Followers

Sunday, August 12, 2012

gambar-gambar muat turun di laman sosial

bila mak budak pose manja-manja sangat tidak sesuai rasanya. sambil on9 di malam hari ni terjumpa pulak gambar yang mama lynn ambil bersama dengan adik mama lynn myra. gambar 4-5 bulan lepas rasanya. atau lebih lama lagi usianya. sangat tergedik-gedik pulak bila tengok gambar sendiri. posing-posing manja ala-ala nak menggoda la pulak. tapi bila tengok dress up... haha baju titon la pulak.

teringat satu peristiwa 2-3 bulan lepas masa mama lynn balik kampung en suami. malam tu mama lynn nak ke kedai. kebetulan dah malam mama lynn berbaju kelawar, bila tengok lengan singkat sarung la cardigan then tengok cam singkat kainnya mama lynn sarung seluar panjang. bila dah nak keluar tu en suami komplain. hehehe teruk sangat etika berpakaian mama lynn ni. mama lynn tak tukar pun baju lain. kedai yang hendak dituju tidaklah jauh mana,masih dalam kampung yang sama. sekurang-kurangnya aurat diri terjaga.

bila dah bergelar isteri ni gambar2 pose manja tiada lagi mama lynn upload di FB. rasa gambar di FB sangat terhad. kalau dulu ,sebelum bergelar isteri segala gambar mama lynn kongsikan. pada tahun pertama perkahwinan juga mama lynn sangat open untuk berkongsi. tapi itu dulu, kalau ditanya kenapa di FB mama lynn penuh gambar anak-anak buah dan anak-anak mama lynn sukar rasanya untuk memberi jawapan pasti. laman sosial sebegitu boleh mendatangkan fitnah tanpa kita sedar.

berkongsi gambar di blog juga amat mama lynn titik beratkan. tak mahu gambar-gambar peribadi disalahguna atau menjadi bualan orang ramai. mencegah adalah lebih baik dari merawat. walaubagaimanapun addictnya diri ini dengan bergambar memang tidak dipisahkan. mama lynn mempunyai koleksi gambar peribadi yang cukup banyak sebenarnya. cara memelihara gambar-gambar tersebut adalah dengan membuat salinan dalam bentuk CD. mama lynn kira orang lain juga begitu.

nasihat mama lynn buat yang ada di luar sana, berhati-hatilah dalam berkongsi gambar-gambar pose manja anda itu. tersalah letak , menyesal tak sudah nanti. sampai masa untuk kita memadam gambar-gambar yang kita muat naik di laman sosial seperti FB. mama lynn sudah lakukannya, anda bila lagi ?









♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

4 pesanan kasih sayang:

  1. terima kasih atas nasihat...
    setuju sgt ttg kena berhati2 dalam berkongsi gambar di dalm laman sosial
    zaman skrg ni...mcm2 org leh buat kan...fitnah sana sini...takutnye...mintak dijauhkan...amin

    ReplyDelete
  2. ena : sama2.. sekadar berkongsi apa yg difikirkan. zaman skrg macam2 boleh berlaku kan

    ReplyDelete
  3. sangat setuju..

    lynn akak dok sg besar selangor..ritu g shah alam interview otw balik singgah tesco setia alam :)

    ReplyDelete
  4. adyna : lepas ni ley la buat temujanji. sy ddk kat kapar je. x la jauh masa. sejam lebih kot

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar