Followers

Monday, September 17, 2012

baby sitter & cikgu blogging

baby sitter
sabtu lepas mama lynn telah menawarkan diri kepada adik ipar untuk menjaga putera-putera kecil kesayangan hati afif fikri & adiknya aiman faliq. adik ipar mama lynn kena kerja di hari sabtu. POS MALAYSIA kan. mana boleh tutup hari sabtu. menjaga keduanya tidaklah sesukar mana. alhamdulillah masih boleh menjaga keduanya dengan baik  walaupun tiada bantuan dari yang lain. ade lah adik mama lynn take over kejap2 tapi aiman bila dengan maksu menangis je. manakan tidak, maksu sibuk nak bbm. sebelah tangan nak pegang aiman, sebelah tangan nak bbm. the end mama lynn kena take over balik jaga si kecil tu.
 
dah petang !! aiman & abg long afif

my little cute aiman faliq
 
sementara menanti bff mama lynn datang (datang untuk belajar buat blog), sempat lah mandikan keduanya then bagi aiman menyusu dan suapkan nestum. aiman dah makan nestum di usia 4 bulan. terlalu cepat juga untuknya. memandangkan aiman memang tak puas menyusu kena juga bagi tambahan nestum tapi cara bancuhan kena la cair sikit dari baby berusia 6 bulan. kawan mama lynn sampai lewat seperti yang dirancangkan. lebih kurang 12 tgh barulah reena sampai.

even kawan mama lynn ada sekali, mama lynn still boleh handle 2 orang putera kecil ni. wan diorang balik dari rewang di kenduri jiran lebih kurang pukul 2 petang so wan diorang bantu mama lynn untuk tidurkan afif. sementara tu mama lynn dengan kerja mama lynn bersama sahabat mama lynn reena sambil menjaga aiman.
 
cikgu blogging
reena merupakan salah seorang dari tenaga pengajar di IKM , johor. hebatnya kawan mama lynn yang sorang ni. even dah pun bekerja tetapi semangat untuk mendapatkan master tetap kuat. reena sedang dalam pengajian masternya dan kalau tak silap mama lynn di uitm johor @ utm. salah satu dari assignment reena adalah menghasilkan blog yang menjual produk.
 
reena minta tolong mama lynn untuk mengajar basic dalam membuat blog cos dia tahu yang sahabat dia ni blogger. even dah bertahun mama lynn blogging , tak pernah mama lynn mengajar orang untuk membuat blog secara details. mama lynn hanya memberi bantuan semana mampu diri ini. ajar yang basic-basic je. mama lynn percaya kalau kita dah tahu basic tentang blog banyak pelajaran lain yang kita akan dapat. yang penting kena rajin study melalui blog walking.
 
reena siap bayar mama lynn rm20.00 lagi. issh jenuh nak tolak tapi reena tetap nak mama lynn ambil upah tu. urmm rasa kelakar pulak. kelas blogging secara peribadi di rumah mama lynn selama beberapa jam dapat pula upah. ishh tak patut betul kan. mama lynn tak nak terima duit tu tapi reena tetap reena. siap bagi duit raya untuk anak-anak buah mama lynn sorang rm5.00 lagi. thanks reena, awak ni baik sangat.
 
fikir balik melalui blog memang boleh buat duit. bercadang juga ingin membuat blog tentang perniagaan online. tapi bila fikirkan produk yang ingin dipasarkan mulalah terbantut hasrat hati tu. urmm apakah yang sesuai agaknya + dah ramai sangat orang buat business online ni. mungkin di masa hadapan hasrat mama lynn akan tertunai juga. doakan sahaja hasrat mama lynn akan tercapai. amin
 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

4 pesanan kasih sayang:

  1. huhuhuhuhu kalau ada minat! pasti boleh buat! :)cuba2 laaa dulu tak cuba tak tahu kan :)

    ReplyDelete
  2. sue : insya Allah akan diusahakan =)thanks bg support

    ReplyDelete
  3. Insyaallah.. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.. Moga impian menjadi kenyataan.

    Salam ukhuwah..

    ReplyDelete
  4. nor salmi : insya Allah amin. thanks bg support

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar