Followers

Wednesday, July 25, 2012

menu buka puasa & sahur

masuk puasa ketiga baru mama lynn berkesempatan menyediakan lauk-pauk untuk berbuka. 2 hari sebelum tu kakak dan mak mama lynn yang ke dapur. untuk hari isnin lepas mama lynn sempat masak ayam masak kurma dan sayur bayam bening. 2 menu sahaja , yang lain semuanya di beli oleh mak, abah dan cousin mama lynn yang kebetulan datang berbuka sekali.

isnin lepas menu berbuka memang meriah. mama lynn sempat juga menapau kari daging di jualan ramadhan di wisma mbsa ni. cousin mama lynn tapau ayam golek dan murtabak (seyes terangkat giler murtabak ni, beli kat rantau panjang,klang) . abah ngan kuih pulut panggang, tepung pelita, roti jala dan 3-4 jenis kuih lagi. mak pula dengan kuih kegemarannya kole kacang dan talam keladi. meriah kuih muih je ni. sampai semalam ada lagi kuih yang tak habis dimakan. bukan tamak tapi bila kat rumah dah ramai orang, tak terancang nak beli apa. mujur juga mama lynn kurang gemar ke bazaar ramadhan. kalau tak harus bertambah-tambah menu yang ada.

menu buka puasa kelmarin (isnin)

semalam mood rajin nak masak tu masih ada lagi. dari ofis mama lynn da plan nak masak apa. so balik kerja terus ke dapur menyediakan juadah berbuka. mama lynn masak asam pedas ikan cencaru dan ayam goreng kunyit. simple dan senang untuk disediakan. juadah lain kuih muih 3-4 jenis. kali ni abah memborong lagi tapi kurang lah sedikit dari isnin lepas. yang jadi kelakarnya abah mama lynn pesan kat adik (myra) beli tapai ubi. the end abah beli 2 bungkus, myra beli 2 bungkus. supaya tak membazir abah bagi kat kawannya sebungkus.

asam pedas ikan cencaru

ayam goreng kunyit (dalam gambar x nampak kuning lak)

lepas solat terawih semalam mama lynn hantar adik mama lynn yang lagi sorang ni g kerja malam (fyza). sempat la singgah kat mc'd klang sentral. dari kat ofis nak plan untuk tapau chicken foldover. tak pernah makan sebenarnya. kebetulan ada promosi "buy 1 free 1" . saja tapau untuk bersahur. rm9.10 (termasuk tax) untuk 2 chicken foldover. kira murah jugak la. rm 4.60 untuk 1.

sahur tadi ngan nasi putih berlaukkan serunding daging ngan sambal tempe kering, then makan chicken foldover separuh. insya Allah cukup tenaga sampai ke petang nanti. baru 2 malam mama lynn bersahur makan nasi. kalau tidak sekadar kurma dan air kosong.

bu 1 free 1 (till 25hb 7 - hari ni)
cerita tentang makan , semua orang pun bulan puasa ni sure makan sedap-sedap je time berbuka. macam mana sekalipun jangan sampai kita terlebih-lebih atau membazir. ingatlah ada lagi insan yang tak cukup makanan di luar sana. membazir tu amalan syaitan kan =)  

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. memang ler saya suka tengok makanan sedap2 atas meja...tapi kalau banyak sangat tak terabis lak...jadi takut membazir saya masak seperti biasa...

    ReplyDelete
  2. ummiarissa : masak lebih jimat bila naggota keluarga kt ramai kan. setuju jugak ngan pendapat awk

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar