Followers

Friday, July 6, 2012

cinta jarak jauh


cinta jarak jauh
mama lynn percaya ramai di luar sana yang berdepan dengan cinta jarak jauh. buat diri ni sudah setahun 4 bulan mama lynn duduk berasingan dari suami. suami mama lynn di kulim , kedah dan mama lynn di kapar,selangor. ratusan kilometer memisahkan kami atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. namun berjauhan seperti ini tidak pernah memadamkan rasa kasih-sayang dan cinta terhadap suami. lagipun setiap bulan pasti kami bertemu dan duduk sebumbung.

jarak tak pernah memisahkan dua hati
perlu kita pelajari dalam kehidupan ini yang jarak tak kan menjadi penyudah atau pemisah dalam sesuatu perhubungan. kita perlu sedar dengan jarak juga dapat membangkitkan rasa kasih-sayang dengan lebih mendalam. membuatkan kita untuk lebih menghargai pasangan hidup kita.

berjauhan seperti ini mungkin kadang-kadang membuatkan hati kita cepat tersentuh. mama lynn juga melalui perkara yang sama. apatah lagi bila melihat kehidupan rumahtangga orang lain. bila orang buli kita, insan yang kita sayang tiada bersama kita untuk pretend diri kita. situasi itu yang mama lynn tidak gemari.

insya Allah... suatu masa nanti mama lynn mesti dapatkan kehidupan berkeluarga yang lebih berkualiti. jalani kehidupan biasa kami seperti dahulu. semoga mama lynn dipermudahkan untuk mendapat pekerjaan lain untuk mama lynn tinggal dekat dengan suami. tetapi buat masa sekarang , jarak tidak menjadi masalah kerana banyak cara untuk kita berkomunikasi.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

4 pesanan kasih sayang:

  1. makin jauh makin sayang..semoga dengan kejauhan ini akan membahagiakan akak sekeluarga hingga akhir nafas..

    ReplyDelete
  2. moga nanti awk blh tggal bersama dgn hubby...

    ReplyDelete
  3. betul tu sis jarak yg jauh membuatkan kita semakin sayang dengan sidia kan? sis duduk di kapar dengan anak2 la eh?

    ReplyDelete
  4. adylia qarissa : amin... moga2 mcm tu lah. bila fikir blk ddk jauh ni byk sgt dugaan tp hati ni tak pernah berubah...

    intan : amin. moga Allah permudahkan doa niat diri ni.

    aida : akak duk sorang kat sini. utk pengetahuan aida, akak belum ada anak sendiri lg

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar