Followers

Thursday, July 19, 2012

selamat datang ramadhan



mesti semua dah tengok penyampai mohor raja-raja dah selamat pun buat pengunguman permulaan puasa tahun ini. kredit utk TRIVIA NETWORK yang sempat kongsikan gambar ini di dalam facebook. 

sudahkah anda bersedia bertemu sekali lagi dengan bulan ramadhan. untuk diri ini, mama lynn bersedia sepenuhnya, insya Allah. moga mama lynn mampu menunaikan ibadah puasa dan tarawih pada tahun ini  dengan sempurna. 

bulan puasa ini kalau boleh nak letak tepi segala masalah duniawi. fokus mama lynn hanyalah kosentrasi dalam ibadah. tak mahu ibadah puasa kali ini terganggu dengan emosi-emosi yang kurang stabil. moga-moga semua pun begitu.


pada yang lupa-lupa niat puasa tu, kat atas ni mama lynn ada kongsikan sekali. teruja sangat-sangat bertemu ramadhan.

"salam ramadhan buat semua umat ISLAM "


p/s : banyakkan ibadah di bulan mulia, jauhi larangan Nya =)
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar