Followers

Tuesday, July 10, 2012

Marilah Mengenal Apakah Makna Tabarruj?




Firman Allah, “Dan hendaklah kalian tetap di rumah kalian dan janganlah kalian bertabarruj seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu”. (Al-Ahzaab ayat 33)
Dari Abdullah bin ‘Amr, “Umaimah bintu Ruqaiqah berjumpa Rasulullah saw. untuk berbaiat kepadanya untu masuk islam, maka Nabi saw. berkata, “Aku membaiatmu untuk tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu pun, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anakmu, tidak membuat-buat kedustaan yang kamu kerjakan dengan kedua tangan dan kakimu, tidak meratap dan tidak tabarruj seperti dilakukan wanita jahiliyyah”. (HR. Ahmad)
Ibn Katsir mengatakan, tabarruj ialah wanita yang meletakkan selendang atas kepalanya dan tidak mengikatnya sehingga boleh dilihat leher dan perhiasannya termasuklah rantai di lehernya.

Ibn Manzur mengatakan tabarruj ialah apabila seorang wanita menampakkan perhiasan serta kecantikannya kepada lelaki bukan mahram.

Abu Ubaidah berpendapat tabarruj bermaksud seorang wanita menampakkan kecantikannya yang boleh membuatkan orang lelaki ghairah.
Tabarruj ialah wanita yang bersolek atau menampakkan perhiasaan dan kecantikannya atau memakai wangian, yang mampu menarik perhatian lelaki bukan mahram.
Nabi saw. bersabda, “Wanita yang berhias bukan untuk suaminya adalah bagaikan kegelapan pada hari kiamat, tidak ada cahaya baginya.” (HR. Abu Daud) -SUMBER

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

4 pesanan kasih sayang:

  1. ooo tu ke maksud dia.. pnh dgr tp xtau mkna sblm ni...


    thanks gtau

    ReplyDelete
  2. sy pun baru je tahu ina... takpe la sekurang2 nya hari ni kita dapat ilmu skit

    ReplyDelete
  3. eh aida baru tahu tabarruj.. tapi aida tahu bab yg menampakkan perhiasan wanita tu.. thankz kak tambah ilmu lagi nie ha.. :)

    ReplyDelete
  4. aida : akak pun br tahu ttg ni. xpe la at least kt tahu batasan kt sebagai muslimah =)

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar