...
 
kena belajar bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan. kena redha dan cari jalan penyelesaian juga, hidup ini tidak boleh berserah terus. doakan mama lynn cepat sembuh. insya Allah.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. kesiannya mama... semoga cepat sembuh yaa... sentiasa bersyukur dengan segala nikmat dan anugerah Nya

    ReplyDelete
  2. gen2merah: thanks sudi doakan sy. alhamdulillah feel better rather than before. cuma lately cepat letih

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar