Followers

Friday, August 31, 2012

55 tahun merdeka

malas nak updated blog lately ni. life mama lynn tidaklah sesibuk mana cuma RASA malas tu yang membuak-buak. apatah lagi nak blog walking. kemalasan tu dah beraja dalam diri ini.
 
entri ni pun kira entri lepas geram. tak seronok pulak kalau blog kecik ni suam kuku je tanpa berita. malam tadi sempat meluangkan masa untuk menyambut hari kemerdekaan negara yang ke 55 tahun di dataran kemerdekaan, shah alam.
 
"SELAMAT HARI MERDEKA yang ke 55 tahun buat tanah tumpahku yang tercinta"
 
mama lynn menantikan persembahan kawad senyap tetapi di saat-saat akhir mama lynn dimaklumkan oleh kawan mama lynn yang bertugas pasukan kawad senyap dan semua petugas dari tentera laut, darat menarik diri di saat akhir. mungkinkah kerana kehadiran DSAI malam tadi ? please be proffesional !! rasa macam terkurang sedikit persembahan malam tadi dengan kawad senyap dari TLDM lumut. mujur malam full rehearsal mama lynn sempat luangkan masa ke dataran kemerdekaan, shah alam juga. urmmm TAK BEST bila merdeka terlalu dipolitikkan. mujur juga semua penguatkuasa PBT negeri selangor sama-sama bekerjasama menjaga keamanan sambutan hari kebangsaan negara kita malam tadi. respect sangat kat diorang.
 
bila mbsa nak beli motor besar macam ni ?
 
 
 ******************
 
sedikit gambar yang sempat mama lynn ambil malam tadi untuk tatapan semua.
 
 


 moment yang dinanti-nanti . pertunjukan bunga api
 looking for bunga api kah ?
DSAI hadir sama ...
 
 
 
p/s : tahniah buat pasukan kawad dari MBPJ. persembahan korang memang terbaik. buat team MBSA next time cuba lagi okey =) 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan

gambar : tiada kena mengena dengan entri

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.


5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
 
 
Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam. -SUMBER

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, August 29, 2012

Segmen : " Hanif Idrus Segmen Menerjah"

hanifidrus
klik SINI untuk bersegmen
 



dah lama mama lynn tak bersegmen. nak join jugak la =) ++ senang dan mudah je pun segmen ni.
 
tag sape eh  ?? okeyh get it mama maszull & nuranis

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

jamuan hari raya MBSA

ketika kebanyakan staff mbsa sedang sibuk dengan persiapan "open house MBSA" mama lynn terpaksa bertugas menjaga kaunter jabatan. jujur mood dah melayang jauh, manakan tidak mama lynn langsung tidak sempat melihat kawan-kawan sepejabat membuat persiapan di khemah jabatan kami. buat pengetahuan umum hari ni adalah majlis rumah terbuka MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM. sempat lagi untuk anda semua datang meraikan ++ dapat makan free.
 
pada yang ada kelapangan masa dijemput sama-sama hadir ke tempat dan masa seperti di bawah :
 
 
tarikh : 29 Ogos 2012 (rabu)
tempat : belakang dewan bankuet, majlis bandaraya shah alam
masa : 11.00 pagi hingga 2.00 petang
 
 
menu menarik dari jabatan kejuruteraan adalah SATE & NASI ARAB. insya Allah mungkin tengahari nanti baru mama lynn akan turun menjamu selera. buat semua yang terbaca entri ni dan kebetulan berdekatan dengan wisma MBSA anda semua dijemput hadir. banyak sangat menu yang best !!!

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

wordless wednesday 27



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, August 28, 2012

sambutan hari lahir di 7 syawal

kek birthday sponsor by mak

cantik tak kek birthday kat atas ni ? bagi mama lynn even nampak biasa tetapi rasa dia tetap boleh tahan. kira ok jugak la dengan bajet yang ada + plan celebrate birthday ni pun last minute. 25 ogos 2012 yang lepas sempat kami mengadakan majlis sambutan hari lahir adik bujang mama lynn (ahmad fairuz) yang ke 23 tahun & adik ipar mama lynn (siti radziah) yang ke 25 tahun.
 
ekceli on dat day mama lynn sendiri terlupa yang hari tu birhtday fairuz. tu pun mujur juga tunang fairuz yang ingatkan. kalau tidak mahu terSENTAP kejap adik bujang sorang ni. siti pula kalau ikutkan tarikh lahirnya adalah pada 1 @ 2 syawal yang lepas. kebetulan tarikh pun dekat-dekat tu yang sambut sekali. 
 
takde special menu pun yang ada. sekadar masak spaggeti untuk hidangan keluarga. kali ni air tangan mama lynn yang jarang memasak. sedap ker ??? hehe lepas ni kalau nak rasa spaggeti ley la calling2 mama lynn okeyh.
 
mama lynn ada sedikit gambar yang ingin dikongsikan bersama. buat fairuz & siti "SELAMAT ULANG TAHUN" angah ucapkan. be a better person. insya Allah.
 
 
pak tam a.k.a fairuz nak potong kek

turn siti pulak =) (ayah afif tetap enterprame)


 
 
 


:: menu birthday party , spaggeti by mama lynn ::




♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Monday, August 27, 2012

detik berhari raya

sopan tak ??
me & my luvly husband .. menahan gelak

gambar-gambar lain
 
:: jalan-jalan raya betong,thailand ::

 bersama adik ipar (yusy), anak buah & sepupu en suami
mak lang & arissa
kereta abg ipar rosak on the way ke betong, kami sempat lagi bergambar
kat public phone je pun
bersama anak bujang kesayangan
depan bangkok bank =) 
anak-anak pun ambil kesempatan bergambar kenangan
di pekan betong, rombongan mama lynn
diana yang mula merengek
dah nak balik dah =)
lagi dan lagi ..tepi jalan
 


:: beraya lagi (raya ketiga) @ kupang,baling ::
 
kiri : mama lynn & arissa kanan : anak bujang kesayangan hati (zahir)
 
:: raya keempat @ ban pecah, tanjung piandang ::
 

mother in law 
arissa
pengalaman memancing (poyoss !!)
pose tepi pantai
buah hati a.k.a cinta hati =)

ban pecah , tanjung piandang
2 mama & 2 dara pingitan
 

p/s : antara gambar raya yang mama lynn dapat kongsikan buat tatapan semua. mama lynn dah cuba untuk enlarge gambar tapi x tau la kenapa 2 gambar je lepas. hehe kalau rasa kecil korang zoom sendiri la eh... mood raya ada lagi ni =)
 
## new updated by 29 ogos 2012 (baru sempat nak bercerita tentang gambar)

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Friday, August 24, 2012

beraya lah kita

jumaat, 6 syawal (24.8.2012). hari pertama bekerja setelah bercuti hampir seminggu. mood raya masih ada lagikah ? mungkin sudah beransur pergi. mama lynn rasa mood raya tu kuat bila dekat dengan en suami. masuk hari ni dah 2 hari berjauhan dari en suami. last jumpa masa nak naik bas balik ke sini rabu 11.00 malam. sangat sebak sekali lagi berjauhan. urmmm x cukup masa sebenarnya, rasa nak dekat dengan en suami setiap saat dan ketika.
 
kalau ditanya soal raya , rasanya ini adalah raya yang terbaik sepanjang 4 kali beraya sebagai isteri orang. puas berjalan sebenarnya. sampaikan tak lekat kat rumah mertua pun. cuma tidur 2 malam di rumah mertua dan 2 malam di rumah bapa saudara suami di kupang, baling. tapi yang buat tak best semalam en suami berjalan ke penang pulak. jelous kah diri ini ? sedikit sebanyak mesti la ada rasa tu. mama lynn sampai di kulim pagi sabtu lepas. sehari sebelum raya. mujur juga lah sampai-sampai lebih kurang pukul 4.40 pagi en suami dah menanti di stesen bas.
 
raya pertama mama lynn sempat ke masjid untuk menunaikan solat sunat aidilfitri. rasa seronok sangat cos dah lama tak solat sunat aidilfitri. lepas solat sempat menziarah ke kubur arwah ayah mertua bersama en suami dan keluarga. rasa sayu jugak cos pertama kali beraya tanpa arwah. balik dari masjid kami beraya di rumah bapa saudara en suami. sempat singgah 2 buah rumah sahaja.  petang tu kami sekeluarga bertolak ke kupang, baling. beraya di kampung sebelah ibu mertua pula. sebelum tu beraya di rumah abang ipar di sungai petani terlebih dahulu.
 
raya kedua kami sempat berkonvoi 5 buah kereta ke betong, thailand dari kupang, baling. bertolak ke betong pun agak lewat petang. kereta abang ipar pulak buat hal sekejap rupanya-rupanya air dah kering. mujurlah tiada kerosakan besar. tak puas rasanya ke sana cos tak dapat nak shopping pun. pengalaman pertama so sedikit blur nak cari barang. sekadar jalan-jalan cuci mata.
 
raya ketiga bertolak pulang dari kupang ke sedim. sempat juga beraya di 3 buah rumah lagi. di rumah bapa saudara en suami di kupang, ibu saudara en suami di kg badang, kulim dan rumah terakhir kami singgah adalah rumah paksu en suami di taman mutiara, sg kob , kulim. malam tu sekadar berehat di rumah.
 
raya keempat adalah hari terakhir mama lynn beraya dengan en suami. sempat juga kami sekeluarga berkonvoi ke tanjung piandang, taiping. beraya di rumah mertua kakak ipar a.k.a kakak en suami. di tanjung piandang sempat juga meluangkan masa memancing di ban pecah. disebabkan cuaca kurang memuaskan aktiviti memancing terpaksa dihentikan. balik dari tanjung piandang, en suami dan keluarga terus hantar mama lynn di stesen bas kulim. on the way ke kulim mama lynn dah rasa sebak sangat. lepas ni kena tunggu berminggu jugak lah baru dapat luangkan masa dengan yang tercinta. moga Allah SWT sentiasa melimpahkan kasih sayang yang mendalam diantara kami. amin.
 
nak tengok gambar raya ? buat masa ni mama lynn kongsikan sedikit dahulu daripada koleksi gambar raya mama lynn. insya Allah di lain entri mama lynn akan kongsikan.
 
 
raya pertama @ sedim


raya kedua @ thailand
 
 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Friday, August 17, 2012

2 beradik =) + mood raya


even blogger lain sibuk dengan hari raya mama lynn nak jugak cerita tentang 2 orang anak buah mama lynn ni. alhamdulillah bulan puasa ni boleh dikatakan selalu dapat meluangkan masa dengan mereka berbanding dengan sepupu mereka aqeel azraei yang tinggal di shah alam. aqeel balik rumah wan pun 2 minggu sekali tu yang jarang-jarang jumpa. harap2 sebelum balik kampung malam ni dapat spend time bersama 3 perwira hati mama ni.

sedih lah bila fikir nak bersalam raya malam ni. bukan apa, mama lynn takut mama lynn tak boleh kawal perasaan sendiri nanti. masakan tidak, 2 tahun berturut-turut beraya dengan keluarga belah suami. mestilah sedikit sebanyak mak dan abah berkecil hati. Ya Allah, kuatkan hati hamba Mu ini.

aiman faliq sangat sporting malam tadi. mood aiman pun agak baik dari hari- hari biasa. terkekek-kekek dia ketawa. rasanya mama lynn tak lah over meng "agah" tapi respon aiman sangat aktif. hehe sukanya tengok aiman faliq. bila dah penat tu datang balik perangai lama dia. bila kita pegang dia sambil duduk mula lah merengek-rengek. TERBAIK la aiman (teeman) ni.

afif pulak macam biasa tetap aktif. seronok sangat dia bila balik rumah wan. masakan tidak , ramai mak saudara yang nak melayan dia. paling dia suka lepak bilik mummy & maksunya. suka sangat landing atas katil sambil main handphone mummy yang touch screen tu. hammboooiii baru nak masuk 3 tahun da pandai tolak slide kat screen phone. terbaik la anak-anak zaman sekarang. paling kelakar bila berebut nak handphone ngan mummy dia. "afif nak message". dalam hati kami 'abc pun x tau lagi. nak message siapa la budak kecil ni '.

duit raya anak-anak buah mama lynn dah pun sediakan. bajet duit raya tak berapa nak besar tahun ni. sama je kot macam tahun lepas. cuma belanja raya terlebih. bila fikir balik gaji bulan 7 & 8 termasuk la bonus habis dekat shopping raya je. membazir tu tak jugak tapi sekurang-kurangnya lepas ni dah takde apa yang nak dijelaskan lagi. cuma kena standby duit belanja hari2 ngan duit rumah sahaja.

nak raya nak raya... aiman & afif akan pulak ke kampung wan mereka di GRIK pada petang raya pertama. mama beraya kat KULIM lah sayang, kalau acik ok mama akan turun balik ke grik. nak jugak beraya dengan family sendiri.

entri over kan ngan mood raya ni. comfirm x ramai nak baca pun. masing-masing da sibuk dengan persiapan raya. di hari baik bulan baik ni mama lynn nak pohon ampun dan maaf atas segala kesilapan. insya Allah lepas raya nanti kita bertemu di sini lagi. mama lynn cuti sehingga khamis depan so jumaat akan mula kerja kembali.

aiman faliq

afif fikri (sedapnya)

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, August 15, 2012

Kad Raya Mama Lynn


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

wordless wednesday 26

ps/ : idaman hati , ada sesiapa nak belikan ?
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, August 14, 2012

menjelang hari raya

curi masa skit menghupdated blog di tengah malam ni. alkisah mood mama lynn kurang stabil seharian. tanda-tanda awal nak datang bulan. rasanya tiap-tiap bulan pun macam tu .beberapa minit je sebelum berbuka puasa mama lynn dah tak boleh nak duduk senang. cepat-cepat pergi toilet. alamak ruginya, dia datang pada masa yang kurang tepat. kalau selepas berbuka tadi tidaklah perlu diganti puasa hari ini.

lagi 5 hari sebelum menyambut lebaran. kalau dilihat pada persiapan mama lynn percaya ramai yang sudah bersedia. mama lynn juga sangat teruja beraya bersama suami dan keluarga mertua. ini adalah kali ke-empat beraya sebagai isteri. dalam 4 kali ni hanya merasa sekali beraya bersama keluarga sendiri terlebih dahulu , itupun pada tahun 2010.

mama lynn berjauhan dari suami so persiapan untuk suami tidaklah begitu teliti. cuma rasanya perlu juga mencari baju melayu untuk suami. moga-moga dapatlah mama lynn menyediakannya. en suami memang jarang shopping baju melayu. setiap tahun baju yang dipakai adalah baju recycle yang dah berusia 3-4 tahun @ lebih lama lagi. rasanya dengan saiz en suami sekarang, baju yang ada pun kurang sesuai untuk dipakai. untuk kuih raya mama lynn hanya membeli 2 jenis sahaja. bila fikir akan beraya di rumah mertua , persiapan rumah sendiri memang tidak ada. sekali lagi mama lynn tegaskan PJJ membuatkan persiapan raya di rumah mama lynn jadi hambar. tiada apa yang diganti. semuanya seperti tahun lepas cuma lapik kaki sahajalah yang berganti. 

menjelang hari raya ni buat mama lynn jadi cemburu melihat persiapan keluarga lain. teringin juga nak merasa window shopping raya dengan family sendiri. mujur juga awal puasa haritu kami sempat keluar membeli belah sekali even mama lynn tak beli apa-apa masa tu. at least ada juga masa untuk shopping bersama.


paling penting menjelang hari lebaran ni tanggungjawab menunaikan zakat fitrah jangan dilupa. kalau dibanding dengan harga pakaian raya korang apalah sangat dengan jumlah zakat yang perlu ditunaikan. menjelang raya ni juga elakkanlah berlumba ketika di jalan raya atau bermain mercun. banyak juga kes-kes putus jari, tangan dek kerana mercun. jangan orang lain beraya di rumah anda beraya di hospital.

panjang sangat entri sampai letih pula nak menaip keyboard ni. walau di mana sekalipun anda berada , berayalah dengan sederhana. insya Allah entri2 lepas raya nanti boleh la mama lynn kongsikan gambar  keluarga berhari raya. itupun kalau en suami setuju untuk bergambar. tahun lepas kami memang tiada gambar raya. sedih kan. =( . 

5 hari lagi kita nak berhari raya. pada yang boleh puasa tu jangan jadikan alasan penat dengan persiapan raya membuatkan anda malas untuk berpuasa.




♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Sunday, August 12, 2012

1st GiveAway by Farah Aniey & Hafizatul Asyrin



mama lynn terpanggil untuk menyertai G.A yang best ini. tiada sesiapa yang tag pun cuma rasa macam best jugak G.A ni, manalah tahu ada rezeki  untuk menang kan. pada sesiapa yang nak bagi support dan turut serta sila la klik pada banner di atas ni . =) wish me luck.

nak tag

1. phat

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

gambar-gambar muat turun di laman sosial

bila mak budak pose manja-manja sangat tidak sesuai rasanya. sambil on9 di malam hari ni terjumpa pulak gambar yang mama lynn ambil bersama dengan adik mama lynn myra. gambar 4-5 bulan lepas rasanya. atau lebih lama lagi usianya. sangat tergedik-gedik pulak bila tengok gambar sendiri. posing-posing manja ala-ala nak menggoda la pulak. tapi bila tengok dress up... haha baju titon la pulak.

teringat satu peristiwa 2-3 bulan lepas masa mama lynn balik kampung en suami. malam tu mama lynn nak ke kedai. kebetulan dah malam mama lynn berbaju kelawar, bila tengok lengan singkat sarung la cardigan then tengok cam singkat kainnya mama lynn sarung seluar panjang. bila dah nak keluar tu en suami komplain. hehehe teruk sangat etika berpakaian mama lynn ni. mama lynn tak tukar pun baju lain. kedai yang hendak dituju tidaklah jauh mana,masih dalam kampung yang sama. sekurang-kurangnya aurat diri terjaga.

bila dah bergelar isteri ni gambar2 pose manja tiada lagi mama lynn upload di FB. rasa gambar di FB sangat terhad. kalau dulu ,sebelum bergelar isteri segala gambar mama lynn kongsikan. pada tahun pertama perkahwinan juga mama lynn sangat open untuk berkongsi. tapi itu dulu, kalau ditanya kenapa di FB mama lynn penuh gambar anak-anak buah dan anak-anak mama lynn sukar rasanya untuk memberi jawapan pasti. laman sosial sebegitu boleh mendatangkan fitnah tanpa kita sedar.

berkongsi gambar di blog juga amat mama lynn titik beratkan. tak mahu gambar-gambar peribadi disalahguna atau menjadi bualan orang ramai. mencegah adalah lebih baik dari merawat. walaubagaimanapun addictnya diri ini dengan bergambar memang tidak dipisahkan. mama lynn mempunyai koleksi gambar peribadi yang cukup banyak sebenarnya. cara memelihara gambar-gambar tersebut adalah dengan membuat salinan dalam bentuk CD. mama lynn kira orang lain juga begitu.

nasihat mama lynn buat yang ada di luar sana, berhati-hatilah dalam berkongsi gambar-gambar pose manja anda itu. tersalah letak , menyesal tak sudah nanti. sampai masa untuk kita memadam gambar-gambar yang kita muat naik di laman sosial seperti FB. mama lynn sudah lakukannya, anda bila lagi ?









♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar