Followers

Monday, July 23, 2012

tiket bas balik RAYA


 
bukan niat mama lynn tayang tiket bas ni sebab nak eksen ngan kawan2 blogger tapi cuba nak bagitahu yang tiket bas untuk hari raya sedang rancak dijual. takut-takut kalau korang datang last minute tiket pun habis. musim perayaan ni takde istilah booking. macam bas ERA MESRA yang mama lynn naik tiap-tiap bulan ni dia akan realease tiket yang korang booking once dah tamat waktu untuk menuntutnya di kaunter.

dulu sistem di kaunter tiket bagi bas ERA MESRA di klang sentral mengamalkan sistem manual. so bila pelanggan datang nak beli tiket bas , just rekod kat lejer then tulis atas tiket yang ready made dalam bentuk buku (macam buku resit tu). sekarang bila dah ada sistem berkomputer tiket bas kelihatan lebih kemas dan cantik tetapi waktu menunggu turn membeli jadi sedikit lama. manakan tidak, terkial-kial staff kaunter tu nak key in tarikh, masa dan lokasi. mungkin masih baru lagi membuatkan dia pun kurang arif lagi.

harga tiket bas juga dinaikkan sebanyak rm3-rm4 ringgit. mama lynn beli 2 tiket untuk pulang ke kampung jumaat ni dah untuk berhari raya. untuk tiket hari raya mama lynn kena charge rm41 manakala tiket untuk balik minggu ni rm38. selepas diskaun untuk satu tiket (bawak tiket lama) cuma perlu bayar rm76 sahaja.

pada yang comfirm kena naik pengangkutan awam untuk pulang ke kampung, jangan tunggu hingga ke saat akhir. kalau tidak anda yang akan menanggung sengsara beraya sendirian di perantauan. pada yang drive kenderaan sendiri , dari sekarang dah kena standby duit minyak, tol dan duit untuk perbelanjaan kecemasan. manalah tahu tayar kereta pancit ke, kereta buat hal tengah jalan. yang pasti servis kereta korang jugak.


 
p/s : tak sabar nak balik kulim jumaat ni. nak sambut bulan ramadhan bersama suami tercinta pulak. =) semoga berkah ramadhan ini memberikan kerukunan dalam kehidupan kami sehari-hari.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

5 pesanan kasih sayang:

  1. hee.. betul tu.. tiket mmg kena beli awal..
    nani before puasa lgi da dpt tiket da.. sbb memang slalu abis.. :)

    ReplyDelete
  2. tiket balik klate untuk raya dah lama habis akak :)

    ReplyDelete
  3. nani : ye ker ? akak ni mujur la dapat gak tiket. risau gak klu abis.

    adylia : awk dapat beli tak ?

    ReplyDelete
  4. tiket balik raya dah hbs ek.. smlm ada dgr kt berita... awai kan..

    ReplyDelete
  5. intan berlian : yup.. ina hampir habis kot. tp x tau lak kat tempat lain mcm mana . huhuhuhu tu yg sy laju je beli awal

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar