Followers

Saturday, September 8, 2012

cerita anak-anak mama lynn

 
semalam sempat meluangkan masa di waktu rehat tengahari melawat kawan sepejabat mama lynn yang baru melahirkan baby boy awal ogos yang lepas. kak faezah ni kawan satu bahagian mama lynn. mama lynn sedang menanggung kerja dia sehingga 4 oktober ini. baby boy kak faezah diberikan nama muhammad zikry. indah namanya bukan.
 
even mama lynn ni belum ditakdirkan Allah menjadi ibu kandung tapi mama lynn dah ada 2 anak segera. seorang lelaki dan seorang perempuan. so feel mak-mak tu memang kuat. buat masa ini ikatan mama lynn dengan keduanya juga sangat akrab. bagi mama lynn both of them memang penyeri hidup ni. lebih-lebih yang perempuan, nurul diana. agak rapat dengan mak dia ni. sometimes bila mama lynn ada disampingnya mama sendiri dia lupakan. unless nak menyusu atau tidur barulah sibuk dengan mama.
 
bila jumpa zikry semalam rasa rindu sangat-sangat dekat both my prince & princess. jangan ditanya feel jadi mak segera ni. mama lynn tak suka dengan istilah mak tiri. nampak kejam sangat bunyinya. bagi mama lynn diorang anak mama lynn dunia akhirat. sebab tu dalam entri-entri mama lynn , mama lynn lebih suka guna istilah anak-anak. lebih manis.
 
3 tahun 2 bulan jadi mak kepada zahir dan hampir 2 tahun bersama nurul diana sangat menujakan diri ini. sebab tu lah even sedih takde anak kandung mama lynn masih boleh tersenyum kerana Allah SWT masih memberikan mama lynn peluang untuk menjadi ibu kepada kedua mereka. en suami juga tahu bagaimana layanan diri ni buat keduanya. yang mama lynn rasa kelakar mama lynn rasa mama lynn lebih kuat melebihkan mereka berdua dari anak-anak saudara sebelah mama lynn. biarlah orang nak berkata di belakang. Allah SWT sahaja yang tahu rahsia hati ni.
 
buat apa nak malu menjadi ibu tiri. mama lynn bukan jenis ibu tiri seperti di dalam drama-drama di televisyen. setakat ini hubungan mama lynn dengan mama mereka berdua juga baik. sedangkan lidah lagi tergigit. inikan pula keluarga seperti kami. insya Allah, kalau kita sabar pasti ada kebaikan yang datang pada kita. ikhlas dan redha dalam kehidupan. hidup ini bukan untuk menuding jari dan mencari salah orang atau diri sendiri tetapi berusaha memperbaiki kekurangan yang ada.
 
Allah SWT memberi jalan hidup begini kepada diri ini. ya , ini jalan yang mama lynn pilih. menjadi ibu segera =) . mama lynn tak kisah orang nak gelak @ kutuk kat belakang. terpulang pada diri mereka untuk menilai. hanya keluarga kami yang tahu hubungan kami bagaimana. alhamdulillah walau tetap ada dugaan yang mendatang mama lynn sentiasa positifkan diri.
 
tak sabar nak luangkan masa bersama anak-anak. mungkin kali ini mama lynn akan mengambil cuti lebih lama untuk bersama mereka. jujur bukan sahaja suami keutamaan pada diri ini. anak-anak itu kurniaan Allah SWT paling berharga buat diri ini. syahdu dan bahagia bila dipanggil "mak".
 
practice make perfect
step dotter "nurul diana najwa"

step son "muhammad zahiruddin"


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar