Followers

Friday, August 24, 2012

beraya lah kita

jumaat, 6 syawal (24.8.2012). hari pertama bekerja setelah bercuti hampir seminggu. mood raya masih ada lagikah ? mungkin sudah beransur pergi. mama lynn rasa mood raya tu kuat bila dekat dengan en suami. masuk hari ni dah 2 hari berjauhan dari en suami. last jumpa masa nak naik bas balik ke sini rabu 11.00 malam. sangat sebak sekali lagi berjauhan. urmmm x cukup masa sebenarnya, rasa nak dekat dengan en suami setiap saat dan ketika.
 
kalau ditanya soal raya , rasanya ini adalah raya yang terbaik sepanjang 4 kali beraya sebagai isteri orang. puas berjalan sebenarnya. sampaikan tak lekat kat rumah mertua pun. cuma tidur 2 malam di rumah mertua dan 2 malam di rumah bapa saudara suami di kupang, baling. tapi yang buat tak best semalam en suami berjalan ke penang pulak. jelous kah diri ini ? sedikit sebanyak mesti la ada rasa tu. mama lynn sampai di kulim pagi sabtu lepas. sehari sebelum raya. mujur juga lah sampai-sampai lebih kurang pukul 4.40 pagi en suami dah menanti di stesen bas.
 
raya pertama mama lynn sempat ke masjid untuk menunaikan solat sunat aidilfitri. rasa seronok sangat cos dah lama tak solat sunat aidilfitri. lepas solat sempat menziarah ke kubur arwah ayah mertua bersama en suami dan keluarga. rasa sayu jugak cos pertama kali beraya tanpa arwah. balik dari masjid kami beraya di rumah bapa saudara en suami. sempat singgah 2 buah rumah sahaja.  petang tu kami sekeluarga bertolak ke kupang, baling. beraya di kampung sebelah ibu mertua pula. sebelum tu beraya di rumah abang ipar di sungai petani terlebih dahulu.
 
raya kedua kami sempat berkonvoi 5 buah kereta ke betong, thailand dari kupang, baling. bertolak ke betong pun agak lewat petang. kereta abang ipar pulak buat hal sekejap rupanya-rupanya air dah kering. mujurlah tiada kerosakan besar. tak puas rasanya ke sana cos tak dapat nak shopping pun. pengalaman pertama so sedikit blur nak cari barang. sekadar jalan-jalan cuci mata.
 
raya ketiga bertolak pulang dari kupang ke sedim. sempat juga beraya di 3 buah rumah lagi. di rumah bapa saudara en suami di kupang, ibu saudara en suami di kg badang, kulim dan rumah terakhir kami singgah adalah rumah paksu en suami di taman mutiara, sg kob , kulim. malam tu sekadar berehat di rumah.
 
raya keempat adalah hari terakhir mama lynn beraya dengan en suami. sempat juga kami sekeluarga berkonvoi ke tanjung piandang, taiping. beraya di rumah mertua kakak ipar a.k.a kakak en suami. di tanjung piandang sempat juga meluangkan masa memancing di ban pecah. disebabkan cuaca kurang memuaskan aktiviti memancing terpaksa dihentikan. balik dari tanjung piandang, en suami dan keluarga terus hantar mama lynn di stesen bas kulim. on the way ke kulim mama lynn dah rasa sebak sangat. lepas ni kena tunggu berminggu jugak lah baru dapat luangkan masa dengan yang tercinta. moga Allah SWT sentiasa melimpahkan kasih sayang yang mendalam diantara kami. amin.
 
nak tengok gambar raya ? buat masa ni mama lynn kongsikan sedikit dahulu daripada koleksi gambar raya mama lynn. insya Allah di lain entri mama lynn akan kongsikan.
 
 
raya pertama @ sedim


raya kedua @ thailand
 
 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. salam...
    selamat hari raya..
    aduss..sedeynye kalu berjauhan2 camni kan..
    lagi time2 raya ni kan...
    moga awk tabah yer..

    ReplyDelete
  2. da setahun 5 bulan life mcm ni ena. rasa kadang2 sayunya hati bila suami tiada depan mata. klu tny pasangan lain yg bjauhan pun akan rasa perkara yg sama. sekurang2nya 5 hari tu cukup dapat ubat kerinduan dan dapat sentiasa dekat ngan suami.

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar