Followers

Monday, August 6, 2012

Salam Nuzul Al-Quran 1433H



diam tak diam dah 17 hari semua umat Islam menjalani ibadah puasa. salam Nuzul Al-Quran buat semua kawan-kawan blogger. "Nuzul Al-Quran" apa yang kita semua tahu tentang 17 ramadhan ini ?


Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.


p/s : di hari ini, seharusnya kita memperbanyakkan masa untuk membaca al-quran. moga Allah s.w.t memberkati ibadah puasa kita.
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

3 pesanan kasih sayang:

  1. Alhamdulillah lepas ni bolehlah kita speed up mana yang patut khatamkan terus. hehe. :)

    ReplyDelete
  2. fahz : salam nuzul Quran

    r-5 : insya Allah. sama2 usahakan

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar