Followers

Tuesday, July 31, 2012

mak rindu adik =)

baru sehari berjauhan dari permata hati hati mak dah meronta2 rindukan diana (adik). begini dalam perasaan seorang ibu rupa-rupanya. mak kena tunggu 17 hari lagi sebelum boleh pulang ke kampung untuk berhari raya dan bertemu anak dara kesayangan mak ni. bukan mak tak sayangkan abg long tetapi sejak adik ada ni, mak lagi rapat dengan adik. abg long pula sangat seronok membesar dengan hyper.

sejak ada adik, mak tak rasa hanya anak kandung sahaja yang dapat membahagiakan hati ibu. adik ada dalam hidup mak cukup memberi erti. kadang-kadang mak rasa seolah-olah adik ni anak kandung mak. mak tak mahu ada jurang antara mak dan adik. sebab sampai bila-bila pun adik tetap anak mak.

mak suka tengok rengekan manja adik. mak suka bila adik bermanja dengan mak. dalam masa yang sama mak tak mahu mama berkecil hati. mak tak mahu adik melebihkan mak dari mama. tapi mak tahu anak dara mak bijak. adik perlu ingat yang adik ada mak dan mama yang sentiasa sayangkan adik.

mak nak balik kampung cepat-cepat. nak peluk adik erat-erat. mak nak spend masa yang lebih untuk adik dan abg long. mak sayang anak-anak mak. itu janji mak pada kamu berdua. 

:: terima kasih ALLAH untuk rasa kasih-sayang ini ::


puteri penyeri hati mak , NURUL DIANA NAJWA



(adik dalam pelbagai ragam)

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

6 pesanan kasih sayang:

  1. comeynye dia.. alololo.. selamat berpuasa adik. hehe

    maksud akak adik nie anak sedara ke? hehe.. maaf kalau tanya soalan yang bukan2. :)

    ReplyDelete
  2. bukan anak buah , tp my step daughter =) . xde ape yg nak dirahsiakan ttg diana.

    ReplyDelete
  3. alahaiii gambo kedua n ketiga tu kenpa.. sian pulak tgk muka camtu... :-)

    ReplyDelete
  4. muka kedua dan ketiga tu muka nak bodek mak dia ni. mak dia nak amik gambar tp dia sibuk nak hp.. hehe tu la merayu2 ngan muka sedih. yg kat atas tu lak muka happy mak bawak main kat jusco seberang perai. org lain duk shopping , mak dia melayan dia sorang je.

    ** perasan tak rambut diana pendek kat depan, haha ni kerja mama dia la . tgunting pendek katanya

    ReplyDelete
  5. haha comey , adik jgn nangis nty mak upah gula-gula hehe adik jgn meraung nty mak tinglkn adik mak g keja !@#$%? hehe

    ReplyDelete
  6. cik arina : hehe auty sy x nangis cuma meraung je. ngeh ngeh. nak duit raya ley tak ? mak mmg tinggalkan adik kat kg pun. mama dia yg jaga. mak dia kat sini mcm org bujang dah =) tp en suami ttp di hati

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar