Followers

Friday, July 13, 2012

bila myra berkorban

pengorbanan terbesar adik mama lynn  sorang ni (myra) adalah melepaskan pelajaran demi kerjaya. ini adalah kali kedua adik kedua bongsu mama lynn berkorban. pertama kali sewaktu mengambil diploma dalam bidang farmasi. dah habis satu semester pun, pointer pun agak baik. cuma bila dapat tawaran dari kolej universiti islam melaka (KUIM), dia mohon berhenti atas sebab bila fikirkan kolej yang dia belajar tu diragui diplomanya.


mama lynn & myra , thanks adik

kali ni dah masuk semester 4 pun dia terpaksa memohon menangguhkan pengajian dalam bidang diploma pengajian islam. itu pun kerana mendapat tawaran sebagai pembantu tadbir (p/o) di SUK,negeri selangor. mak kami memang sangat teruja bila anak-anak dapat kerja dengan kerajaan. buat masa ini, urusan penangguhan semester masih belum selesai lagi. apa yang myra putuskan telah difikirkan semasaknya. takut sekiranya dia menolak tawaran tersebut, tiada peluang kedua di masa hadapan.

mungkin pada mata orang kejam sangat keluarga kami kerana menghalang pelajaran adik mama lynn sorang ni. dalam situasi myra rasanya korang pun akan serabut memikirkan pilihan yang perlu dibuat. lagi kasihan bila fikirkan hanya tinggal 3 semester untuk dia menghabiskan pengajian.

mungkin dalam masa tahun pertama ini myra boleh bekerja dan boleh mengambil cuti tanpa gaji kemudian bagi menghabiskan pengajian. mama lynn pun tak berani nak komen lebih-lebih kerana mama lynn sendiri berjaya menghabiskan pengajian tanpa gangguan dalam pelajaran. cuma, bila fikirkan 3 tahun setengah mama lynn belajar di UITM. satu semester mengambil pra-perdagangan dan 3 tahun mengambil diploma pengajian bank, bila bekerja selama 6 tahun ini hanya sebagai pembantu tadbir (p/o) di MBSA. orang ada degree pun tak laku. susahnya nak dapat kerja. sebab tu jugalah mama lynn tak menghalang myra memilih untuk menagguhkan pengajiannya.

keluarga kami takkan menghalang seandainya myra ingin menyambung pengajian secara pjj di mana-mana institusi awam. kawan-kawan mama lynn juga ramai yang belajar secara pjj. insya Allah, kita kena yakin dengan apa yang kita buat. pasti ada hikmahnya di atas semua ini. semoga adik mama lynn bersedia melangkah ke alam pekerjaan. terlalu besar pengorbanannya terhadap masa hadapan dan mak kami. moga Allah melimpahkan kebahagian dan kekuatan untuk myra berjaya di dalam kehidupan.


p/s : akan hupdated gambar-gambar di majlis konvokesyen adik mama lynn di entri akan datang.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

5 pesanan kasih sayang:

  1. semoga pilihan yg dibuat akan menggembirakan dia dan keluarga..

    ReplyDelete
  2. Bestnye ada kakak macam sis lynn ^^ aida pulak pernah tolak kerja gomen sebab dapat posting jauh dari abah aida, tak ada siapa nak jaga beliau nanti.. redha dengan kententuan Allah.. moga adik sis berjaya dalam kerjayanya kelak..

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Wah, memang susah nak buat keputusan macam tu. Semoga Allah memberkati perjalanan hidup dia seterusnya.

    ReplyDelete
  4. kalau sy ditempat myra pun rsnya sy akn pilih pekerjaan.. sbb sy rs dlm kerja pun blh blajar.. buat pjj jika kita nak.. skrg ni bkn sennag nak dpt keje... org belajar tingi pun ramai lg menganggur...

    ReplyDelete
  5. fieda : insya Allah

    aida : seorg kakak mesti nk tgk adik dia bjaya kan

    cp : yup sgt sukar buat dia dan kami

    ina : mmg betul apa yg ina cakap tu. mmg kt perlu ada pelajaran tp x klu rezeki kerja dtg tak salah rasanya kita buat 2 benda dlm 1 masa. boleh pjj kan.

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar