Followers

Friday, September 28, 2012

nak balik kampung


malasnya nak tulis entri ni. kemalasan mama lynn saat ini memang extra melampau. heheh tapi untuk makluman kawan-kawan blogger rajinkan diri menaip keyboard ni.
 
malam ni mama lynn akan bertolak ke kampung en suami dengan menaiki bas era mesra dari klang sentral terus ke kulim. insya Allah mama lynn akan berada di kulim sehingga selasa depan. ini bermakna mama lynn akan menyepikan diri selama beberapa hari.
 
JANGAN RISAU kalau korang singgah sini mama lynn akan blog walking kembali rabu depan. doakan mama lynn selamat pergi dan kembali.


p/s : mood happy nak jumpa en suami.
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Thursday, September 27, 2012

mama lynn dan bunga




korang kenal tak dengan bunga kat atas ni. try la google kat yahoo image by use word BUNGA BUTANG.  mesti gambar bunga ni yang keluar. mama lynn memang suka sangat ngan bunga butang ni. dah try tanam kat rumah pun. sekarang ni sedang rancak berbunga. berbeza dengan pokok bunga lain setangkai hanya ada sekuntum bunga sahaja. bunga butang ni tak susah pun nak jaga. yang penting siram dengan kuantiti air yang mencukupi.
 
mama lynn memang peminat bunga cuma nak maintain jaga bunga-bunga kat laman rumah tu memang mencabar. lagi-lagi dalam keadaan laman yang baru je diracun rumputnya. nampak messy sangat. tak seronok bila laman penuh bunga tapi rumput meninggi. susah bila duduk PJJ ngan en suami. nak upah orang mesin rumput ,masa kat rumah pula terhad.



kat atas ni pulak bunga-bunga yang mama lynn tanam di halaman rumah. ekceli mama lynn dah semai balik bunga-bunga color pink tu balik. sama macam bunga butang sangat senang nak jaga. cuma yang tak best letely ni pokok bunga mama lynn di makan serangga. geram pulak bila pokok-pokok bunga sedikit rosak. pokok bunga keembung pun sangat senang dijaga. sebenarnya kawan-kawan opis mama lynn ni rajin bagi benih bunga, so bila ada masa mama lynn memang rajin menyemai. kalau tak ada pasu atas tanah pun boleh.
 
lepas ni plan nak cari bunga yang long lasting dan tak sukar untuk dijaga. means pokok bunga yang berbatang keras. teringin sangat nak penuhkan laman rumah dengan pokok-pokok bunga yang sejuk dipandang mata. hobi mungkin kena generate sedikit modal untuk memenuhi impian mama lynn ni.

 
p/s : hobi masa lapang = belai pokok bunga

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

dapat sandal baru

lama tak menulis di blog ni. pagi ni ambil masa sejam jugak untuk membalas kunjungan kawan-kawan blogger. huhuhu penat tak hingat berjalan eh.. penat la sangat. ambil masa kejap untuk entri tak seberapa ni.
 
ingat tak entri mama lynn jumaat lepas. alah pasal baucar aeon . tak ingat ker ??? takpe2 ley je rujuk entri indahnya jumaat ni. alhamdulillah sabtu lepas sempat luangkan masa ke aeon bukit raja. tu pun balik daripada OT. jalan sorang2 plak tu. mula la sedih touching-touching cos xde kawan nak teman. tak sabar sebenarnya nak belanjakan baucar tu . tu yang berjalan sorang-sorang pun hidup.
 
malas nak survey + kena la cari sandal mengikut bajet yang ada. at the end mama lynn terpandang sandal crocodile ni. tidak terlalu flat atau tinggi. sesuai la dengan fizikal mama lynn yang comel ni. apa yang mama lynn berkenan adalah warna orange dia. mama lynn belum ada sandal color macam ni lagi.
 
 

cuba tengok harga dia... sandal mampu milik untuk semua tapi kalau mama lynn tak dapat free2 baucar aeon tu belum tentu mama lynn nak beli. betul tak ? unless dalam keadaan dah takde sandal nak pakai =) . insya Allah ada bajaet sendiri nanti nak jugak cari heels. dah lama tak beli kasut tinggi. sangat teringin la pulak. sape nak belanja mama lynn shopping sila angkat tangan. hihihi ada ker ?



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, September 25, 2012

uda mama lynn meninggal dunia

x sempat nak updated blog. kali ni buat entri pendek. ingat lagi tak entri tentang uda mama lynn ni. pada yang belum tahu boleh refer entri tersebut. untuk makluman semua uda mama lynn telah selamat kembali kepada Allah pada ahad lepas jam 7.15 malam ketika dalam ambulans dalam perjalanan pulang ke rumah dari hospital (PPUM). sebelum ni uda P (wife arwah)dah buat solat isytiharah untuk bawa arwah pulang kerana melihatkan kesihatan arwah yang makin merosot. mungkin sudah ajal arwah.
 
tak boleh nak cerita panjang cos pagi ni mama lynn kena attend kursus bahasa. supposed semalam kena hadir kursus sama tapi mama lynn terpaksa ambil cuti kecemasan cos semalam arwah dikebumikan.
 
insya Allah esok mama lynn akan approved semua komen yang masuk. maaf andai terlewat membalas kunjungan semua yang singgah di sini. mohon sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada arwah bapa saudara mama lynn ABDUL GHANI BIN ABDUL GAPAR. al-fatihah.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Friday, September 21, 2012

indahnya jumaat

 
pagi ni untuk bekpes layan conflakes ngan setengah botol tea mix lemon & hibiscus by herbalife. pastu ada pulak offer makan cendawan goreng. ishh hadap jugak even sedikit berminyak. rosak ke diet ku ini ?
 
 
mama lynn kononnya dalam fasa menurunkan berat badan. untuk 4 hari ni alhamdulillah boleh stop ambil nasi. buat permulaan replace dengan kuew tiaw dan bihun. nak stop makan heavy meal bukan senang so biarlah ambil masa dari memaksa diri. semalam ambil jugak nasi 2 suap. jadi la dari berdiet tapi sekerat jalan.
 
untuk 4 hari ni alhamdulillah segalanya berjalan lancar. 1st day mama lynn bekpes roti ikan bilis then lunch kuew tiaw bandung, ptg meratah lauk. 2nd day mama lynn bekpes bihun goreng, lunch kuew tiaw tom yam & abc (adesss tergoda kejab) then ptg meratah lauk. hari ketiga (semalam) mama lynn bekpes meratah konflakes , lunch 1 1/2 ketul ayam goreng, ptg roti canai garing tanpa minyak & ikan kembung. malam tadi makan keropok ikan sikit.
 
ambil masa. ya.. bukan senang nak kurus. kali ni nekad kerana dah terlalu geram bila jadi bahan gelak orang. GEMUK sangat mama lynn ni. to be honest badan ni naik 5 kg lepas raya so paham2 la kemurungan diri macam mana pulak. please pray for me... please support me. nak buktikan yang mama lynn pun boleh berubah macam orang lain. bukan la berangan nak lansing sangat tapi dapat turunkan berat slowly pun dah ok. yang penting energy diri since minum tea mix lemon & hibiscus memang superb. tak rasa letih pun.
 
pagi ni rezeki lain pun datang jugak. pen jurutera kat unit mama lynn ni sedekah baucar aeon bernilai rm50.00. yeaahh boleh beli kasut baru. dah ushar sandal crocodile kat aeon , bukit raja minggu lepas. ++ ada last week ada dapat baucar cos belanja rm100.00 ke atas bernilai rm5.00 . total rm55.00, cukup sangat tu kalau nak grab sandal crocodile. yang pasti duit poket dapat la dijimatkan. =) tq Allah .



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Thursday, September 20, 2012

Khasiat Surah Al-Waqiah

"berkali-kali mak mama lynn berpesan agar mengamalkan surah al-waqiah. dan selama itu jugalah mama lynn tidak pernah mencuba untuk mengamalkannya. semalam terbuka hati ini untuk membelek di belakang surah yassin (kecil) tu. mak siap tandakan yang mana satu surah al-waqiah. mama lynn nekad mahu mengamalkannya. tengahari ni sempat jugak mencari di internet fadhilat-fadhilat mengamalkan surah ini. rasanya tak perlu mama lynn jadi orang yang tamak. mahu kawan-kawan semua sama-sama mempraktikkannya mulai saat ini. besar manfaatnya untuk kita semua. insya Allah. "
 
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
 
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
 
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
 
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
 
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
 
Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.
 
Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:
  • Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
  • Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
  • Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
  • Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
  • Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
  • Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya
  • Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
  • Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
  • Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

spontaneous thursday 25

 
belajar dari kesalahan membuatmu dewasa dan belajar dari pengalaman orang lain membuatmu bijaksana

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, September 19, 2012

wordless wednesday 30



p/s : tak sampai 24/7 tak tengok blog, komen masuk buat mama lynn tersenyum pagi ni =)
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, September 18, 2012

simpanan masa depan

makin rajin pulak nak blogging sehari dua ni + terajin pulak mama lynn bersegmen. alhamdulillah impact dari segmen2 yang mama lynn turut serta tu ramai dah kawan2 blogger yang mama lynn baru kenal. hope bukan sekadar follow je lah. boleh la terus keep in touch melalui blog masing-masing.
 
alhamdulillah hari ni rezeki OT da masuk. pagi2 dah belanja. isi minyak rm20.00 then top up touch N go rm10.00 (top up by week cos kereta guna sama) + top up hp rm10.00 . ada lagi baki untuk belanja sepanjang minggu ni. tak sabar nak tunggu gaji. insya Allah selasa minggu depan akan tersenyum lebarlah semua kakitangan awam. setelah hampir sebulan setengah tak dapat gaji. hehehe raya punya pasal lah ni.
 
cakap pasal gaji bulan oktober ni gaji akan masuk pada 22 hb then diikuti november pada 6hb dan akhir sekali disember pada 18hb. bila dah ada tarikh gaji ni kena la pandai-pandai berbelanja. ingat, simpanan masa depan juga SANGAT-SANGAT penting.
 
ni pun mama lynn baru je isi borang potongan gaji untuk akaun tabung haji. even sekadar potong rm50.00 sebulan pun, setahun dah boleh simpan rm600.00. dah lama sangat stop potongan gaji untuk saving. rasa menyesal sangat lambat take action. mulai sekarang kena betul-betul konsisten menyimpan. mujur jugalah bulan oktober ni mama lynn akan terima kenaikan gaji tahunan so takde lah terasa sangat bila menyimpan melalui potongan gaji.
 
next year mama lynn akan lebih menarik nafas lega bila dah stop buat potongan kwsp. insya Allah 1 disember ni genap la mama lynn 3 tahun tetap di MBSA ni. kalau tiada halangan mama lynn akan memilih skim pencen. insya Allah.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Monday, September 17, 2012

" Jom tingkatkan followers sampai lebam "

 
klik SINI untuk turut serta
  
nak join segmen. cambest + ramai kawan2 blogger yang join sama. klik bawah banner tu kalau korang nak join sama.
 
Syarat syarat ?

1. Buat satu entry " Jom tingkatkan followers sampai lebam "  + letak banner kat entry

2. Letak jumlah followers korang * terkini *

3.Letak link entry yang korang buat kat dalam ruangan komen entry Zayn .

4. Last , follow blog Zayn  ini .

 
wish me luck =)


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

tayangan gambar budak

meh nak peluk dia
 kecik-kecik dah pandai pose
 kasih abang
 behave la afif, sakit adik tu
 comel tak saya ?
 aiman pandang ape tu ?
 tak nak la ambil gambar lagi
 wahh terkejut aiman
saya dah wangi ..yeah!!!
 
 
p/s : buat tatapan semua yang singgah. pada yang sedang preggy tu boleh la tenung muka aiman faliq dan afif fikri ni puas-puas. mana lah tahu anak korang akan secomel 2 beradik ni. both ni la buah hati pengarang jantung hati mama lynn =) ++ anak-anak kesayangan jauh dari mata.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

hadiah hari jadi anak-anak

buntu mama lynn mencari hadiah hari jadi untuk anak-anak mama lynn. nak beli hadiah yang bernilai untuk abg long tapi bila fikir balik kepentingannya rasa macam membazir pulak. mujur juga ada rezeki anak-anak. kalau tak tahu apakah rezeki yang mama lynn dapat baru-baru ni boleh refresh balik di entri tersebut.
 
jumaat lepas memandangkan waktu rehat tengahari agak panjang mama lynn ke aeon bukit raja ditemani oleh kakak mama lynn. tujuan mama lynn ke sana adalah untuk berbelanja dengan baucar aeon bernilai rm100.00 tu. lama juga mama lynn memilih hadiah yang sesuai untuk anak-anak. siap dah pilih 2 buah kereta mainan untuk abg longnya. dah lama tu fikir balik kalau beli mainan kejap sangat akan rosak then ayahnya selalu juga belikan mainan so mama lynn terus decide belikan baju je sorang sepasang.
 
the end jumpa la t-shirt round neck kiko untuk abg long berwarna merah dan sehelai baju siap seluar panjang power puff girl warna merah jambu untuk nurul diana najwa. urmm puas hati =) + berbaloi x payah keluar bajet banyak untuk berbelanja. mama lynn cuma tambah beberapa rm je lagi.
 
ada baki baucar lagi rm60.00 so mama lynn belilah keperluan peribadi mama lynn. hehe beli apakah itu ? biarlah rahsia kan. then belanja kakak mama lynn sandal crocodile bernilai rm45.00. untung la kakak mama lynn sekadar kena tambah x sampai rm17.00 je kot cos yang selebihnya mama lynn bayarkan menggunakan baucar aeon tu.
 
belanja rm100.00 ke atas boleh pula tebus baucar rm5.00. hehe berganda untung kan. baucar rm5.00 ni boleh start guna 18 - 30 hb september ni. insya Allah nak ke aeon bukit raja lagi samada jumaat ni atau jumaat depan. nak beli sandal jugak. tengok kakak beli sandal baru rasa nak ada sandal baru jugak. flat pun takpe janji selesa untuk dipakai berjalan.
 
alhamdulillah bulan ni tak banyak plan nak bayar itu ini. gaji ni perkara pertama perlu didahulukan adalah duit rumah. kalau terlewat bayar alamak berdering-dering la hp tu. tiket balik kampung pun ingat nak pakai duit ot je. syukur even dari gaji bulan 8 aritu nak ke gaji bulan 9 ni agak teruk jugak dari sudut kewangan, Allah SWT masih memberikan rezeki lain untuk diri ini dan yang paling penting tidak membebankan orang disekeliling.
 
 
:: hadiah hari jadi anak-anak ::
 




♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

baby sitter & cikgu blogging

baby sitter
sabtu lepas mama lynn telah menawarkan diri kepada adik ipar untuk menjaga putera-putera kecil kesayangan hati afif fikri & adiknya aiman faliq. adik ipar mama lynn kena kerja di hari sabtu. POS MALAYSIA kan. mana boleh tutup hari sabtu. menjaga keduanya tidaklah sesukar mana. alhamdulillah masih boleh menjaga keduanya dengan baik  walaupun tiada bantuan dari yang lain. ade lah adik mama lynn take over kejap2 tapi aiman bila dengan maksu menangis je. manakan tidak, maksu sibuk nak bbm. sebelah tangan nak pegang aiman, sebelah tangan nak bbm. the end mama lynn kena take over balik jaga si kecil tu.
 
dah petang !! aiman & abg long afif

my little cute aiman faliq
 
sementara menanti bff mama lynn datang (datang untuk belajar buat blog), sempat lah mandikan keduanya then bagi aiman menyusu dan suapkan nestum. aiman dah makan nestum di usia 4 bulan. terlalu cepat juga untuknya. memandangkan aiman memang tak puas menyusu kena juga bagi tambahan nestum tapi cara bancuhan kena la cair sikit dari baby berusia 6 bulan. kawan mama lynn sampai lewat seperti yang dirancangkan. lebih kurang 12 tgh barulah reena sampai.

even kawan mama lynn ada sekali, mama lynn still boleh handle 2 orang putera kecil ni. wan diorang balik dari rewang di kenduri jiran lebih kurang pukul 2 petang so wan diorang bantu mama lynn untuk tidurkan afif. sementara tu mama lynn dengan kerja mama lynn bersama sahabat mama lynn reena sambil menjaga aiman.
 
cikgu blogging
reena merupakan salah seorang dari tenaga pengajar di IKM , johor. hebatnya kawan mama lynn yang sorang ni. even dah pun bekerja tetapi semangat untuk mendapatkan master tetap kuat. reena sedang dalam pengajian masternya dan kalau tak silap mama lynn di uitm johor @ utm. salah satu dari assignment reena adalah menghasilkan blog yang menjual produk.
 
reena minta tolong mama lynn untuk mengajar basic dalam membuat blog cos dia tahu yang sahabat dia ni blogger. even dah bertahun mama lynn blogging , tak pernah mama lynn mengajar orang untuk membuat blog secara details. mama lynn hanya memberi bantuan semana mampu diri ini. ajar yang basic-basic je. mama lynn percaya kalau kita dah tahu basic tentang blog banyak pelajaran lain yang kita akan dapat. yang penting kena rajin study melalui blog walking.
 
reena siap bayar mama lynn rm20.00 lagi. issh jenuh nak tolak tapi reena tetap nak mama lynn ambil upah tu. urmm rasa kelakar pulak. kelas blogging secara peribadi di rumah mama lynn selama beberapa jam dapat pula upah. ishh tak patut betul kan. mama lynn tak nak terima duit tu tapi reena tetap reena. siap bagi duit raya untuk anak-anak buah mama lynn sorang rm5.00 lagi. thanks reena, awak ni baik sangat.
 
fikir balik melalui blog memang boleh buat duit. bercadang juga ingin membuat blog tentang perniagaan online. tapi bila fikirkan produk yang ingin dipasarkan mulalah terbantut hasrat hati tu. urmm apakah yang sesuai agaknya + dah ramai sangat orang buat business online ni. mungkin di masa hadapan hasrat mama lynn akan tertunai juga. doakan sahaja hasrat mama lynn akan tercapai. amin
 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Friday, September 14, 2012

aiman faliq dah pandai meniarap ?

yes !!! pagi ni sempat menerjah rakan-rakan blogger. ambil masa kejap untuk blogging sebelum mulakan kerja di pejabat. syukur alhamdulillah dah hari jumaat. lagi best hari ni dah 14hb september, means 12 hari lagi sebelum gaji. wahhh dah sengsara jiwa dan raga ni cos gaji bulan lepas diterima awal. kalau dah gaji awal tu paham2 je la belanja pun dah ter"over".
 
aiman faliq dah pandai meniarap !!
ingat tak siapa aiman faliq di sisi mama lynn. boleh je singgah di label aiman faliq ini untuk bersuai kenal dengan empunya diri.




semalam pertama kali mama lynn lihat aiman meniarap. its awesome!! feel sukanya tengok perkembangan aiman. aiman baru 4 bulan dan mama lynn rasa aiman kira tak lah terlalu lambat untuk belajar meniarap.
 
lepas ni tak sabar nak tengok aiman merangkak dan berjalan. aiman faliq ni even kuat menangis tapi bila dia gelak memang hilang segala masalah yang ada. as his mama (i'm his mak ngah actually) mama lynn sayangkan aiman macam anak mama lynn sendiri. tak sabar nak tengok aiman membesar.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Thursday, September 13, 2012

tolong jangan paksa saya

tak suka ada insan lain yang perlu aturkan hidup ni. apatah lagi untuk sesuatu perkara yang berbaur peribadi. my personal matter is mine. bukan tak suka berkongsi tetapi ianya terlalu peribadi untuk dikongsi pada umum. tak nak ada yang terpalit kerana percaturan yang kita cuba lakukan atau usahakan.
 
baik atau buruk semuanya telah tertulis. yang penting sebagai orang Islam kita perlu perbaiki kelemahan diri. jangan terlalu mudah berburuk sangka dengan orang. jangan terlalu berdendam atau membenci orang. usaha dan terus berusaha membersihkan hati kita yang kadang-kadang sangsi pada pada orang. kalau orang jahat dengan kita takkan kita nak jahat pada mereka. please dont be like dis. saya tak suka dijadikan bahan ujikaji manusia.

 
mahu bahagia bersama cinta hati
 
 Allah bagi kita akal , hati untuk kita fikir sedalamnya. positifkan diri dan redha dengan qada' dan qadar Allah. kalau kedukaan itu ujian dari Nya tak salah kita ikhlaskan diri dan berusaha menerima kedukaan sebagai cabaran dalam kehidupan. pahit hari ini tak bermakna pahit untuk hari esok. berdoa pada Allah. ingat Allah sentiasa ada untuk kita.
 
hidup ini sekadar persinggahan semata-mata. please, jangan cepat buat andaian itu dan ini. please, jangan paksa diri ni buat sesuatu yang tidak disukai. penat nak jaga hati orang lain sampai diri sendiri terluka. diri ini terlalu penat untuk itu semua.
 
sangat susah untuk puaskan hati orang lain. tapi tak salah andai kita menerima pendapat dan mendoakan untuk kebaikan orang-orang disekeliling kita. biar Allah yang menjadi penentu. insya Allah andai gelombang yang datang, diri ini kan cuba mengharunginya dengan penuh kesabaran.
 
 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

spontaneous thursday 24

bersosial jangan sampai jadi “SO SIAL”



-petikan dari kata-kata Ustaz Azhar Idrus

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

ruam di dagu ?

allergic kah diri ini ? dagu mama lynn penuh dengan ruam-ruam kecil. ishh salah makan ker ? kalau setakat ruam mama lynn tak lah terlalu risau tapi kali ni rasa di merenyam gatal. rasa nak garu sepanjang masa.
 
pernah juga kena situasi sebegini. lama-lama akan baik sendiri cuma sedikit comfius. umur 29 tahun pun boleh dapat ruam jugak ke ? biasanya budak-budak je yang kena ruam. dan lagi pelik kat dagu je.



ada apa-apa petua tak untuk ruam macam ni. risau jugak dengan kesihatan kulit mama lynn ni. mama lynn memang ada ekzema tapi di bahagian kaki sahaja. ambil juga pil dari klinik tapi kadang-kadang terskip makan juga. krim kulit macam-macam jenama dah cuba. lambat mandi mula lah terasa gatal. tapi bila kena kat dagu ni rasa tak selesa sikit. sapu bedak kat muka pun jadi tak rata.
 
sebagai wanita mestilah nak kelihatan cantik luar dan dalam. tak nak masalah sebegini mempengaruhi emosi dan konfiden pada diri sendiri.



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, September 12, 2012

wordless wednesday 29



p/s : hari rabu, cakap lebih-lebih pun x best =)
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, September 11, 2012

siaran radio pilihan korang

stesen pilihan no.1 mama lynn
pagi-pagi kalau tak dengar era.fm memang tak sah. terasa ada sesuatu yang terkurang bila tidak dapat mendengar gelak tawa ray, hanif & johan. JOHARA pagi era adalah siaran pilihan mama lynn sewaktu memandu ke tempat kerja. seronok sangat mendengar gossip mossip mak jemak (GMMJ) dan suara ah-chai menyanyi. rasanya sejak johan ada sama mengendalikan pagi era, rating radio era turut meningkat. mama lynn paling suka dengar johan dan ray bertekak,terhibur hati ni.
 
di pejabat juga mama lynn akan putarkan siaran radio era.setakat ni takde sape lagi yang akan tukar ke siaran lain. mama lynn pasang dalam mode suara sederhana kerana tidak mahu mengganggu rakan-rakan sekerja.
 
balik kerja siaran radio akan bertukar ke suria.fm. petang-petang dengar suara linda onn berceloteh memang best. lagu-lagu yang diputarkan di suria.fm juga masuk dengan jiwa mama lynn. even kadang-kadang balik kerja terpaksa redah jammed hilang segala rasa tension tu.
 
malam, bila berkesempatan sekali-sekala mama lynn akan dengar radio. itupun kalau memandu. pilihan mama lynn masih suria.fm. selalu berebut siaran dengan adik-adik.
 
apa pulak pilihan kawan2 blogger sekalian? gandingan pagi hari di stesen manakah yang menawan halwa telinga anda ? adakah seperti mama lynn di era.fm atau siaran-siaran lain. jom kongsikan di sini.
 
 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Monday, September 10, 2012

rezeki anak-anak





kalau dah namanya rezeki takkan nak ditolak. Allah bagi rezeki untuk diri ni walau pagi tadi dah kena simbah dengan air lopak. bila ingat kejadian pagi tadi rasa bengang pulak. kebetulan kereta myvi tu kerosakan pendingin hawanya so bila hujan mama lynn terpaksa juga buka tingkap sedikit. tengah kusyuk memandu boleh lak kereta sebelah tersimbah mama lynn yang tengah drive. mujur la baju tak basah kuyup. nak marah pun tak boleh cos salah sendiri. sambung tentang rezeki, hari ni mama lynn dapat baucar aeon bernilai rm100.00. macam tahu2 je mama lynn nak beli baju baru. alhamdulillah dapat la save bajet gaji bulan ni. dapat sehelai baju baru pun cukup. apa yang lebih penting nak cari hadiah hari jadi untuk anak-anak tersayang. birthday si abang 27 ogos yang lepas. si adik pula 26 september ni. birthday nurul diana, kena dengan tarikh gaji =) lagi lega lah diri ni.
 
ada apa-apa cadangan tak untuk cari hadiah anak lelaki berusia 5 tahun dan anak perempuan berusia 2 tahun. nak beli baju raya haritu dah belikan baju baru. kalau dapat harga bawah rm50 lagi baik cos bajet pun bukan lah besar mana. rasa nak belikan kereta kawalan jauh tapi ayahnya pernah belikan sebelum ni. urmm buntunya. yang si kecik pulak sesuai ke kalau bagi dolls ? pandai ke anak dara tu main dolls ? hehe dah biasa tengok dia melasak. boleh plak abg longnya request nak mainan masak2. " abg long lelaki la, mana boleh main mainan masak2 ". jawapan dia senang je "abg long nak main dengan adik ". terdiam mak dia ni
 
sebagai seorang mak, mama lynn nak berikan yang terbaik untuk keduanya. dah la berjauhan so nak la belikan sesuatu yang boleh buat diorang ingat mak diorang yang jauh ni. hope takde sape yang berkecil hati bila mama lynn kelihatan terlebih pada keduanya. insya Allah untuk anak-anak saudara ada juga hadiah yang menanti. tapi kena tunggu birthday diorang nanti. isshh mak rindu anak-anak mak. insya Allah ada kelapangan nanti akan ke aeon, bukit raja untuk cari hadiah buat keduanya.

 
p/s : kalau ada idea menarik boleh share ngan mama lynn eh

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

tekanan kerja ?

hari ni mama lynn bekpes dengan nasi putih dan lauk masak lemak cili api daging. sangat suka tengok kuah lemak yang kuning dan ada attraction tu. SANGAT LAPAR DI PAGI HARI. hehehe awal kan mama lynn sarapan. kalau beli kuih belum tentu kenyang + dah la kerja pun tengah banyak.
 
bukan pasal bekpes yang mama lynn nak ceritakan cuma nak luahkan apa yang mama lynn rasa di tempat kerja sekarang ni. kerja sehari-hari makin sibuk sampaikan hp mama lynn ni asyik berdering dengan panggilan daripada public. sampai dalam hati ni terdetik rasa nak beli another sim kad dan hp. khas untuk kegunaan opis.
 
jarang dah ada masa untuk goyang-goyang kaki. alhamdulillah kerja dengan penuh keikhlasan (kadang2 merungut jugak). yang pasti penat atau tidak tidak boleh dijadikan ukuran untuk bertukar emosi. tak kan pasal kerja kita nak bermasam muka dengan orang. mama lynn tak mahu timbul keadaan begitu.
 
bila menanggung kerja ni, kerja hakiki mama lynn akan buat di saat-saat akhir. takde lah sampai terabai cuma mama lynn akan dahulukan kerja yang mama lynn tanggung. mama lynn bukan buat kerja tu secara percuma tu yang kena buat betul-betul.
 
pada sesiapa yang bekerja di sektor kerajaan , boleh tak beritahu mama lynn cara mengira elaun tanggung kerja. bukan tak sabar tapi teringin juga nak tahu berapa jumlah yang akan mama lynn terima kelak. berbaloikah dengan kerja yang ditanggung itu ? hehe tak mahu lah sampai tak ikhlas buat kerja.
 
pada yang bekerja tu chaiyok mama lynn ucapkan. kita cari rezeki untuk diri sendiri dan keluarga so janganlah persiakan kepercayaan orang pada diri kita.
 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Sunday, September 9, 2012

dah ada fan page

mama lynn da ada fan page untuk blog ni. sila lah like & like. hehee segala info tentang entri baru akan dipukul canang di fan page tu nanti. tercabar tengok kawan2 blogger semua ada fan page. so semalam ada masa terluang sedikit try jugak create. akhirnya fan page untuk blog yang dah lama jadi idaman dapat jugak diadakan.

untuk permulaan takde lagi yang like melainkan fb admin sendiri. mungkin memakan masa jugak kan. pada semua kawan-kawan blogger silalah like fan page mama lynn sebagai tanda sokongan. mungkin dengan ada fan page tu silaturrahim antara kita semua kan lebih kuat. insya Allah.

kat sebelah ni pun mama lynn dah sharekan link ke sana. yang ada gambar thumb up tu la . like jangan tak like. =)




p/s :sila lah singgah dan bagi komen untuk setiap entri =).
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Saturday, September 8, 2012

"zyraroxx: follower datang bertubi-tubi"



klik banner untuk join segmen


terpandang segmen ni sejak 2-3 hari yang lepas. rasa macam berminat sangat nak join. isshhh tak ley jadi ni. join cepat =)
 
jom kita usha syarat penyertaan :-


Buat entri bertajuk "zyraroxx: follower datang bertubi-tubi" - letak banner kat entri  (done)
terpulang nak tulis panjang mana pun entri, nak tepek banner je pun bole :) (pendek je pun ni)
letak jumlah follower korang sekarang ( 319 _sikitnya)
letak link entri kat dalam komen post ini
dan dan follow blog zyra roxx ini  (done)
 
Tak rugi jugak kalau folow Rasukan Kentut Gua ni, awrrr


dan like Zyraroxx Inc. di Facebook (done)




♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Petua Kecantikan Diri

1. Menghilangkan Parut Jerawat
Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

2. Menghilangkan Tahi Lalat
Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!

3. Bibir Merah Semulajadi
Sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.

4. Melebatkan Bulu Kening
Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.

5. Licin Berseri
Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.

6. Naikkan Seri Wajah/Muka
Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu.....

7. Mengelak Daripada Lebam di Bawah Mata
Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka... pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

8. Menghilangkan Lebam Bawah Mata
Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk.. cuba lah..ianya juga baik untuk menyegarkan mata.

9. Melicinkan Wajah
Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.

10. Memerahkan Bibir Yang Hitam
Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.

11. Menghilangkan Lebam di Bibir
Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan sapukan pada bibir anda setiap malam.

12. Membentuk, Menghitamkan serta Melebatkan Bulu Kening
Ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.

13. Naikkan Seri Wajah dan Otak Bijak
1. Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada
tiap-tiap pagi insya'Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.
2. Otak menjadi bijak: masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi
insyaallah mujarab.

14. Mencantikkan Kulit Muka
Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn
tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan
menegangkan kulit muka yang kendur.

15. Menyerikan Wajah
Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.

16  Menghilangkan Hitam di Muka dan Jerawat
Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang...tapi kena rajin mengamalkannya. ..Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.

17. Petua Awet Muda
Bangun pagi dari tidur...minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur.

18  Muka Berseri
Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.

19. Sentiasa Muda
Ramai wanita yang ingin nampak muda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda

20. Nampak Muda
Untuk kelihatan sentiasa muda walaupun umur anda telah meningkat dewasa amalkanlah selalu makan ulam kampung. Ia banyak memberi khasiat pada tubuh badan kita. Dan anda juga digalakkan supaya selalu tersenyum walaupun anda sedang menghadapi banyak masalah. Senyum adalah satu sedekah. Selamat mencuba.

21. Sentiasa Awet Muda
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua saya ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda. Itu je terima kasih.

22. Kulit Sentiasa Tegang
Basuh muka dengan air. Ambil sebiji putih telor dan sapukan pada muka. Kemudian ambil kapas muka dan letakan pada muka tadi seperti memakai mask selepas itu sapu kembali putih telur tadi di atas kapas muka sehingga basah,biar sehingga sehingga kering Kapas yang melekap di muka akan menjadi seperti topeng muka apabila di buka nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan kotoran yang terdapat pada muka, amalkan sakali setiap minggu. Pasti wajah anda tidak terdapat jerawat dan kulit akan putih dan lembut.

23. Muda Jelita Sentiasa
Setiap wanita amat mementingkan kecantikan dan kesihatan diri. Amalan memakan Ulam-Ulam yang segar dan Buah-buahan tempatan dapat membantu kita mengekalkan Kesihatan dan akan kelihatan lebih Muda dari Usia Sebenar. Ulam - ulaman yang saya maksudkan ialah Ulam Pegaga. Amalkan memakan Ulam Pegaga selama beberapa Minggu dan anda akan lihat hasilnya. Ianya juga memberi kesan yang Baik kepada kesihatan dalaman anda. Selamat mencuba petua ini.

24. Wajah Jelita
Semasa berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkah wajah seperti nabi Yusuf, jangan takbur bila petua ini berkesan dan sampaikan kepada orang lain

25. Lentikkan dan Lebatkan Bulu Mata dan Kening
Ingin kelihatan cantik , Gunakan Lendir pokok Lidah Buaya dan sapukan pada bulu mata dan kening anda. Insyallah... ...lakukan berulang-kali untuk mendapat hasil terbaik.

26. Memutihkan Kulit Muka
Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.

27. Menghaluskan Kulit Muka
Caranya ialah anda perlu dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik kelapa muda itu pada batu. Kemudian ada lumurkanlah pada muka anda.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

cerita anak-anak mama lynn

 
semalam sempat meluangkan masa di waktu rehat tengahari melawat kawan sepejabat mama lynn yang baru melahirkan baby boy awal ogos yang lepas. kak faezah ni kawan satu bahagian mama lynn. mama lynn sedang menanggung kerja dia sehingga 4 oktober ini. baby boy kak faezah diberikan nama muhammad zikry. indah namanya bukan.
 
even mama lynn ni belum ditakdirkan Allah menjadi ibu kandung tapi mama lynn dah ada 2 anak segera. seorang lelaki dan seorang perempuan. so feel mak-mak tu memang kuat. buat masa ini ikatan mama lynn dengan keduanya juga sangat akrab. bagi mama lynn both of them memang penyeri hidup ni. lebih-lebih yang perempuan, nurul diana. agak rapat dengan mak dia ni. sometimes bila mama lynn ada disampingnya mama sendiri dia lupakan. unless nak menyusu atau tidur barulah sibuk dengan mama.
 
bila jumpa zikry semalam rasa rindu sangat-sangat dekat both my prince & princess. jangan ditanya feel jadi mak segera ni. mama lynn tak suka dengan istilah mak tiri. nampak kejam sangat bunyinya. bagi mama lynn diorang anak mama lynn dunia akhirat. sebab tu dalam entri-entri mama lynn , mama lynn lebih suka guna istilah anak-anak. lebih manis.
 
3 tahun 2 bulan jadi mak kepada zahir dan hampir 2 tahun bersama nurul diana sangat menujakan diri ini. sebab tu lah even sedih takde anak kandung mama lynn masih boleh tersenyum kerana Allah SWT masih memberikan mama lynn peluang untuk menjadi ibu kepada kedua mereka. en suami juga tahu bagaimana layanan diri ni buat keduanya. yang mama lynn rasa kelakar mama lynn rasa mama lynn lebih kuat melebihkan mereka berdua dari anak-anak saudara sebelah mama lynn. biarlah orang nak berkata di belakang. Allah SWT sahaja yang tahu rahsia hati ni.
 
buat apa nak malu menjadi ibu tiri. mama lynn bukan jenis ibu tiri seperti di dalam drama-drama di televisyen. setakat ini hubungan mama lynn dengan mama mereka berdua juga baik. sedangkan lidah lagi tergigit. inikan pula keluarga seperti kami. insya Allah, kalau kita sabar pasti ada kebaikan yang datang pada kita. ikhlas dan redha dalam kehidupan. hidup ini bukan untuk menuding jari dan mencari salah orang atau diri sendiri tetapi berusaha memperbaiki kekurangan yang ada.
 
Allah SWT memberi jalan hidup begini kepada diri ini. ya , ini jalan yang mama lynn pilih. menjadi ibu segera =) . mama lynn tak kisah orang nak gelak @ kutuk kat belakang. terpulang pada diri mereka untuk menilai. hanya keluarga kami yang tahu hubungan kami bagaimana. alhamdulillah walau tetap ada dugaan yang mendatang mama lynn sentiasa positifkan diri.
 
tak sabar nak luangkan masa bersama anak-anak. mungkin kali ini mama lynn akan mengambil cuti lebih lama untuk bersama mereka. jujur bukan sahaja suami keutamaan pada diri ini. anak-anak itu kurniaan Allah SWT paling berharga buat diri ini. syahdu dan bahagia bila dipanggil "mak".
 
practice make perfect
step dotter "nurul diana najwa"

step son "muhammad zahiruddin"


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Friday, September 7, 2012

get well myself

tak tahu kenapa kesihatan mama lynn tak sudah-sudah on off. kejap sihat kejap tidak. semua tu rahsia Allah kan. setiap yang berlaku mesti ada sebab. ya jujur mama lynn a bit dissapointed. dengan masalah telinga yang dekat sebulan tak settle2. urmm kata doktor mama lynn langgar pantang. tu lah sape suruh makan telur !! macam mana nak baik.
 
lately ni penyakit semput ni datang balik. mama lynn agak alah dengan cuaca yang terlalu sejuk. diri ni akan jadi mual dan batuk-batuk. dari dulu memang mama lynn begini. bila dah mual tu comfirm akan muntah. situasi macam ni yang mama lynn kurang selesa. rasa nak menitik air mata ni. orang akan tanya "mengandung ker ? ". andai betul mengandung dan mengalami alahan sebegitu mama lynn redha dan tak kan merungut tapi situasi mama lynn ni lain. belum ditakdirkan Allah untuk mama lynn mengandung cuma itu memang diri mama lynn. cepat mual dan muntah bila dalam keadaan yang agak sejuk.
 
nak suami dekat untuk jaga diri ni tatkala sakit
 
Allah berikan ujian sebegini untuk mama lynn lalui. dalam keadaan begini jujur cepat je air mata ni jatuh. bukan tak kuat tapi kadang-kadang tak terdaya menanggungnya. andai segala penyakit ini adalah dugaan untuk diri ini, mama lynn redha. pasti ada hikmah kan. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba Nya. orang kata kalau kita sakit sedikit sebanyak dosa kita akan terhapus. betulkah kata-kata itu ?
 
get well !! mama lynn nak sentiasa sihat. moga tubuh mama lynn kuat untuk melawan segala dugaan ini. moga telinga mama lynn cepat baik. bila telinga sakit pendengaran pun agak terhad. barulah mama lynn paham perasaan orang pekak macam mana. urmmm...
 
kena belajar bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan. kena redha dan cari jalan penyelesaian juga, hidup ini tidak boleh berserah terus. doakan mama lynn cepat sembuh. insya Allah.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar