Followers

Friday, August 31, 2012

55 tahun merdeka

malas nak updated blog lately ni. life mama lynn tidaklah sesibuk mana cuma RASA malas tu yang membuak-buak. apatah lagi nak blog walking. kemalasan tu dah beraja dalam diri ini.
 
entri ni pun kira entri lepas geram. tak seronok pulak kalau blog kecik ni suam kuku je tanpa berita. malam tadi sempat meluangkan masa untuk menyambut hari kemerdekaan negara yang ke 55 tahun di dataran kemerdekaan, shah alam.
 
"SELAMAT HARI MERDEKA yang ke 55 tahun buat tanah tumpahku yang tercinta"
 
mama lynn menantikan persembahan kawad senyap tetapi di saat-saat akhir mama lynn dimaklumkan oleh kawan mama lynn yang bertugas pasukan kawad senyap dan semua petugas dari tentera laut, darat menarik diri di saat akhir. mungkinkah kerana kehadiran DSAI malam tadi ? please be proffesional !! rasa macam terkurang sedikit persembahan malam tadi dengan kawad senyap dari TLDM lumut. mujur malam full rehearsal mama lynn sempat luangkan masa ke dataran kemerdekaan, shah alam juga. urmmm TAK BEST bila merdeka terlalu dipolitikkan. mujur juga semua penguatkuasa PBT negeri selangor sama-sama bekerjasama menjaga keamanan sambutan hari kebangsaan negara kita malam tadi. respect sangat kat diorang.
 
bila mbsa nak beli motor besar macam ni ?
 
 
 ******************
 
sedikit gambar yang sempat mama lynn ambil malam tadi untuk tatapan semua.
 
 


 moment yang dinanti-nanti . pertunjukan bunga api
 looking for bunga api kah ?
DSAI hadir sama ...
 
 
 
p/s : tahniah buat pasukan kawad dari MBPJ. persembahan korang memang terbaik. buat team MBSA next time cuba lagi okey =) 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. mungkin mereka ada hal kot sis.. bestnye dapat live sambut merdeka.. aida sambut depan rumah je. hahaha.. tu pun ada rukun tetangga pasang bunga api.. meriah jugak. :)

    ReplyDelete
  2. aida : ok gak tu aida.. heheh kat mana2 sambut pun takpe yg penting niat kita sambut tu utk apa. bg akak sambutan besar2 tak penting sgt. tul tak ? jiwa MERDEKA tu kena ada

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar