Followers

Tuesday, July 24, 2012

afif fikri & aiman faliq with love

saje nak tayang gambar buah hati kesayangan =) afif fikri . entri tergantung dari semalam. hari ni baru sempat nak habiskan. lama x membebel tentang anak buah mama lynn yang pelat ni. alhamdulillah afif membesar sebagai abg long yang baik. baru-baru ni ada satu peristiwa yang menunjukkan perkembangan afif.



 
mama lynn bawa afif pulang ke rumah petang sabtu lepas. ekceli untuk temankan mama dia ni balik mandi dan tukar baju. masuk-masuk je dalam rumah mama lynn dia dah bertanya "kusi mana ? " then dia masuk bilik tengah pulak , kali ni dia tanya " peti is mana ? " . dalam hati mama lynn terdetik afif ingat rupanya lokasi bagi setiap perabot dalam rumah mama lynn. memang kebetulan mama lynn ada alihkan perabot kat dalam rumah sebelum tu.

afif paling suka menyanyi. tapi yang best dalam lirik lagu-lagu dia mesti ada word "itam". siapa tak biasa sure sentap. mama lynn pernah suruh dia nyanyikan lagu untuk diri ni. nak tahu tak dia nyanyi camne ?

"mama ..mama .. mama itam, mama itam "
then bila kita cakap "apa dia"
dia reply balik "mama cantik"
bijak juga afif ni dalam menjaga hati orang. bukan mama lynn je biasa kena tetapi atuk, wan dan mummy dia pun sama. tak terasa nak marah pun, cuma lagi happy sebenarnya tengok telatah afif.  sekarang ni afif  a bit hyper. sejak dah ada adik ni afif lagi kuat merajuk. paling best dia boleh baring kat tepi mesin basuh sebab merajuk dengan atuk. kadang-kadang kesian pun ada ,tapi sebolehnya dengan budak-budak ni tak boleh la nak manja sangat. takut dia naik minyak nanti.

si kecil adik kepada afif  yang baru berusia 2 bulan 20 hari ni pulak dah pandai main air liur. berbuih-buih mulut dia.  aiman faliq ni senang sangat bila dijaga tapi kadang-kadang kuat juga meragam. kalau bersembang bukan main melayan lagi. nak berdukung selalu.

mama lynn dah biasa jaga dia macam mak-mak budak lain. mandikan ,siapkan pakai baju, bancuh susu dan tidurkan aiman. walaupun mama lynn masih tiada anak kandung tapi sebagai mak kepada 2 orang anak (zahir dan nurul diana najwa) mama lynn sudah terbiasa menjaga anak kecil. practice make perfect kan.

adore sangat ngan aiman. rasa nak ada disamping dia selalu. teringat pula masa diana kecil-kecil dahulu. mama lynn sebolehnya nak jaga dia, mandikan dia. bila ada kesempatan makanan diana pun mama lynn sediakan. mama diana alhamdulillah ok je.

afif tu dari kecil dah ada penyakit semput. so kalau bab makan ni memang kena dijaga tapi kadang-kadang langgar jugak pantang. aiman pulak alhamdulillah nampak sihat. semoga tiada masalah seperti abangnya. melihat mereka membesar di depan mata seolah-olah melihat anak sendiri membesar. sangat teruja dan menceriakan hari-hari ini.

 
p/s : lepas ni nak updated tentang puasa pertama aqeel azraei pulak.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar