Followers

Friday, August 17, 2012

2 beradik =) + mood raya


even blogger lain sibuk dengan hari raya mama lynn nak jugak cerita tentang 2 orang anak buah mama lynn ni. alhamdulillah bulan puasa ni boleh dikatakan selalu dapat meluangkan masa dengan mereka berbanding dengan sepupu mereka aqeel azraei yang tinggal di shah alam. aqeel balik rumah wan pun 2 minggu sekali tu yang jarang-jarang jumpa. harap2 sebelum balik kampung malam ni dapat spend time bersama 3 perwira hati mama ni.

sedih lah bila fikir nak bersalam raya malam ni. bukan apa, mama lynn takut mama lynn tak boleh kawal perasaan sendiri nanti. masakan tidak, 2 tahun berturut-turut beraya dengan keluarga belah suami. mestilah sedikit sebanyak mak dan abah berkecil hati. Ya Allah, kuatkan hati hamba Mu ini.

aiman faliq sangat sporting malam tadi. mood aiman pun agak baik dari hari- hari biasa. terkekek-kekek dia ketawa. rasanya mama lynn tak lah over meng "agah" tapi respon aiman sangat aktif. hehe sukanya tengok aiman faliq. bila dah penat tu datang balik perangai lama dia. bila kita pegang dia sambil duduk mula lah merengek-rengek. TERBAIK la aiman (teeman) ni.

afif pulak macam biasa tetap aktif. seronok sangat dia bila balik rumah wan. masakan tidak , ramai mak saudara yang nak melayan dia. paling dia suka lepak bilik mummy & maksunya. suka sangat landing atas katil sambil main handphone mummy yang touch screen tu. hammboooiii baru nak masuk 3 tahun da pandai tolak slide kat screen phone. terbaik la anak-anak zaman sekarang. paling kelakar bila berebut nak handphone ngan mummy dia. "afif nak message". dalam hati kami 'abc pun x tau lagi. nak message siapa la budak kecil ni '.

duit raya anak-anak buah mama lynn dah pun sediakan. bajet duit raya tak berapa nak besar tahun ni. sama je kot macam tahun lepas. cuma belanja raya terlebih. bila fikir balik gaji bulan 7 & 8 termasuk la bonus habis dekat shopping raya je. membazir tu tak jugak tapi sekurang-kurangnya lepas ni dah takde apa yang nak dijelaskan lagi. cuma kena standby duit belanja hari2 ngan duit rumah sahaja.

nak raya nak raya... aiman & afif akan pulak ke kampung wan mereka di GRIK pada petang raya pertama. mama beraya kat KULIM lah sayang, kalau acik ok mama akan turun balik ke grik. nak jugak beraya dengan family sendiri.

entri over kan ngan mood raya ni. comfirm x ramai nak baca pun. masing-masing da sibuk dengan persiapan raya. di hari baik bulan baik ni mama lynn nak pohon ampun dan maaf atas segala kesilapan. insya Allah lepas raya nanti kita bertemu di sini lagi. mama lynn cuti sehingga khamis depan so jumaat akan mula kerja kembali.

aiman faliq

afif fikri (sedapnya)

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. budak2 punya perangai kadang2 buat kita hilang stress kan sis.. sis selamat hari raya maaf zahir batin na.. sedap pulak tgk budak tu mkn mee ^^

    ReplyDelete
  2. hehe sedap ke aida, mehh join afif makan

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar