Followers

Friday, July 6, 2012

cerita tentang aiman

aiman faliq, rindunya kat anak buah mama lynn yang sorang ni. rasanya dah 3 hari tak sempat nak g tengok both aiman dan afif. " mama sibuk la sayang. insya Allah malam ni mama pergi rumah aiman ok. "

aiman faliq si kecil kesayangan mama lynn ni baru je berusia 2 bulan. alhamdulillah aiman semakin cerdik dan boleh diajak bersembang ( bahasa baby lah kan). kalau mama lynn bercerita dengan dia mesti dia balas kembali. bila baby membebel memang super comel.

aiman dah berani nak pusingkan badan ala-ala meniarap gitu. tapi still belum lepas. almaklum baru 2 bulan kan. tunggu la 2 hingga 3 bulan lagi. insya Allah makin pandai lah dia beraksi. sekarang ni pun bila kita acah-acah nak ambil, tangan dia seolah nak suruh kita dukung. baby zaman sekarang dah makin bijak.

alhamdulillah juga seminggu sebelum ibu aiman mula bekerja kembali aiman dah boleh menyusu botol. kalau sebelum ni lansung tak mahu minum susu botol . asyik melekat dengan ibu dia. kalau ikutkan susu ibu lebih baik tapi memandangkan adik ipar mama lynn bekerja perlu juga meyusu botol. buat masa ni , kalau nak bagi susu badan pun adik ipar mama lynn akan perah dan simpan dalam fridge. bila aiman nak menyusu , susu tersebut akan dipanaskan kembali.

bila tengok aiman ni rasa nak sangat ada baby sendiri. 12 hari lagi genap 3 tahun mama lynn berumahtangga tapi masih belum ada peluang untuk memiliki zuriat dari rahim sendiri. moga Allah swt mempermudahkan dan mengkabulkan doa diri ini. amin.


.: gambar-gambar terbaru aiman faliq :.








♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

3 pesanan kasih sayang:

  1. ololooo comel sungguh lah.. :-)

    ReplyDelete
  2. aloloooo....comeiinye aiman...geram ja tgok dia....

    ReplyDelete
  3. intan : hehe mekasih aunty

    lieya : malu la aiman.. ngee.. thanks aunty

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar