Followers

Friday, July 6, 2012

cerita tentang bunga

syukur alhamdulillah hari ni sempat melapangkan diri untuk blogging walaupun kerja yang menanti selepas 3 hari bercuti (CTR) pun agak banyak. curi-curi masa kejap untuk blogging. sambil mengubat kerinduan kawan-kawan blogger, wahhh prasan betul mama lynn kan. semalam selepas exam paper undang-undang umum (lebih kurang pukul 11.00 pagi)  mama lynn terus bergerak ke melaka menguruskan adik mama lynn mengambil jubah konvo dan menyelesaikan urusan di kolej. sampai shah alam dah maghrib.
bila tengok tajuk entri , mesti korang dah sedia maklum tentang hobi baru mama lynn. ada mama lynn kongsikan di entri INIcerita pasal pokok bunga lagi lah ni. memang mama lynn akui kecintaan terhadap pokok bunga ni dah mula meresap dalam diri ni. kalau boleh hari-hari mama lynn nak membelek pokok-pokok bunga yang tak berapa nak ada lagi tu. seronok sangat bila tengok bunga yang bermacam warna.

dah ada macam-macam warna

baru je disemai minggu lepas, issh tak sabar nak tengok hasilnya

korang nilai sendiri gambar yang pertama tu. mesti ada yang suka jugak kan. mama lynn ni bukanlah pandai sangat berkebun. tanam bunga ni pun, mama lynn tak asingkan mengikut warna. rasa bila dah bercampur-campur lagi nampak menarik.
gambar kedua tu pulak pokok-pokok bunga yang baru mama lynn semai. bila tengok pokok keembung tu, cepatnya dia naik. nak kena alihkan ke tanah atau pasu lain. takut bercampur dengan bunga lain. nanti tak cantik pula dipandang pokok bunga berlainan jenis hidup dalam pasu yang sama.
seronok rasanya bila ada pokok bunga depan laman rumah. kalau dulu , hanya lalang dan rumput je yang menjadi peneman. sekarang mood mama lynn memang untuk pokok bunga.manalah tahu mama lynn dapat penuhkan lama rumah dengan pokok-pokok bunga lepas ni. mesti lagi menarik. dengan hobi baru ni, rasanya hatipun lebih lapang dan sedikit banyak stress pun hilang.
tak boleh nak bercerita panjang. paham-paham sahaja kerja yang menanti pun boleh tahan juga. minggu ni memang life mama lynn agak padat dan meletihkan. semoga perkongsian tentang hobi mama lynn ni dapat juga mengubat kerinduan untuk blogging.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar