Followers

Monday, July 23, 2012

ramadhan 1433H

alhamdulillah masuk hari ni dah 3 hari kita semua berpuasa. bersyukur juga opening puasa tahun ni mama lynn tak kena cuti bulanan untuk orang perempuan. dalam hati ni berharap sangat-sangat agar tahun ni dapat berpuasa penuh. rasa macam nak ambil ubat kat doktor pun ada tapi boleh ke buat macam tu ?

pada yang perasan, dah lama mama lynn tidak bersegmen. kenapa dan mengapa ? buat masa ini mama lynn tidak berkesempatan untuk bersegmen dan ber"GA". perasaan MALAS untuk bersegmen juga agak menebal. cukuplah rasanya dengan tulisan dari hati ini yang menjadi peneman anda semua di sini.

bercerita tentang ramadhan yang paling mama lynn nantikan solat tarawih. buat masa ni mama lynn belum tinggal lagi (baru 3 malam pun) . rasa nak pergi surau hari-hari untuk berjemaah solat isyak dan solat sunat tarawih. alhamdulillah jemaah di taman sri kerayong (surau kat rumah mama lynn) agak meriah. kaum hawa pun ramai. tahun ini kami berjemaah di surau baru. teringat pulak tahun lepas bersesak-sesak di dalam surau sementara kerana surau asal dirobohkan untuk dibina semula. surau baru ni sangat selesa, masuk-masuk je dah terasa kesejukan penyaman udaranya  tetapi bila jemaah dah penuh kena juga lah buka kipas.

hari pertama ramadhan kami dapat berkumpul adik-beradik. semuanya ada sekali cuma en suami je yang tak ada sama. menu berbuka pun alhamdulillah tidak lah terlalu mewah dan membazir. cukup dengan apa yang ada. yang penting dapat berbuka puasa bersama-sama keluarga. bulan ramadhan ni barulah betul-betul dapat berkumpul makan bersama. kalau tidak jarang-jarang sekali dapat luangkan masa sebegini.

"puasa kali ini jom kita lipat gandakan amalan. jom sama-sama tambah pahala dan yang paling penting jom sama-sama hindari larangan Nya. mungkin permulaan kebaikan di bulan ramadhan ini dapat diterapkan untuk kita amalkan selalu. insya Allah."

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. thanks ina =) . semoga ina dapat bertahan puasa dlm keadaan berbadan dua ni

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar