Followers

Thursday, August 2, 2012

peluang kedua

nak masuk parking kat tempat kerja ni tadi terdetik nak menulis isu tentang PELUANG KEDUA. bila cakap tentang perkara ini apa yang terlintas di fikiran kita mesti berlainan. macam-macam kefahaman tentang peluang kedua. tentang kasih-sayang, rumahtangga, kehidupan ataupun dari sudut keagamaan. masing-masing mempunyai pandangan tersendiri tentang peluang kedua. perlukah diberikan peluang kedua dalam hidup ini?

dalam rumahtangga kadangkala peluang kedua itu hadir selepas perceraian. peluang kedua diberi dengan memikirkan tidak mahu anak-anak membesar dalam keadaan keluarga yang berantakan serta tidak mahu anak-anak membesar tanpa kasih-sayang dari kedua ibu-bapa. peluang kedua diberikan kerana rasa kasih sayang yang masih mendalam. mungkin juga perceraian sebelum itu berlaku kerana kurangnya pengetahuan dalam mengawal emosi diri. dari sudut perkahwinan , tidak salah memberi peluang kedua kerana kadang-kadang peluang kedua memberikan kita lebih kekuatan untuk menghargai pasangan kita. jangan sesekali persiakan peluang kedua itu.

ingatlah yang Allah sentiasa memerhatikan kita

dalam kehidupan juga ada diantara kita diberikan peluang kedua oleh Nya. peluang kedua setelah terlibat dari nahas yang hampir meragut nyawa atau peluang kedua kerana sembuh dari penyakit kronik. sedar tak sedar Allah S.W.T memberikan peluang kedua tersebut untuk memberi ingatan kepada diri kita supaya sentiasa mengingati hari kematian. untuk kita lebih bersedia dengan bekalan ke akhirat nanti. bersyukurlah anda untuk peluang kedua ini kerana kadang-kadang ada juga insan yang tidak pernah diberikan peluang kedua dan pergi dalam keadaan tidak sempat bertaubat.

jika kita diberikan peluang kedua itu hargailah ia. janganlah kita persiakan peluang tersebut kerana takut nanti kita sudah tidak diberikan peluang untuk menjadi yang terbaik untuk pasangan kita atau kita tidak sempat menyediakan bekalan amalan untuk hari kemudian. mama lynn bukan bercakap atas dasar pengalaman diri sendiri tetapi mama lynn kongsikan apa yang pernah mama lynn tahu dari orang sekeliling atau medium akhbar dan bahan bacaan.

kita sendiri boleh memberikan pertimbangan peluang kedua di dalam hidup berumahtangga tetapi sekiranya anda melihat tiada lagi peluang yang perlu diberikan, ikutlah kata hati anda. anda lebih mengenal pasangan anda .

 
p/s :dah 6 hari tertinggal solat  terawih, tu pun sebab mama lynn balik kg dan keletihan 2 hari ni. malam ni nak terawih jugak. ruginya jika ramadhan meninggalkan kita dan kita tak menghargai kedatangannya.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. kadang2 org xsedar yang mereka mendapat peluang kedua..lalu telah mensia-siakan nya...kan

    ReplyDelete
  2. dalam keadaan sebeginilah yg kt tak mahu terjadi kerana sekali ianya terlepas peluang tu tak kan datang lagi

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar