Followers

Tuesday, August 14, 2012

menjelang hari raya

curi masa skit menghupdated blog di tengah malam ni. alkisah mood mama lynn kurang stabil seharian. tanda-tanda awal nak datang bulan. rasanya tiap-tiap bulan pun macam tu .beberapa minit je sebelum berbuka puasa mama lynn dah tak boleh nak duduk senang. cepat-cepat pergi toilet. alamak ruginya, dia datang pada masa yang kurang tepat. kalau selepas berbuka tadi tidaklah perlu diganti puasa hari ini.

lagi 5 hari sebelum menyambut lebaran. kalau dilihat pada persiapan mama lynn percaya ramai yang sudah bersedia. mama lynn juga sangat teruja beraya bersama suami dan keluarga mertua. ini adalah kali ke-empat beraya sebagai isteri. dalam 4 kali ni hanya merasa sekali beraya bersama keluarga sendiri terlebih dahulu , itupun pada tahun 2010.

mama lynn berjauhan dari suami so persiapan untuk suami tidaklah begitu teliti. cuma rasanya perlu juga mencari baju melayu untuk suami. moga-moga dapatlah mama lynn menyediakannya. en suami memang jarang shopping baju melayu. setiap tahun baju yang dipakai adalah baju recycle yang dah berusia 3-4 tahun @ lebih lama lagi. rasanya dengan saiz en suami sekarang, baju yang ada pun kurang sesuai untuk dipakai. untuk kuih raya mama lynn hanya membeli 2 jenis sahaja. bila fikir akan beraya di rumah mertua , persiapan rumah sendiri memang tidak ada. sekali lagi mama lynn tegaskan PJJ membuatkan persiapan raya di rumah mama lynn jadi hambar. tiada apa yang diganti. semuanya seperti tahun lepas cuma lapik kaki sahajalah yang berganti. 

menjelang hari raya ni buat mama lynn jadi cemburu melihat persiapan keluarga lain. teringin juga nak merasa window shopping raya dengan family sendiri. mujur juga awal puasa haritu kami sempat keluar membeli belah sekali even mama lynn tak beli apa-apa masa tu. at least ada juga masa untuk shopping bersama.


paling penting menjelang hari lebaran ni tanggungjawab menunaikan zakat fitrah jangan dilupa. kalau dibanding dengan harga pakaian raya korang apalah sangat dengan jumlah zakat yang perlu ditunaikan. menjelang raya ni juga elakkanlah berlumba ketika di jalan raya atau bermain mercun. banyak juga kes-kes putus jari, tangan dek kerana mercun. jangan orang lain beraya di rumah anda beraya di hospital.

panjang sangat entri sampai letih pula nak menaip keyboard ni. walau di mana sekalipun anda berada , berayalah dengan sederhana. insya Allah entri2 lepas raya nanti boleh la mama lynn kongsikan gambar  keluarga berhari raya. itupun kalau en suami setuju untuk bergambar. tahun lepas kami memang tiada gambar raya. sedih kan. =( . 

5 hari lagi kita nak berhari raya. pada yang boleh puasa tu jangan jadikan alasan penat dengan persiapan raya membuatkan anda malas untuk berpuasa.




♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

7 pesanan kasih sayang:

  1. nape dia tak suka bergambar yer... awai ucap.. zie dah taip entry belom publish lg... mbe khamis ni

    ReplyDelete
  2. hehe ye ke zie. ok la tu. saje publish awal. lately padat sgt kerja kat opis lagi2 tgh tanggung kerja ni, kat umah bkn sempat nk on9. penat...

    ReplyDelete
  3. suami sy mmg x suka ambil gambar... gmbr terakhir kami berdua bln 6 aritu , tu pun sekeping je. paksa ambil cos da lama x bgambar sama

    ReplyDelete
  4. saya tahun ni pun tak pasti nak bergambar raya camner.. hehehhe jenuh kejar bebudak tu :)

    ReplyDelete
  5. hehe ada anak2 mesti meriah raya kan.. amik gambar candid je la klu camtu

    ReplyDelete
  6. sy ni ada je g shopping raya tp mmg penatlah.. bkn pe, cepat letih jln je.. hihi

    ReplyDelete
  7. ina : biasa la tgh sarat mcm tu mesti penat nk shopping. lagi2 klu kena direct berjalan ngan org yg ramai lagi. pening nnt

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar