Followers

Monday, July 2, 2012

hobi baru mama lynn

mama lynn ada hobi baru. rasanya belum sempat mama lynn kongsikan sebelum ini.tak tahu kenapa akhir-akhir ni mama lynn suka sangat dengan pokok bunga. keinginan hati untuk cuba menanam pokok bunga akhirnya terlaksana juga. yang paling menggembirakan hati ni bila tengok pokok bunga yang kita semai dan tanam sendiri berbunga mekar dan indah di pandangan mata. mula2 tanam hari tu rasa was-was jugak. takut pokok bunga yang ditanam tidak hidup.

alhamdulillah berkat kesabaran diri ni , pokok bunga yang mama lynn tanam hidup cantik. semalam sempat lagi membuat batas baru. nak tanam dalam pasu, tanah pula yang tak ada, so kebetulan laman rumah mama lynn belum dibuat renovation terus gunakan ruang yang ada. tak sabar nak tengok =) mintak-mintak hidup dan membesar dengan cantik juga.

ada diantara pokok bunga yang mama lynn jaga kepunyaan arwah jiran mama lynn. tengok terbiar, mama lynn ambil 3 dan susun sekali agar senang di jaga. daripada terbiar, dapat juga mama lynn pelihara dan jaga sekali. sayang rasanya dibiarkan kering macam tu je.

kalau ditanya pokok bunga yang mama lynn tanam , memang tak ingat. selepas ni nak kena belajar nama-nama pokok bunga pula. terasa melonjak-lonjak keinginan nak tambah pasu dan beli tanah untuk pokok bunga =). jom tengok hasil kerja tangan mama lynn.

diantara pokok bunga yang mama lynn tanam

baru semai je ni. kadang-kadang komfius mana satu pokok bunga dan rumput

suka tengok =)

warna pink dia cantik kan, ada yang cerah ada yang kurang cerah

yang ni warna putih dan kuning

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

7 pesanan kasih sayang:

  1. ni da terjebak da jadi addict pulak =) seronok je feel

    ReplyDelete
  2. eh, lynn masih blh join lg mini ga tu kalu nak.. sbbnya blm tutup lagi.. malm ni kol 12 tgh mlm baru tutup :-)

    ReplyDelete
  3. waaa....rajinnye...kalo sye la..tolong siram aja bole la kot..hehee

    ReplyDelete
  4. lieya : memang mood tgh rajin , semalam sempat lg buat batas baru tanam bunga

    ReplyDelete
  5. hhehee ikut mood lani eaa...bole la lynn jdkan hobi separuh masa..tanam bunga lain dr yg lain..mesti jiran2 tertarikkan..

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar