Followers

Tuesday, July 10, 2012

mesin basuh kereta

penah tak korang basuh kereta guna mesin basuh kereta auto kat kedai cuci kereta tu. mama lynn dah pernah dah rasa pengalaman tu. sebenarnya rasa was-was jugak. bersih sangat ke ? dan detail sangat ke mesin tu membersih kereta kita.

mula-mula tengok iklan harga sekali basuh untuk kereta baru rm4 dan van rm6. wahh murahnya, rasa kena gak try. mama lynn terus drive dengan penuh konfiden. mula-mula kereta korang akan dicuci dengan buih sabun secara manual. korang hanya perlu stay je dalam kereta till dia siap membasuh. bila stage membilas sampai korang kena drive kereta untuk memasuki mesin khas ni. pastikan gear kereta korang berada dalam keadaan free. kat sini korang tak perlu nak drive cos mesin tu yang akan menggerakkan kereta. masa kat sini SUMPAH mama lynn takut-takut. manakan tidak, tengok berus-berus membilas dia pun dah rasa "tak bahaya ke".

bila dah siap bilas tiba la saat untuk kereta korang dikeringkan. haha kat sini bermula lah servis yang macam-macam bagai. nak vacum kena tambah lagi rm4 . tak kisah la cos kosnya baru rm8. kira murah lagi la tu. sedang kereta sibuk dikeringkan dan di vacum akan datang sorang pekerja tanya tak nak wax ker. harganya baru sekian-sekian. siap promo pewangi lah. hishh rasa ada nak kena maki ni. emosi pulak diri ni dibuatnya. pada pelanggan yang cepat je tergoda tak pasal-pasal bajet rm4 jadi berpuluh ringgit.

apa yang dapat mama lynn rumuskan, kalau niat korang nak basuh dan vacum kereta korang kenalah tegas dengan pekerja pusat basuh kereta tu. jangan biarkan diorang mengusai diri korang. nanti tak pasal-pasal duit melayang.


kat sini dah mula berdebar

yang duduk dalam kereta ni sempat amik gambar

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

4 pesanan kasih sayang:

  1. saya selalu basuh kereta kat mesin basuh auto ni kat Bentong,kalau kebetulan ke KL...situ pekerjanya Bangladesh tapi sangat peramah dan baik...puas hati..

    ReplyDelete
  2. ummiarissa : klu dapat pekerja mcm tu ok lah tp tempat sy singgah tu pekerja terlebih rajin nak buat promo. penat nak explain sy cuma nak basuh & vacum kereta je. tu pun klu kilatkan tayar kena tambah rm1

    ReplyDelete
  3. duduk dalam kete sejuk ja...hehhee

    ReplyDelete
  4. lieya nasir : hehe jgn tertido sudah =)

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar