Followers

Sunday, July 15, 2012

al-fatihah

semalam sewaktu menghadiri majlis tahlil di rumah ibu saudara, mama lynn menerima berita tentang kematian isteri imam masjid pekan kapar. takziah buat seluruh keluarga imam ahmad bin sakimin di atas pemergian arwah isteri beliau petang semalam. untuk pengetahuan semua imam ahmad adalah merupakan bekas jiran tetangga mama lynn. dia juga merupakan imam yang telah menyatukan mama lynn dan suami tercinta.

arwah merupakan isteri baru imam ahmad di mana mereka berdua baru tak sampai setahun menjadi suami-isteri. arwah isteri imam ahmad sebelum ini meninggal dunia beberapa bulan sebelum perkahwinan baru imam ahmad akibat dari komplikasi penyakit. anak bongsu pasangan merupakan kawan sekolah mama lynn tetapi kami tidaklah terlalu akrab.

bila fikirkan balik, rasa sebak juga. bila ramadhan hampir menjelang , ramai yang telah pergi menghadapnya. ajal di bulan syaaban. teringatkan arwah imam ahmad sebelum ni meninggal pada 1 syaaban 1432H, dan yang baru ni meninggal pada 24 syaaban 1433H. persamaannya adalah kedua-duanya pergi dalam bulan syaaban.

semoga arwah tenang di sana. pada kita yang masih hidup ini sama-sama lah kita berusaha untuk menjadi mukmin sejati. sama-sama meninggalkan segala larangan dan lebih berusaha untuk berbuat kebaikan.

al-fatihah

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

6 pesanan kasih sayang:

  1. satu nikmat juga bagi kedua2 arwah sebab meninggal di bulan yg mulia nie kan sis.. salam takziah buat keluarga mereka dan Al-Fatihah buat kedua2 arwah moga tenang bersama maha pencipta.

    ReplyDelete
  2. yup.... betul apa yg aida katakan itu. ape pun terima kasih aida utk ucapan takziah tu. insya Allah akan akak sampaikan

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar