Followers

Tuesday, August 7, 2012

shopping kat KL best ker ?

momen ahad lepas adalah kenangan terindah buat kami 6 beradik. cuma terkurang sorang sahaja lagi untuk melengkapkan kami 7 beradik keluar membeli persiapan untuk menyambut hari raya bersama-sama. yang tidak dapat turut serta adalah adik lelaki mama lynn (fairuz). dah lama rasanya tidak keluar shopping beramai-ramai macam ni. destinasi kami adalah jalan tunku abdul rahman (jalan tar), jalan masjid india dan SOGO. turut serta adalah adik ipar mama lynn  (siti radziah a.k.a wife firdaus) dan anak sulungnya afif fikri. aiman faliq ditinggalkan bersama dengan wan dan juga atuknya.

untuk mengelakkan kesesakan lalunlintas kami memilih untuk menaiki komuter dari shah alam ke bank negara. dah sampai bank negara tu dah dekat sangat dengan lokasi yang ingin dituju. kami sengaja cross melalui SOGO sebelum ke jalan tar. keadaan di SOGO pukul 10.30 pagi pun dah start ramai pelanggan. jalan tar pula jangan cakap lah. rasa rimasnya bersesak-sesak. kalau ikutkan plan asal mama lynn malas untuk turut serta tetapi bila fikirkan setahun sekali, ,mama lynn follow jugak. di jalan tar mama lynn sempat la shopping tudung bawal 2 tone 3 helai (murah !!!! yang ada diamond baru rm7.80 dan yang biasa rm6.80). then belikan tudung bawal bercorak dan berjurai. yang ni lagi la murah. rm2.60 untuk sehelai. mama lynn sempat la pilih 4 helai untuk diberikan kepada family mertua. dapat juga sehelai blouse labuh plane warna peach dan jubah sepasang. masing-masing yang datang membeli belah kelihatan terpaksa mementingkan diri masing-masing. bila fikir balik, nak shopping punya pasal orang keliling pun dah tak dihiraukan.

kat jalan masjid jamek lebih banyak pilihan untuk kami semua. mama lynn sempat beli 2 helai skirt kembang dan sehelai kemeja. harga yang ditawarkan juga jauh lebih murah jika dibandingkan dengan uptown shah alam. rasa rugi pula kalau tak beli. adik bongsu mama lynn lebih dasyat membeli. dari kedai yang sama dia boleh beli 4 helai skirt kembang sekaligus. persamaan antara kami adik-beradik adalah masing-masing beli skirt kembang berbutang sampai bawah. dah jadi trend pula fashion berskirt ni. cardigan labuh yang sesuai dipadankan dengan dress juga agak murah di jalan masjid jamek. myra beli warna ala-ala kuning gelap. cantik sangat tapi padanannya bukanlah dress. seluar yang bersambung dengan baju tidak berlengan.

jika nak diceritakan apa yang dibeli memang akan panjang berjelalah entri kali ni. yang pasti kelmarin sempat juga melihat timbalan perdana menteri membuat lawatan di sekitar jalan masjid jamek. kat SOGO pula dapat jumpa siti nurhaliza secara live (pelancaran produk simply siti). even mama lynn bukanlah peminat tegar dato' siti , mama lynn tetap mencuri ruang hingga dapat berdiri di barisan depan sekali. jujurnya dato' siti sangat cantik.

lebih kurang pukul 3 petang kami semua decide untuk pulang. tak larat sebenarnya nak berjalan. plan asal nak ke times square tapi bila fikirkan nak tukar train di kl sentral rasa malas pulak. cukuplah dengan apa yang ada. alhamdulillah aktiviti shopping berjalan dengan lancar walaupun keletihan kerana terpaksa bersesak-sesak. terasa bila jalan disepanjang jalan tar tu dah macam semut pulak manusia-manusia yang ada. sangat SESAK.


antara gambar yang sempat diambil (maaf muka kurang CUN)






♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

3 pesanan kasih sayang:

  1. sis naik KTM eh? cun kan KTM yang baru nie? hehe.. aida awal2 dua hari nak puasa kot dah turun sogo time tu ada sale besar2ran.. haha.. baju kaler ape sis? :P

    ReplyDelete
  2. hana : murah la jugak. klu nak compare ngan tmpat akak ni tp tu la kena gak bersesak2

    aida : ktm baru mmg cantik. dlm dia siap aa tv lg kan.. hehe ada cctv then aircond dia sejuk cuma jujur akak x suka luar ktm tu. politik sgt.... aida da shopping awal eh ? baju color per ? klu raya ada 3 pasang. warna putih hitam, pink ngan kelabu pink. bju kurung akak tu da amik awal puasa aritu

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar