Followers

Tuesday, September 4, 2012

doakan uda saya cepat sembuh

panjang pulak tajuk entri mama lynn kali ini. sempena syawal yang mulia ini mama lynn nak mintak tolong sikit kat kawan-kawan blogger untuk mendoakan kesihatan uda (abang ipar abah) mama lynn bertambah baik. untuk pengetahuan semua uda mama lynn telah ditempatkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak 3 bulan yang lalu. sekarang uda ( abdul ghani bin abdul ghaffar) berada di wad neuro sains, aras 5, menara utama PPUM. terlantar akibat sakit apa ? yang ini mama lynn kurang pasti tetapi jujurnya mama lynn turut berdukacita di atas kesihatan uda yang kurang memuaskan.
 
ahad lepas sempat meluangkan masa ke PPUM untuk menziarahi uda. bertambah sebak diri ini bila melihat uda mengalirkan air mata melihat diri ini dan ibunda tercinta. mama lynn ada sekali melawat uda sebelum ini. 12 julai 2012 yang lalu , sewaktu tu uda ditempatkan di wad icu. sangat terkenang arwah atuk dan arwah bapa mertua mama lynn saat melihat uda terbaring di katil. melihat tubuh tua yang menanggung kesakitan membuatkan air mata ini bergenang dan sebak. Ya Allah.. Kau sembuhkanlah penyakit udaku. permudahkanlah dia untuk melalui kehidupan ini.
 
saat menulis entri ini hati mama lynn masih teringatkan uda. insya Allah tengahari ni mama lynn akan ke PPUM lagi. baby oficemate mama lynn yang masih dalam pantang di masukkan ke wad disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru. sebak juga bila terkenangkan anak sekecil itu terpaksa menanggung kesakitan. besar dugaan Allah untuk sahabat mama lynn itu. moga dia juga tabah menghadapi dugaan ini. sambil melawat baby sahabat mama lynn tu, akan mama lynn gunakan juga untuk melawat uda. insya Allah .
 
pada semua mama lynn pohon andai kamu semua dapat mendoakan kedua- dua mereka cepat sembuh. moga dengan doa kita semua Allah mempermudahkan segalanya. insya Allah.
 




lokasi wad uda ditempatkan

pintu masuk ke wad neuro sains

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

7 pesanan kasih sayang:

  1. Semoga dia cepat sembuh yer..

    ReplyDelete
  2. I am probably more than happy knowing you are a follower of ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog than you will ever know. It's my pleasure to known awesome blogger like you. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day! Lynn..
    Referred from segment: ♌¹³ Pseudosupra | Hanif Idrus Segmen Menerjah

    ReplyDelete
  3. semoga uda lynn cpt sembuh.. risaukan bila ada org sakit..

    ReplyDelete
  4. raimi : thanks cos sudi singgah sini. i will visit ur blog asap

    ina : insya Allah.. moga2 mcm tu la. semalam sempat gak melawat tgk dia lena je tidur

    ReplyDelete
  5. moga uda sis lynn sihat seperti biasa.. dipanjangkan umur dan cepat2 keluar hospital.. sampaikan salam kami buatnya :)

    ReplyDelete
  6. aida omar : thanks dear.... doakan mereka eh

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar