Followers

Saturday, August 11, 2012

rindunya nak blogging

lama rasanya tangan ni tak mengetuk keyboard bagi tujuan menghupdated laman blog kecil kesayangan hati mama lynn ini. selasa lepas bermulalah tanggungjawab baru yang perlu mama lynn galas untuk 2 bulan akan datang ni. mama lynn telah diarahkan untuk menanggung kerja rakan sepejabat yang cuti bersalin. kerana urusan kerja yang agak padat itulah, masa mama lynn di laman blog juga agak terhad. alhamdulillah walau baru seminggu menanggung kerja ianya tidaklah sesukar seperti yang mama lynn fikirkan.

pagi2 mama lynn akan ambil lebih kurang 10 hingga ke 15 minit untuk singgah di blog. membalas komen-komen yang ditinggalkan oleh rakan blogger yang lain. kalau berkesempatan mama lynn akan blog walking. itupun terhad kepada 1 atau 2 blog sahaja. maaf andai kunjungan anda di sini tidak berbalas dalam masa terdekat. insya Allah mama lynn TETAP akan membuat kunjungan balas cuma mungkin akan mengambil masa sedikit.

hari ni genap 22 hari umat Islam berpuasa. rasa ramadhan pun makin meninggalkan kita. masa beginilah yang kita perlu rebut untuk mencari malam lailatul qadar. mama lynn sempat juga menunaikan solat tarawih malam tadi tetapi sekadar 8 rakaat sahaja. kurang khusyuk dibuatnya bila keletihan. moga malam2 terakhir di bulan ramadhan ni mama lynn diberikan tenaga dan kekusyukan dalam beribadah. mencari lailatul qadar , semoga Allah SWT mempertemukan malam itu untuk kita semua.

tinggal beberapa hari sebelum menjelang hari lebaran. mama lynn tidaklah terlalu membazir tahun ini cuma awal-awal mama lynn sudah menyediakan pakaian untuk anak-anak di kampung. untuk anak teruna (zahir) mama lynn belikan 2 helai t-shirt dan untuk anak dara kesayangan (diana) mama lynn belikan 2 helai gaun, sehelai skirt dan sehelai t-shirt labuh. mungkin berbelanja lebih untuk diri sendiri.rezeki yang ada tahun ini bukan untuk diri sendiri, juga untuk kaum keluarga.

muka terpaksa kerja overtime

buat semua kawan-kawan blogger, selamat hari raya aidil fitri mama lynn ucapkan. jika ada terkasar di dalam penulisan mama lynn sehari-hari maafkan diri ini kerana sejujurnya mama lynn tidak berniat untuk menyakiti hati sesiapa =)

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. Selamat Hari Raya..
    Maaf Zahir & Batin...
    happy blogging

    ReplyDelete
  2. zaidalifah : thanks ... utk awk juga. selamat hari raya

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar