Followers

Tuesday, July 31, 2012

kembali blogging

alhamdulillah pagi ini setelah hampir 3 hari langsung tidak online, mama lynn berjaya juga mencuri masa sedikit untuk blogging. bukan malas untuk berblogging tetapi mama lynn bercuti di kampung untuk menghabiskan masa bersama suami dan keluarga tercinta di SEDIM . termasuk juga cuti rehat semalam. ekceli mama lynn baru sampai di shah alam pukul 5 pagi tadi. even masih dalam mood keletihan, kehadiran di tempat kerja juga perlu diutamakan. jiwa mama lynn masih berada dekat dengan suami sebenarnya. hati ini meronta-ronta tak mahu pulang ke sini tetapi memandangkan mama lynn hanya seorang kakitangan awam, kerja perlu didahulukan. bukan tidak mengutamakan suami tetapi inilah gaya hidup PJJ.

balik kampung kali ini membahagiakan seperti biasa. walau tak dapat berkepit dengan en suami 24 jam, masa yang ada sudah memadai. sekurang-kurangnya en suami dekat dengan isteri dia ni. itu yang lebih penting buat diri ni. balik kampung kali ni sempat juga singgah ke penang untuk shopping raya. keluarga besar keluar membeli belah sebenarnya. family mama lynn, family abg ipar, adik-adik ipar dan ibu mertua. mama lynn sekadar cuci mata. yang pasti di jusco @ aeon seberang perai memang best untuk shopping. mama lynn tak sempat nak shopping. perhatian mama lynn lebih kepada si kecil kesayangan hati, nurul diana najwa yang alhamdulillah kalau mak dia ni balik berkepit je kerjanya. dapat jugalah mama diana berehat. dari aeon seberang perai kami ke billion pulak. tak ingat pula di daaerah mana tapi masih di penang. mama lynn sekadar membeli selipar sahaja.

she is my lollipop , nurul diana najwa

menu berbuka di kampung juga memang sangat-sangat menarik. 1st day berbuka di kampung menu kami adalah mee sizzling (macam hot plate kat kedai tu, abg ipar mama lynn yang masak ) , ada juga menu lain seperti lauk pauk kampung . 2nd day mee kuah manis. lebih kurang mee rebus juga lah. dan semalam makan nasi berlaukkan paprik daging dan sambal tumis petai. dikurniakan family mertua yang sangat mahir memasak membuatkan mama lynn rasa seronok sangat. even lauk yang kita makan tu sekadar ikan kembung sekalipun tetapi bila ianya dimasak, masakannya sudah tentu terbaik. balik kampung mood makan pun menjadi-jadi.

tak sabar nak pulang berhari-raya pulak. alhamdulillah tiket bas pergi dan balik dah dibeli. malam tadi pun sempat mama lynn membantu ibu mertua membuat kuih samperit. mama lynn tak buat adunan pun, sekadar tolong tekankan jadi kuih. pengalaman pertama buat samperit dan dah rasa ada skill untuk buat sendiri.

beraya tahun ni sekali lagi di kampung en suami. sukar sangat nak buat keputusan beraya di samping keluarga suami atau keluarga sendiri. mama lynn takut ianya mengecewakan mak mama lynn tetapi bila sudah bergelar isteri, hal-hal sebegini perlu ditangani dengan baik. hati kedua-dua keluarga perlu dijaga. insya Allah raya ke-empat mama lynn akan beraya bersama keluarga di kapar pula.

terlebih panjang pulak entri kali ni. tak mahu korang bosan dengan cerita peribadi mama lynn selalu. heheh =) selamat berpuasa semua.

 
p/s : 5 hari tidak berterawih, malam esk insya Allah akan berterawih semula.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

3 pesanan kasih sayang:

  1. baguslh tiket bas dah ada.. sbb skrg ni tiket semua dah hbs kan..

    ReplyDelete
  2. pencinta pink : thanks dear =) rindu nak berblog tp otak lak tgh tepu utk menulis skrg ni.


    intan a.k.a ina : yup tul tu. risau gak la klu abis. tiket raya agak mahal sedikit tp tak kisah la janji dapat pulang beraya ngan suami

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar