Followers

Wednesday, July 18, 2012

nak sihat selalu

tak banyak cerita baru yang dapat mama lynn kongsikan di blog akhir-akhir ini. rutin harian mama lynn di hari bekerja agak meletihkan. tambah-tambah akhir-akhir ni selepas waktu bekerja ada sahaja aktiviti lain yang tidak dirancang. mama lynn dah macam driver rasmi keluarga. =) ape pun still rasa enjoy walau kejauhan dari yang tercinta. sekurang-kurangnya masa diri ini terisi.

last week mama lynn cuma bekerja selama 3 hari sahaja. 2 hari lagi mama lynn dapat cuti sakit (MC) . itu pun kerna lately tapak kaki mama lynn selalu sakit-sakit. doktor dah terangkan puncanya, kurang kalsium + kaki tak dapat nak menampung berat badan ni. serious bila doktor cakap macam tu terdetik dalam hati "gemuk sangatkah aku ni" . tapi bila difikirkan logik, kaki mama lynn agak kecil berbanding dengan bahagian atas tubuh badan. dengan ketinggian 154 @ 155 cm, memang la rasa keMETOT je diri ni.

sekarang ni mama lynn dapat suggestion dari doktor untuk mengambil kalsium. tu pun dalam bentuk pil. mama lynn juga ada bertanya bolehkah mama lynn replace dengan susu tetapi doktor menerangkan pengambilan susu menyebabkan berat tubuh badan kita cepat naik. takut pulak dengar macam tu.

program diet hanya tinggal angan-angan kosong. sedih bila tak mampu nak berdiet seperti yang dirancangkan. tak tahu la nafsu apa yang ada dalam diri ini. mama lynn ni pulak, bila stress makan cukup berselera. rasanya bulan ramadhan inilah masa yang terbaik untuk mengawal kembali berat badan.


muka mak budak dah GEMUK

dalam usia yang dahpun mencapai 29 tahun 3 hari ini, mama lynn mahu sentiasa sihat dan jauh dari sebarang penyakit. tak mahu bila umur mencapai 40 tahun, stamina pun dah tak ada. jujurnya , menjaga  KESIHATAN adalah sangat penting buat semua. memang la sekarang kita tidak mendapat sebarang penyakit tetapi di masa hadapan siapa yang dapat menduga. yang penting mencegah lebih baik dari merawat.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

7 pesanan kasih sayang:

  1. ehhh sama la kita,suke entry ni..serba serbi sama..kaki saya pon kecik,then bile stres je nk mkn bnyk xkisa ape pon dtg mesti ngap! hahaha

    nk diet gk tyme pose ni..insyAllah

    go mama lynn,chaiyok

    ReplyDelete
  2. memang penting utk kita jaga kesihatan.. tgime ni lah kne jaga2 kan..

    ReplyDelete
  3. love pink : haha sama eh.. hehe gud luck tau =) insya Allah sama2 diusahakan

    intan a.k.a ina : yup betul tu. klu boleh nak sihat selalu . mkn pun kena gak berpntang

    ReplyDelete
  4. owh susu menyebabkan berat tubuh badan kita cepat naik erk..kena kurangkan lah minum susu ni.. :)

    Samalah lily ni..konon nk diet tapi tak dapat nak kawal nafsu mkn..hehe..cepat jer rasa lapar.. :)

    ReplyDelete
  5. alaa....kalo sye ni pantang jumpa makanan....tmbah2 lak bila balik kg...mak masak...adoiii mcm ne nk diet ni... :)..tp kan dari skrg la kita kena cegah kan

    ReplyDelete
  6. aida pun ingat bulan puasa nie nak cuba kuruskan badan.. bukan nak cantik ke hape.. cuma takut penyakit kan sis? cumey je sis ha.. moga sis sihat2 selalu hendaknya :)

    ReplyDelete
  7. lily : fakta ni sy yakin betul. tgk je baby kan kena minum susu utk mbesar

    lieya : sama la, klu blk kg mak mertua masak best sure ingat nak mkn je. hehe

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar