Followers

Monday, July 9, 2012

camping @ bagan lalang

di pagi isnin baru sempat menjengah ke blog kembali. 2 hari bercuti mama lynn habiskan dengan bercamping di bagan lalang bersama teman-teman sepejabat. kalau ikutkan perancangan asal, lokasi-lokasi yang menjadi pilihan adalah janda baik, port dickson dan pangkor tetapi ditukar kepada bagan lalang apabila memikirkan lokasi yang lebih dekat dan masa yang agak terhad. hari jumaat lepas kami sempat keluar mencari perkakasan untuk camping. kalau nak tahu lokasi camping kami adalah berdekatan dengan sepang goldcoast. cantik betul resort yang ada kat situ. atas laut lagi, tak tahu la berapa kos bilik untuk semalam.

2 hari semalam di bagan lalang  seolah-olah mama lynn kembali ke alam remaja masa belajar dulu-dulu. jujur dah lama sangat tak camping. kali terakhir adalah di pantai teluk senangin, lumut lebih kurang 4 tahun lepas. pengalaman bercamping pun agak terhad so mama lynn lebih banyak mengikut perancangan kawan-kawan mama lynn.

yang paling best aktiviti kami adalah makan dan makan. sangat la menggemukkan diri masing-masing. menu makan malam adalah nasi putih berlaukkan ayam dan daging bakar beserta sosej bakar. paling kelakar bila nak masak nasi. the end nasi terasa lembik dan sedikit hangit. maklum sahaja tidak pandai menggunakan dapur kayu. sekurang-kurangnya kali ni kami belajar jugak menghidupkan api secara manual menggunakan kayu. rasa mencabar jugak la.

pengalaman waktu malam adalah cukup thrill di mana sewaktu mama lynn dan kawan-kawan sedang nyenyak tidur kami dikejutkan dengan angin pantai yang luar biasa. cepat-cepat kami cuba bertahan untuk menjaga khemah dari patah atau runtuh. lama jugak situasi tersebut berlaku. dalam diri ni dah cuak sangat kerana ianya pengalaman pertama berdepan dengna angin pantai sebegitu. peserta-peserta camping di sekeliling kami juga berbuat perkara yang sama. bila hujan mulai turun kami terus buat keputusan untuk turunkan khemah dan tidur dalam kereta dahulu. lebih kurang pukul 5 pagi baru kami pasang khemah kembali. mujur juga ada gerai-gerai yang masih buka di hening pagi. sempat juga keluar minum kopi untuk menghilangkan rasa mengantuk.

nak bercerita panjang pun rasanya tak ada banyak cerita yang dapat mama lynn kongsikan.jom intai gambar-gambar yang sempat mama lynn rakamkan sabtu dan ahad lepas sewaktu berada di bagan lalang.


baru siap pasang khemah dah mula nak pose. masa ni hanya khemah kami sahaja yang ada

siap pasang buai lagi, korang ada ? hihihi

khemah2 kami dan peralatan memasak yang banyak

view masa mejelang malam

dah mula memasak, berkerut dahi kepanasan

dapur kayu kami

cantik sangat resort ni. alahai teringin la nak bermalam kat sini

kawan-kawan camping

menu bbq

sosej bakar

dah siap masak =) yummy

 in making telur hancur

mushroom soup, terbaek

menu bekpes kami

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. wah bestnya bercamping camni... seronok tgk... :-)

    ReplyDelete
  2. intan a.k.a ina : hehe lepas bersalin nnt boleh la ajak suami bercamping . ramai je pegi bawak anak2

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar