Followers

Saturday, August 11, 2012

kuih raya : buat sendiri atau beli sahaja ?

setiap kali tibanya lebaran semestinya setiap isi rumah mahu menyediakan kuih raya untuk tetamu yang bakal berkunjung di hari lebaran nanti. buat sendiri atau beli sahaja adalah terpulang kepada individu itu sendiri. mungkin pada yang sudah biasa dan pakar dalam menyediakan kuih raya, mereka memilih untuk membuat sendiri. dan pada yang tidak pandai atau kurang mahir membuat kuih raya memikirkan membeli sahaja adalah jalan yang terbaik.

buat sendiri atau beli sahaja ? pada yang membuat sendiri mungkin dapat mengurangkan kos dalam penyediaan kuih raya. itulah kelebihan untuk mereka. hanya mengeluarkan kos untuk membeli bahan mentah dan membuatnya sendiri. kuih yang dapat dihasilkan berbanding dengan harga jika membeli akan lebih banyak sebenarnya.


 
kegemaran ramai , rangup
setiap tahun mama lynn suka sangat berangan untuk membuat kuih raya sendiri. mama lynn bukanlah mahir tetapi dengan panduan resepi rasanya ianya tidaklah sesukar mana. tetapi ianya sekadar angan-angan. hingga ke penghujung ramadhan sejenis kuih raya pun tidak disediakan.

 
macam-macam jenis kuih ada

memandangkan mama lynn dan suami tinggal PJJ, mama lynn sekadar menempah 2 jenis kuih raya. mungkin akan membeli sedikit di saat-saat akhir nanti. kebetulan ibu mertua juga berniaga kuih raya tahun ini. mungkin mama lynn akan dibekalkan dengan kuih raya bila balik dari kampung nanti atau mama lynn boleh beli sahaja dari ibu mertua.

kepada yang buat kuih raya sendiri, TAHNIAH mama lynn ucapkan kerana anda semua telah berjimat berbelanja. kalau ada kuih lebih tu jangan di lupa pada mama lynn. nak bagi kuih raya free pun sangat-sangat dialu-alukan.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar