Followers

Wednesday, August 29, 2012

jamuan hari raya MBSA

ketika kebanyakan staff mbsa sedang sibuk dengan persiapan "open house MBSA" mama lynn terpaksa bertugas menjaga kaunter jabatan. jujur mood dah melayang jauh, manakan tidak mama lynn langsung tidak sempat melihat kawan-kawan sepejabat membuat persiapan di khemah jabatan kami. buat pengetahuan umum hari ni adalah majlis rumah terbuka MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM. sempat lagi untuk anda semua datang meraikan ++ dapat makan free.
 
pada yang ada kelapangan masa dijemput sama-sama hadir ke tempat dan masa seperti di bawah :
 
 
tarikh : 29 Ogos 2012 (rabu)
tempat : belakang dewan bankuet, majlis bandaraya shah alam
masa : 11.00 pagi hingga 2.00 petang
 
 
menu menarik dari jabatan kejuruteraan adalah SATE & NASI ARAB. insya Allah mungkin tengahari nanti baru mama lynn akan turun menjamu selera. buat semua yang terbaca entri ni dan kebetulan berdekatan dengan wisma MBSA anda semua dijemput hadir. banyak sangat menu yang best !!!

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar