Followers

Tuesday, July 31, 2012

mak rindu adik =)

baru sehari berjauhan dari permata hati hati mak dah meronta2 rindukan diana (adik). begini dalam perasaan seorang ibu rupa-rupanya. mak kena tunggu 17 hari lagi sebelum boleh pulang ke kampung untuk berhari raya dan bertemu anak dara kesayangan mak ni. bukan mak tak sayangkan abg long tetapi sejak adik ada ni, mak lagi rapat dengan adik. abg long pula sangat seronok membesar dengan hyper.

sejak ada adik, mak tak rasa hanya anak kandung sahaja yang dapat membahagiakan hati ibu. adik ada dalam hidup mak cukup memberi erti. kadang-kadang mak rasa seolah-olah adik ni anak kandung mak. mak tak mahu ada jurang antara mak dan adik. sebab sampai bila-bila pun adik tetap anak mak.

mak suka tengok rengekan manja adik. mak suka bila adik bermanja dengan mak. dalam masa yang sama mak tak mahu mama berkecil hati. mak tak mahu adik melebihkan mak dari mama. tapi mak tahu anak dara mak bijak. adik perlu ingat yang adik ada mak dan mama yang sentiasa sayangkan adik.

mak nak balik kampung cepat-cepat. nak peluk adik erat-erat. mak nak spend masa yang lebih untuk adik dan abg long. mak sayang anak-anak mak. itu janji mak pada kamu berdua. 

:: terima kasih ALLAH untuk rasa kasih-sayang ini ::


puteri penyeri hati mak , NURUL DIANA NAJWA



(adik dalam pelbagai ragam)

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

kembali blogging

alhamdulillah pagi ini setelah hampir 3 hari langsung tidak online, mama lynn berjaya juga mencuri masa sedikit untuk blogging. bukan malas untuk berblogging tetapi mama lynn bercuti di kampung untuk menghabiskan masa bersama suami dan keluarga tercinta di SEDIM . termasuk juga cuti rehat semalam. ekceli mama lynn baru sampai di shah alam pukul 5 pagi tadi. even masih dalam mood keletihan, kehadiran di tempat kerja juga perlu diutamakan. jiwa mama lynn masih berada dekat dengan suami sebenarnya. hati ini meronta-ronta tak mahu pulang ke sini tetapi memandangkan mama lynn hanya seorang kakitangan awam, kerja perlu didahulukan. bukan tidak mengutamakan suami tetapi inilah gaya hidup PJJ.

balik kampung kali ini membahagiakan seperti biasa. walau tak dapat berkepit dengan en suami 24 jam, masa yang ada sudah memadai. sekurang-kurangnya en suami dekat dengan isteri dia ni. itu yang lebih penting buat diri ni. balik kampung kali ni sempat juga singgah ke penang untuk shopping raya. keluarga besar keluar membeli belah sebenarnya. family mama lynn, family abg ipar, adik-adik ipar dan ibu mertua. mama lynn sekadar cuci mata. yang pasti di jusco @ aeon seberang perai memang best untuk shopping. mama lynn tak sempat nak shopping. perhatian mama lynn lebih kepada si kecil kesayangan hati, nurul diana najwa yang alhamdulillah kalau mak dia ni balik berkepit je kerjanya. dapat jugalah mama diana berehat. dari aeon seberang perai kami ke billion pulak. tak ingat pula di daaerah mana tapi masih di penang. mama lynn sekadar membeli selipar sahaja.

she is my lollipop , nurul diana najwa

menu berbuka di kampung juga memang sangat-sangat menarik. 1st day berbuka di kampung menu kami adalah mee sizzling (macam hot plate kat kedai tu, abg ipar mama lynn yang masak ) , ada juga menu lain seperti lauk pauk kampung . 2nd day mee kuah manis. lebih kurang mee rebus juga lah. dan semalam makan nasi berlaukkan paprik daging dan sambal tumis petai. dikurniakan family mertua yang sangat mahir memasak membuatkan mama lynn rasa seronok sangat. even lauk yang kita makan tu sekadar ikan kembung sekalipun tetapi bila ianya dimasak, masakannya sudah tentu terbaik. balik kampung mood makan pun menjadi-jadi.

tak sabar nak pulang berhari-raya pulak. alhamdulillah tiket bas pergi dan balik dah dibeli. malam tadi pun sempat mama lynn membantu ibu mertua membuat kuih samperit. mama lynn tak buat adunan pun, sekadar tolong tekankan jadi kuih. pengalaman pertama buat samperit dan dah rasa ada skill untuk buat sendiri.

beraya tahun ni sekali lagi di kampung en suami. sukar sangat nak buat keputusan beraya di samping keluarga suami atau keluarga sendiri. mama lynn takut ianya mengecewakan mak mama lynn tetapi bila sudah bergelar isteri, hal-hal sebegini perlu ditangani dengan baik. hati kedua-dua keluarga perlu dijaga. insya Allah raya ke-empat mama lynn akan beraya bersama keluarga di kapar pula.

terlebih panjang pulak entri kali ni. tak mahu korang bosan dengan cerita peribadi mama lynn selalu. heheh =) selamat berpuasa semua.

 
p/s : 5 hari tidak berterawih, malam esk insya Allah akan berterawih semula.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Thursday, July 26, 2012

prelaunchX Invitation

prelaunchX Invitation: You're invited to join prelaunchX
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

spontaeous thursday 21


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

bonus 1/2 bulan gaji

alhamdulillah , rezeki raya , malam tadi tak sempat nak tengok berita. pagi ni on the way g kerja sempat dengar berita @ era.fm. bonus hari raya sebanyak 1/2 bulan gaji. bersyukur apa adanya. ok lah kan dari tak dapat langsung.

kalau ikutkan tarikh bayaran bonus tersebut adalah 9 ogos 2012. gaji bulan ogos pun diawalkan kepada 13 ogos 2012. urmm bahaya jugak kalau gaji awal kan. kena asingkan awal-awal sementara nak tungu gaji bulan september nanti. jangan lupa eh, kakitangan awam gaji bulan september nanti adalah pada 25 september 2012. ada perbezaan 43 hari tu. kalau silap belanja nampak gaya kena makan mee segera je nanti. berjimat cermat ok. even nak sambut raya sekalipun, ala kadar pun cukup. elakkan pembaziran.

" Pengumuman Bonus Raya 2012 : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bonus setengah bulan gaji dgn bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan bayaran khas RM500 untuk pesara kerajaan yang dibayar pada 9 0gos ini. – BERNAMA. "

klik pada gambar untuk LEBIH JELAS


jangan kita sibuk sangat nak kira bonus sampai lupa ibadah puasa. terawih tu kalau ada kesempatan jangan dilepaskan. mama lynn alhamdulillah tak tinggal lagi. cuma mungkin esok hingga ahad tak dapat berterawih kerana pulang ke SEDIM. sepanjang 3 tahun berumahtangga ni tak pernah jejak lagi masjid kat SEDIM tu. suasana kampung ngan pekan lain sikit. nak kuar malam pun takut-takut jugak.

p/s : senyum sorang-sorang pagi2 ni tapi bila teringat hutang... hehehe kena jimat ni .
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, July 25, 2012

result exam SPA

AZLINA BINTI KAMARULZAMAN
Angka Giliran : 0402056
No. KP :_____________

Tuan/Puan,
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM PENOLONG AKAUNTAN GRED W27

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Keputusan peperiksaan yang telah Tuan/Puan hadiri bagi jawatan yang tersebut di atas adalah seperti berikut:


Jawatan : PENOLONG AKAUNTAN GRED W27
Keputusan Peperiksaan : Anda GAGAL ujian yang telah diadakan pada 23/06/2012

3. Keputusan muktamad adalah berdasarkan kepada surat pemberitahuan rasmi yang akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.


Sekian,terima kasih.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'
'BERSAMA MENGGALAS TRANSFORMASI'

Urus Setia Bahagian Peperiksaan
b.p Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Aras 6-10, Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentradbiran Kerajaan Persekutuan,
62520 PUTRAJAYA.
Tel : 603 8885 6000
Faks : 603 8888 5042

(Emel ini adalah cetakan berkomputer, tidak memerlukan tandatangan dan tidak perlu dibalas)


www.spa.gov.my
Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada e-mel ini
p/s : nak senyum or nak nangis guling-guling. mungkin belum ada rezeki mama lynn kot

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tips Supaya Mudah Bangun Sahur

Korang sahur tak hari ni ? Mesti ada yang terlajak tidur sampai tak terbangun masa sahur tadi kan. Mama lynn nak kongsikan beberapa tips untuk kegunaan anda yang menghadapi masalah selalu terlepas waktu sahur :


1) Disiplinkan waktu tidur kamu. Sekiranya kamu tidur lewat, badan kamu akan terasa letih dan tidak bermaya. Jadi sukar untuk kamu bangun awal. Oleh itu, pastikan tempoh tidur kamu mencukupi agar badan kamu terasa segar.

2) Amalkan mengunci jam loceng awal setengah jam daripada waktu bersahur. Takut-takut manalah tahu, kamu tertidur semula.  Jika kamu tersedar, kamu tidak perlu risau kerana kamu masih mempunyai waktu yang selebihnya.

3) Cuba elakkan daripada terlebih aktif di siang hari kerana, apabila badan mengambil masa yang lama untuk untuk ''recharge'' semula badan kamu di
waktu malam. Ia akan menyebabkan kamu sukar untuk bangun sahur.

4) Jangan bergantung pada satu jam loceng kunci jam di telefon bimbit kamu juga. Bak kata orang ada ‘backup plan’. Ataupun, cuba kamu kuncikan beberapa jam loceng yang ada dan pastikan setiap jam yang di kunci itu bezanya 5 minit. Kamu akan dapat hasilnya.

5) Sebelum tidur, elakkan daripada makan makanan yang terlalu mengenyangkan perut. Maklumlah, tidur dalam keadaan yang terlalu kenyang nikmat rasanya. Takut-takut pula terlajak waktu.

6) Pasang niat untuk bangun bersahur pada masa yang ditetapkan. Selalunya jika kamu berniat pada waktu malam, insyAllah, kamu akan terjaga dengan  sendirinya nanti.

7) Minta bantuan ahli keluarga kamu untuk mengejutkan kamu juga. Jadi tidaklah kamu terlepas untuk bersahur.

8) Elakkan tidur berselimut. Kerana, ia akan membuatkan kamu selesa di tempat tidur dan terlena dibuai mimpi.-
SUMBER

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Debat Bertudung vs Tidak Bertudung

Seorang awek yang tak bertudung bernama Lia post status pasal isu bertudung kat Facebook. Status yang dia tulis "huh....sume yang tutup aurat tu dah konpem masuk syurga ke?" banyak dapat komen dan like dari kawan yang sebijik macam dia..Tetiba, ada sorang muslimah ne, namanya Suri balas komen Lia tu.




Suri : Yang pasti tak tutup aurat konpem masuk neraka :)

Lia : Ala....tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak mengumpat orang sana sini.

Suri : Bila iblis tak mahu mengikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, maka dia menyalahkan perintah Allah itu..Katanya "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia..."Samalah dengan tudung, tudung yang disalahkan,"pakai tudung tak semestinya baik..bla..bla..bla..."

Lia : Macam kau tu bagus sangat nak tegur aku..ntah-ntah kau dulu lagi jahat.

Suri : Tidak ada larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu satu tuntutan. Selagi awak islam dakwah itu wajib..At least, orang yang kita dakwah tu insaf dan bertaubat :)

Lia : Weh pompuan...kau ingat aku jahil sangat ke?? Aku walaupun tak bertudung tapi hati baik!

Suri : Adakah awak mendakwa diri tu mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi yang kononnya mampu menjamin maruah awak tanpa perlu menutup aurat?

Lia : Pakai ketat ke, jarang ke..itu hak aku. Kalau tak suka tak payah tengok ok!

Suri : Awak berani jamin ke yang sume lelaki ajnabi mempunyai hati yang suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan dan nafsu?

Lia : Aku rasa aku tak pakai seksi pun. Terpulanglah pada orang yg melihat...so what??

Suri : Seksi atau tidak...hukumnya tetap berdosa walaupun menayangkan sehelai rambut :)

Lia : Ala...tak bertudung pun, aku solat dan puasa macam kau jugak.

Suri : Awak yakin ibadat tu diterima? Awak yakin dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin masuk syurga?

Lia : Suka hati aku la nak pakai macam mana pun. Aku tak susah pun hidup orang lain.......

Suri : Awak sebenarnya dah susahkan bapa,abang,adik dan suami dengan menarik mereka ke neraka bersama awak kerana mereka tidak menegur dan mendidik anda.

Lia : Apa yang aku pakai....ne antara aku dengan Tuhan.

Suri : Kat dunia berani la cakap. Berani kat depan Allah nanti cakap macam tu? Lawan perintah Allah neraka tempatnya..

Lia : Bukan aku tak nak tutup aurat....cuma masih belum sampai seru lagi.

Suri : Mati tak kenal usia. Tak takut ke mati usia muda. Nanti tak sempat nak bertaubat.

Lia : Relak la...perubahan bukan boleh buat terus...kena la slow-slow.

Suri : Boleh ke cakap dekat Malaikat Izrail suruh tunggu kejap? Lepak la dulu...jangan ambil nyawa aku lagi..boleh??

Lia : Tutup aurat tu bagus tapi tak nak la hipokrit bila buat tak ikhlas...

Suri : Kalau begitu, awak sememangnya hipokrit kerana tak ikhlas beragama islam.

Lia : =.=" ok baiiiiii......................................

Suri : Sekadar renungan kita bersama :) -SUMBER

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Doa Yang jarang Ditolak Oleh Allah SWT


Terdapat beberapa waktu berdasarkan beberapa riwayat di mana doa kita jarang ditolak oleh Allah. Antaranya :
Doa Ketika Hujan Lebat
Rasulullah bersabda : "Dua doa yang tidak pernah ditolak iaitu doa ketika waktu azan dan doa ketika waktu hujan". Hujan membawa rahmat kepada manusia dan kehidupan lain. Manusia perlukan air untuk diminum dan tumbuhan perlukannya untuk tumbesaran. Imam Nawawi memberitahu doa pada waktu ini jarang ditolak kerana turunnya rahmat terutama curahan hujan pertama di awal musim.

Doa Ketika Mendirikan Solat Fardu
Sabda Rasulullah ini menggambarkan afdalnya berdoa saat ini : "Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun." (Riwayat Abu Daud)

Doa Apabila Bilal Selesai Azan
Kita sepatutnya melazimi diri berdoa pada waktu ini sementara menunggu iqamat yang akan diucapkan oleh bilal. Dengan demikian, doa kita tidak akan ditolak oleh Allah berdasarkan apa yang disebut oleh Rasulullah. Baginda bersabda : "Doa tidak akan ditolak di antara azan dan iqamat." (Riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi)

Doa Ketika Sujud
Rasulullah bersabda : "Seorang hamba paling hampir kepada Tuhannya adalah ketika dia sujud, maka kamu perbanyakkanlah doa." (Riwayat Muslim An-Nasa'i, Abu Daud dan Ahmad). Ketika bersujud kepada Allah, dahi kita mencecah lantai, maka Rasulullah memberi tunjuk ajar kepada kita supaya memperbanyakkan berdoa kerana waktu ini kita terlalu hampir dengan Allah.- SUMBER

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

5 bandar terbusuk di dunia

Menurut laman web Skyscanner.com seperti yang dilaporkan Courier Mail, terdapat 5 bandar di dunia yang mempunyai aroma yang kurang menyenangkan. Walaubagaimanapun, bandar-bandar tersebut masih lagi menjadi destinasi pilihan dan tumpuan masyarakat dunia.

1. Cancun, Mexico
senarai, bandar terbusuk, negara, di dunia, informasi, ketahui. senarai, kotor, udara, awam bau busuk, segar, nyaman, laman web, destinasi pilihan, masyarakat dunia, aroma, kurang menyenangkan


Cancun terkenal dalam kalangan pelancong asing kerana keindahan pantainya. Selain itu, Cancun juga popular kerana baunya yang kurang menyenangkan. Kononnya, bau itu datang dari parit bawah tanah yang terletak dalam kawasan hotel-hotel mewah.

2. Venice, Itali
senarai, bandar terbusuk, negara, di dunia, informasi, ketahui. senarai, kotor, udara, awam bau busuk, segar, nyaman, laman web, destinasi pilihan, masyarakat dunia, aroma, kurang menyenangkan
Kota ini sentiasa menjadi destinasi pilihan berbulan madu kerana ia memang terkenal di seluruh dunia sebagai kota romantis. Tetapi menjelang musim panas, aroma 'aneh' yang menyengat pastinya akan mengganggu bulan madu pelancong kerana pada masa itu pekerja pembersih sampah ditugaskan untuk membuang segala kekotoran ke dalam saluran.


3. Rotorua, New Zealand
senarai, bandar terbusuk, negara, di dunia, informasi, ketahui. senarai, kotor, udara, awam bau busuk, segar, nyaman, laman web, destinasi pilihan, masyarakat dunia, aroma, kurang menyenangkan


Rotorua terkenal dengan kolam air panas semulajadinya. Namun, para pelancong mungkin akan terganggu dengan bau seakan-akan telur busuk yang berpunca daripada pembebasan gas hydrogen sulphide. Tidak hairanlah kenapa tempat ini juga dipanggil "Kota Sulphur".


4. St. Helen Auckland, Durham
senarai, bandar terbusuk, negara, di dunia, informasi, ketahui. senarai, kotor, udara, awam bau busuk, segar, nyaman, laman web, destinasi pilihan, masyarakat dunia, aroma, kurang menyenangkan


Tempat ini mungkin bukan pilihan yang tepat sekiranya anda mahukan destinasi pelancongan yang mempunyai udara yang segar dan nyaman. Ini kerana terdapat ladang bawang yang sangat luas di tempat ini. Beberapa pengunjung mendakwa mereka tidak sanggup membuka tingkap bilik kerana bau bawang dari ladang tersebut sangat kuat.


5. Cote-'or, Perancis
senarai, bandar terbusuk, negara, di dunia, informasi, ketahui. senarai, kotor, udara, awam bau busuk, segar, nyaman, laman web, destinasi pilihan, masyarakat dunia, aroma, kurang menyenangkan


Udara di daerah selatan Perancis ini kurang menyenangkan dan bau itu berpunca dari kilang mmbuat keju The Epoisses de Bourgogne. Keju tersebut memang terkenal memiliki bau yang busuk sehingga ia dilarang dibawa dalam pengangkutan awam. -SUMBER

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

menu buka puasa & sahur

masuk puasa ketiga baru mama lynn berkesempatan menyediakan lauk-pauk untuk berbuka. 2 hari sebelum tu kakak dan mak mama lynn yang ke dapur. untuk hari isnin lepas mama lynn sempat masak ayam masak kurma dan sayur bayam bening. 2 menu sahaja , yang lain semuanya di beli oleh mak, abah dan cousin mama lynn yang kebetulan datang berbuka sekali.

isnin lepas menu berbuka memang meriah. mama lynn sempat juga menapau kari daging di jualan ramadhan di wisma mbsa ni. cousin mama lynn tapau ayam golek dan murtabak (seyes terangkat giler murtabak ni, beli kat rantau panjang,klang) . abah ngan kuih pulut panggang, tepung pelita, roti jala dan 3-4 jenis kuih lagi. mak pula dengan kuih kegemarannya kole kacang dan talam keladi. meriah kuih muih je ni. sampai semalam ada lagi kuih yang tak habis dimakan. bukan tamak tapi bila kat rumah dah ramai orang, tak terancang nak beli apa. mujur juga mama lynn kurang gemar ke bazaar ramadhan. kalau tak harus bertambah-tambah menu yang ada.

menu buka puasa kelmarin (isnin)

semalam mood rajin nak masak tu masih ada lagi. dari ofis mama lynn da plan nak masak apa. so balik kerja terus ke dapur menyediakan juadah berbuka. mama lynn masak asam pedas ikan cencaru dan ayam goreng kunyit. simple dan senang untuk disediakan. juadah lain kuih muih 3-4 jenis. kali ni abah memborong lagi tapi kurang lah sedikit dari isnin lepas. yang jadi kelakarnya abah mama lynn pesan kat adik (myra) beli tapai ubi. the end abah beli 2 bungkus, myra beli 2 bungkus. supaya tak membazir abah bagi kat kawannya sebungkus.

asam pedas ikan cencaru

ayam goreng kunyit (dalam gambar x nampak kuning lak)

lepas solat terawih semalam mama lynn hantar adik mama lynn yang lagi sorang ni g kerja malam (fyza). sempat la singgah kat mc'd klang sentral. dari kat ofis nak plan untuk tapau chicken foldover. tak pernah makan sebenarnya. kebetulan ada promosi "buy 1 free 1" . saja tapau untuk bersahur. rm9.10 (termasuk tax) untuk 2 chicken foldover. kira murah jugak la. rm 4.60 untuk 1.

sahur tadi ngan nasi putih berlaukkan serunding daging ngan sambal tempe kering, then makan chicken foldover separuh. insya Allah cukup tenaga sampai ke petang nanti. baru 2 malam mama lynn bersahur makan nasi. kalau tidak sekadar kurma dan air kosong.

bu 1 free 1 (till 25hb 7 - hari ni)
cerita tentang makan , semua orang pun bulan puasa ni sure makan sedap-sedap je time berbuka. macam mana sekalipun jangan sampai kita terlebih-lebih atau membazir. ingatlah ada lagi insan yang tak cukup makanan di luar sana. membazir tu amalan syaitan kan =)  

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

wordless wednesday 23



p/s : ready to wear (baju kerja)
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, July 24, 2012

Kadar Zakat Fitrah Mengikut Negeri 1433H

berzakat fitrah la anda selagi ramadhan ada dengan kita =)

Kadar bayaran zakat fitrah berbeza mengikut negeri. Berikut ialah senarai Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2012 ( 1433 H) mengikut negeri di Malaysia.
  • Perlis - RM 6.00
  • Kedah - RM 7.00
  • Pulau Pinang - RM 7.00
  • Perak - RM 7.00
  • Selangor - RM 7.00
  • Negeri Sembilan - RM 6.50
  • Melaka - RM 6.50
  • Johor - RM 5.00 / RM 8.00
  • Pahang - RM 7.00
  • Terengganu - RM 4.50 / RM 7.00 / RM 7.60
  • Kelantan - RM 7.00
  • Sarawak - RM 6.50
  • Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan) - RM 7.00
p/s : en suami kena bayar ikut negeri KEDAH la untuk mama lynn , RM 7.00 (sama je ngan kadar negeri selangor)
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

afif fikri & aiman faliq with love

saje nak tayang gambar buah hati kesayangan =) afif fikri . entri tergantung dari semalam. hari ni baru sempat nak habiskan. lama x membebel tentang anak buah mama lynn yang pelat ni. alhamdulillah afif membesar sebagai abg long yang baik. baru-baru ni ada satu peristiwa yang menunjukkan perkembangan afif.



 
mama lynn bawa afif pulang ke rumah petang sabtu lepas. ekceli untuk temankan mama dia ni balik mandi dan tukar baju. masuk-masuk je dalam rumah mama lynn dia dah bertanya "kusi mana ? " then dia masuk bilik tengah pulak , kali ni dia tanya " peti is mana ? " . dalam hati mama lynn terdetik afif ingat rupanya lokasi bagi setiap perabot dalam rumah mama lynn. memang kebetulan mama lynn ada alihkan perabot kat dalam rumah sebelum tu.

afif paling suka menyanyi. tapi yang best dalam lirik lagu-lagu dia mesti ada word "itam". siapa tak biasa sure sentap. mama lynn pernah suruh dia nyanyikan lagu untuk diri ni. nak tahu tak dia nyanyi camne ?

"mama ..mama .. mama itam, mama itam "
then bila kita cakap "apa dia"
dia reply balik "mama cantik"
bijak juga afif ni dalam menjaga hati orang. bukan mama lynn je biasa kena tetapi atuk, wan dan mummy dia pun sama. tak terasa nak marah pun, cuma lagi happy sebenarnya tengok telatah afif.  sekarang ni afif  a bit hyper. sejak dah ada adik ni afif lagi kuat merajuk. paling best dia boleh baring kat tepi mesin basuh sebab merajuk dengan atuk. kadang-kadang kesian pun ada ,tapi sebolehnya dengan budak-budak ni tak boleh la nak manja sangat. takut dia naik minyak nanti.

si kecil adik kepada afif  yang baru berusia 2 bulan 20 hari ni pulak dah pandai main air liur. berbuih-buih mulut dia.  aiman faliq ni senang sangat bila dijaga tapi kadang-kadang kuat juga meragam. kalau bersembang bukan main melayan lagi. nak berdukung selalu.

mama lynn dah biasa jaga dia macam mak-mak budak lain. mandikan ,siapkan pakai baju, bancuh susu dan tidurkan aiman. walaupun mama lynn masih tiada anak kandung tapi sebagai mak kepada 2 orang anak (zahir dan nurul diana najwa) mama lynn sudah terbiasa menjaga anak kecil. practice make perfect kan.

adore sangat ngan aiman. rasa nak ada disamping dia selalu. teringat pula masa diana kecil-kecil dahulu. mama lynn sebolehnya nak jaga dia, mandikan dia. bila ada kesempatan makanan diana pun mama lynn sediakan. mama diana alhamdulillah ok je.

afif tu dari kecil dah ada penyakit semput. so kalau bab makan ni memang kena dijaga tapi kadang-kadang langgar jugak pantang. aiman pulak alhamdulillah nampak sihat. semoga tiada masalah seperti abangnya. melihat mereka membesar di depan mata seolah-olah melihat anak sendiri membesar. sangat teruja dan menceriakan hari-hari ini.

 
p/s : lepas ni nak updated tentang puasa pertama aqeel azraei pulak.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Monday, July 23, 2012

tiket bas balik RAYA


 
bukan niat mama lynn tayang tiket bas ni sebab nak eksen ngan kawan2 blogger tapi cuba nak bagitahu yang tiket bas untuk hari raya sedang rancak dijual. takut-takut kalau korang datang last minute tiket pun habis. musim perayaan ni takde istilah booking. macam bas ERA MESRA yang mama lynn naik tiap-tiap bulan ni dia akan realease tiket yang korang booking once dah tamat waktu untuk menuntutnya di kaunter.

dulu sistem di kaunter tiket bagi bas ERA MESRA di klang sentral mengamalkan sistem manual. so bila pelanggan datang nak beli tiket bas , just rekod kat lejer then tulis atas tiket yang ready made dalam bentuk buku (macam buku resit tu). sekarang bila dah ada sistem berkomputer tiket bas kelihatan lebih kemas dan cantik tetapi waktu menunggu turn membeli jadi sedikit lama. manakan tidak, terkial-kial staff kaunter tu nak key in tarikh, masa dan lokasi. mungkin masih baru lagi membuatkan dia pun kurang arif lagi.

harga tiket bas juga dinaikkan sebanyak rm3-rm4 ringgit. mama lynn beli 2 tiket untuk pulang ke kampung jumaat ni dah untuk berhari raya. untuk tiket hari raya mama lynn kena charge rm41 manakala tiket untuk balik minggu ni rm38. selepas diskaun untuk satu tiket (bawak tiket lama) cuma perlu bayar rm76 sahaja.

pada yang comfirm kena naik pengangkutan awam untuk pulang ke kampung, jangan tunggu hingga ke saat akhir. kalau tidak anda yang akan menanggung sengsara beraya sendirian di perantauan. pada yang drive kenderaan sendiri , dari sekarang dah kena standby duit minyak, tol dan duit untuk perbelanjaan kecemasan. manalah tahu tayar kereta pancit ke, kereta buat hal tengah jalan. yang pasti servis kereta korang jugak.


 
p/s : tak sabar nak balik kulim jumaat ni. nak sambut bulan ramadhan bersama suami tercinta pulak. =) semoga berkah ramadhan ini memberikan kerukunan dalam kehidupan kami sehari-hari.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

ramadhan 1433H

alhamdulillah masuk hari ni dah 3 hari kita semua berpuasa. bersyukur juga opening puasa tahun ni mama lynn tak kena cuti bulanan untuk orang perempuan. dalam hati ni berharap sangat-sangat agar tahun ni dapat berpuasa penuh. rasa macam nak ambil ubat kat doktor pun ada tapi boleh ke buat macam tu ?

pada yang perasan, dah lama mama lynn tidak bersegmen. kenapa dan mengapa ? buat masa ini mama lynn tidak berkesempatan untuk bersegmen dan ber"GA". perasaan MALAS untuk bersegmen juga agak menebal. cukuplah rasanya dengan tulisan dari hati ini yang menjadi peneman anda semua di sini.

bercerita tentang ramadhan yang paling mama lynn nantikan solat tarawih. buat masa ni mama lynn belum tinggal lagi (baru 3 malam pun) . rasa nak pergi surau hari-hari untuk berjemaah solat isyak dan solat sunat tarawih. alhamdulillah jemaah di taman sri kerayong (surau kat rumah mama lynn) agak meriah. kaum hawa pun ramai. tahun ini kami berjemaah di surau baru. teringat pulak tahun lepas bersesak-sesak di dalam surau sementara kerana surau asal dirobohkan untuk dibina semula. surau baru ni sangat selesa, masuk-masuk je dah terasa kesejukan penyaman udaranya  tetapi bila jemaah dah penuh kena juga lah buka kipas.

hari pertama ramadhan kami dapat berkumpul adik-beradik. semuanya ada sekali cuma en suami je yang tak ada sama. menu berbuka pun alhamdulillah tidak lah terlalu mewah dan membazir. cukup dengan apa yang ada. yang penting dapat berbuka puasa bersama-sama keluarga. bulan ramadhan ni barulah betul-betul dapat berkumpul makan bersama. kalau tidak jarang-jarang sekali dapat luangkan masa sebegini.

"puasa kali ini jom kita lipat gandakan amalan. jom sama-sama tambah pahala dan yang paling penting jom sama-sama hindari larangan Nya. mungkin permulaan kebaikan di bulan ramadhan ini dapat diterapkan untuk kita amalkan selalu. insya Allah."

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Friday, July 20, 2012

rezeki murah =)

dis week mama lynn rasa rezeki mama lynn murah sangat-sangat. bersyukur sangat kepada Nya. bukan dapat bonus dapat durian runtuh atau ditaja tetapi murah rezeki dalam soal makan. ramai insan-insan disekeliling mama lynn bermurah hati.

minggu ni rasanya hari-hari dapat makan free. even mama lynn ada juga berbelanja tetapi still ada rezeki luar datang. terima kasih kepada semua insan yang bermurah hati pada saya. semoga Allah s.w.t melimpahkan rezeki pada kalian.

isnin mama lynn sedikit sibuk menguruskan adik mama lynn yang baru masuk bekerja, makan pun lambat. petang tu sebelum balik kerja, mama lynn di taja dengan set mc chicken (MC'D). yang ini tajaan pujukan . nak kata menge "POW" pun tak juga cos kawan mama lynn ni ikhlas orangnya. mama lynn sekadar makan sundance coklat ngan fries je cos perut ni masih kekenyangan kerna tgh tu mama lynn dengan fida sempat lunch di KFC.

 
otw ambil adik kat sek U5, sempat makan sundance choc yg ditaja oleh AZAM

selasa kuar lunch kat sek 17 ngan kakak mama lynn. sebelum itu sibuk dengan urusan keluarga (selesaikan bayaran income tax ibunda) di waktu makan tengahari. tak tahu nak makan kat mana sebenarnya so dah kebetulan ada kerja di sek 17, mama lynn ajak kakak makan kat situ je.

rabu pulak mama lynn dah tapau nasi lemak ayam pagi-pagi. dah ada makanan pun orang still bagi makan lagi. kakak mama lynn tapaukan kuew tiaw goreng. kawan dia pulak tapaukan cucur udang, sambal ikan bilik dan kuih muih untuk mama lynn. bukan mama lynn yang makan sorang ok !!! share ngan kawan-kawan sekerja juga. tengahari pula kami makan lagi, macam-macam juadah tersedia di majlis perpisahan 2 orang rakan sekerja. wahhh sedap je ada yang mengata mama lynn tak berhenti makan. SENTAP !!! sekejap tapi kalau dah menunya sate makan dan makan je la.

habis jugak eh =)

kak ida (tudung merah) gud luck  ** muka sy makin membolat

en murat , semoga berjaya di dalam business

 
khamis a.k.a semalam sekali lagi makan KFC. outing bersama fida,kak ct, shukri dan naqi. shukri yang belanja kami. dia ni dah macam adik mama lynn tau. mula-mula plan nak makan PIZZA HUT tetapi memandangkan pelanggan yang ramai dan terpaksa menunggu lama kami ambil keputusan untuk makan KFC je.

kawan2 sekerja mama lynn

en shukri , insan yang menaja kami


menu pilihan (burger tu naqi punya)

hari ni ada sesi makan-makan menyambut ramadhan di pejabat. mama lynn bawak apa je ? hehe mama lynn tak masak ape-ape pun sekadar buatkan air teh o je. menu pagi ni sangat menarik. macam-macam ada.

syukur pada Mu ya Allah di atas limpahan rezeki Mu ini. makan ni salah satu punca rezeki juga. kalau orang selalu belanja kita, sesekali belanja la balik diorang. biar sama-sama balance =) . esok dah start puasa so untuk sebulan ni dah takde sesi makan-makan di waktu bekerja.

p/s : selamat berpuasa kepada semua umat ISLAM.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Thursday, July 19, 2012

dayus



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

selamat datang ramadhan



mesti semua dah tengok penyampai mohor raja-raja dah selamat pun buat pengunguman permulaan puasa tahun ini. kredit utk TRIVIA NETWORK yang sempat kongsikan gambar ini di dalam facebook. 

sudahkah anda bersedia bertemu sekali lagi dengan bulan ramadhan. untuk diri ini, mama lynn bersedia sepenuhnya, insya Allah. moga mama lynn mampu menunaikan ibadah puasa dan tarawih pada tahun ini  dengan sempurna. 

bulan puasa ini kalau boleh nak letak tepi segala masalah duniawi. fokus mama lynn hanyalah kosentrasi dalam ibadah. tak mahu ibadah puasa kali ini terganggu dengan emosi-emosi yang kurang stabil. moga-moga semua pun begitu.


pada yang lupa-lupa niat puasa tu, kat atas ni mama lynn ada kongsikan sekali. teruja sangat-sangat bertemu ramadhan.

"salam ramadhan buat semua umat ISLAM "


p/s : banyakkan ibadah di bulan mulia, jauhi larangan Nya =)
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

spontaneous thursday 20

"Problems are like cockroaches; the more you run away from them, the more they run after you" - S. Anna Joe

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, July 18, 2012

nak sihat selalu

tak banyak cerita baru yang dapat mama lynn kongsikan di blog akhir-akhir ini. rutin harian mama lynn di hari bekerja agak meletihkan. tambah-tambah akhir-akhir ni selepas waktu bekerja ada sahaja aktiviti lain yang tidak dirancang. mama lynn dah macam driver rasmi keluarga. =) ape pun still rasa enjoy walau kejauhan dari yang tercinta. sekurang-kurangnya masa diri ini terisi.

last week mama lynn cuma bekerja selama 3 hari sahaja. 2 hari lagi mama lynn dapat cuti sakit (MC) . itu pun kerna lately tapak kaki mama lynn selalu sakit-sakit. doktor dah terangkan puncanya, kurang kalsium + kaki tak dapat nak menampung berat badan ni. serious bila doktor cakap macam tu terdetik dalam hati "gemuk sangatkah aku ni" . tapi bila difikirkan logik, kaki mama lynn agak kecil berbanding dengan bahagian atas tubuh badan. dengan ketinggian 154 @ 155 cm, memang la rasa keMETOT je diri ni.

sekarang ni mama lynn dapat suggestion dari doktor untuk mengambil kalsium. tu pun dalam bentuk pil. mama lynn juga ada bertanya bolehkah mama lynn replace dengan susu tetapi doktor menerangkan pengambilan susu menyebabkan berat tubuh badan kita cepat naik. takut pulak dengar macam tu.

program diet hanya tinggal angan-angan kosong. sedih bila tak mampu nak berdiet seperti yang dirancangkan. tak tahu la nafsu apa yang ada dalam diri ini. mama lynn ni pulak, bila stress makan cukup berselera. rasanya bulan ramadhan inilah masa yang terbaik untuk mengawal kembali berat badan.


muka mak budak dah GEMUK

dalam usia yang dahpun mencapai 29 tahun 3 hari ini, mama lynn mahu sentiasa sihat dan jauh dari sebarang penyakit. tak mahu bila umur mencapai 40 tahun, stamina pun dah tak ada. jujurnya , menjaga  KESIHATAN adalah sangat penting buat semua. memang la sekarang kita tidak mendapat sebarang penyakit tetapi di masa hadapan siapa yang dapat menduga. yang penting mencegah lebih baik dari merawat.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

wordless wednesday 22




"happy 3rd anniversary"  abang. luv u so much.
semoga ikatan perkahwinan kita kekal hingga ke akhir hayat =)

p/s : rabu kali ni tak bisu

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Monday, July 16, 2012

shopping raya

tajuk entri memang ala-ala eksen. hahaha xde makna nak shopping raya. tapi semalam sempena hari lahir mama lynn yang ke 29 tahun sempat jugak keluar outing ngan ibunda dan 2 orang adik mama lynn (fyza & myra). maklum sahaja en suami kat kedah , so wife dia kat sini memang superb la berjalan ngan family. adik mama lynn yang bongsu tak join sama cos dia masuk kerja petang.

keluar rumah pun dah agak lewat. lebih kurang pukul 5 petang baru bertolak ke shah alam dari kapar. destinasi pertama MYDIN di seksyen 18. mak mama lynn nak beli barang keperluan harian dan sedikit barang dapur. maklum sahaja, sabtu ni da start puasa so biarlah stok kat dapur tu ada, pasni tak lah pening kepala. kat MYDIN shopping barang rumah memang best. dapat la mengawal bajet sedikit dan takdelah terover dalam berbelanja.

siap membeli keperluan rumah aktiviti shooping baju raya mula berjalan. kami sekadar ke alam sentral sahaja. dapat la wan (mak mama lynn) both afif ngan aiman ni membelikan cucu dia baju. sorang sepasang dan untuk aiman extra sedikit ngan sarung kaki dan tangan baby. sangat sweet je tengok baju budak-budak. kami yang dah dewasa ni pula dapat la shopping masing-masing untuk 2 pasang baju kurung. NAGOYA kat alam sentral ni memang banyak sangat pilihan kain pasang yang cantik-cantik. ape pun yang paling best sepasang baju mama lynn di taja oleh ibunda tercinta. terima kasih MAK.....

 2 hari lagi genap 3 tahun perkahwinan kami (syg syg abg sgt2)

kesian abah yang tak join sama. kami sampai rumah lebih kurang pukul 11 malam. tu pun siap singgah makan kat padang jawa (pernah makan ngan en suami kat sini). kali ni adik mama lynn, fyza yang belanja. gaji pertama lah katakan. thank kakak.

mujur la ada orang masih menerima tempahan baju kurung untuk raya ni. mama lynn awal-awal dah siapkan baju contoh untuk digunakan. semangat pulak nak beraya. sangat kebudak-budakan mak budak sorang ni.


p/s : baju raya untuk anak dara kat kg dah ada 2 pasang. cik abang dia je yang belum belikan lagi. insya Allah nanti mak belikan eh abg long.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Sunday, July 15, 2012

al-fatihah

semalam sewaktu menghadiri majlis tahlil di rumah ibu saudara, mama lynn menerima berita tentang kematian isteri imam masjid pekan kapar. takziah buat seluruh keluarga imam ahmad bin sakimin di atas pemergian arwah isteri beliau petang semalam. untuk pengetahuan semua imam ahmad adalah merupakan bekas jiran tetangga mama lynn. dia juga merupakan imam yang telah menyatukan mama lynn dan suami tercinta.

arwah merupakan isteri baru imam ahmad di mana mereka berdua baru tak sampai setahun menjadi suami-isteri. arwah isteri imam ahmad sebelum ini meninggal dunia beberapa bulan sebelum perkahwinan baru imam ahmad akibat dari komplikasi penyakit. anak bongsu pasangan merupakan kawan sekolah mama lynn tetapi kami tidaklah terlalu akrab.

bila fikirkan balik, rasa sebak juga. bila ramadhan hampir menjelang , ramai yang telah pergi menghadapnya. ajal di bulan syaaban. teringatkan arwah imam ahmad sebelum ni meninggal pada 1 syaaban 1432H, dan yang baru ni meninggal pada 24 syaaban 1433H. persamaannya adalah kedua-duanya pergi dalam bulan syaaban.

semoga arwah tenang di sana. pada kita yang masih hidup ini sama-sama lah kita berusaha untuk menjadi mukmin sejati. sama-sama meninggalkan segala larangan dan lebih berusaha untuk berbuat kebaikan.

al-fatihah

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Friday, July 13, 2012

gambar-gambar konvo cik fyza

seperti yang dijanjikan kali ni mama lynn nak kongsikan gambar-gambar di sekitar majlis konvokesyen adik mama lynn, filzah a.k.a fyza yang berlangsung pada 12 julai 2012 yang lepas bertempat di seri negeri, ayer keroh melaka. 2 hari berkampung di melaka yang sangat enjoy (haha ye la sangat). 


mama lynn & abah tercinta 

me =) pn aj a.k.a mama lynn

bersama kawan adikku, intan

congrats both of you, mona & fyza

fyza ngan mak abah

my lil sis, amik mood nak konvo

family pic

tukar plak, mama lynn lak enterprame

senyum happy

candid la sangat

tak dapat masuk dalam dewan, snap kat tv je la

lepas konvo, makan time @ masjid tanah



p/s : hari konvo tu sebenarnya sama ngan tarikh birthday mak mama lynn. kira hadiah hari jadi la jugak. mama lynn tak bagi adiah lagi cos tengah bulan. poket pun nan hadoo...


"happy birthday mak "

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

bila myra berkorban

pengorbanan terbesar adik mama lynn  sorang ni (myra) adalah melepaskan pelajaran demi kerjaya. ini adalah kali kedua adik kedua bongsu mama lynn berkorban. pertama kali sewaktu mengambil diploma dalam bidang farmasi. dah habis satu semester pun, pointer pun agak baik. cuma bila dapat tawaran dari kolej universiti islam melaka (KUIM), dia mohon berhenti atas sebab bila fikirkan kolej yang dia belajar tu diragui diplomanya.


mama lynn & myra , thanks adik

kali ni dah masuk semester 4 pun dia terpaksa memohon menangguhkan pengajian dalam bidang diploma pengajian islam. itu pun kerana mendapat tawaran sebagai pembantu tadbir (p/o) di SUK,negeri selangor. mak kami memang sangat teruja bila anak-anak dapat kerja dengan kerajaan. buat masa ini, urusan penangguhan semester masih belum selesai lagi. apa yang myra putuskan telah difikirkan semasaknya. takut sekiranya dia menolak tawaran tersebut, tiada peluang kedua di masa hadapan.

mungkin pada mata orang kejam sangat keluarga kami kerana menghalang pelajaran adik mama lynn sorang ni. dalam situasi myra rasanya korang pun akan serabut memikirkan pilihan yang perlu dibuat. lagi kasihan bila fikirkan hanya tinggal 3 semester untuk dia menghabiskan pengajian.

mungkin dalam masa tahun pertama ini myra boleh bekerja dan boleh mengambil cuti tanpa gaji kemudian bagi menghabiskan pengajian. mama lynn pun tak berani nak komen lebih-lebih kerana mama lynn sendiri berjaya menghabiskan pengajian tanpa gangguan dalam pelajaran. cuma, bila fikirkan 3 tahun setengah mama lynn belajar di UITM. satu semester mengambil pra-perdagangan dan 3 tahun mengambil diploma pengajian bank, bila bekerja selama 6 tahun ini hanya sebagai pembantu tadbir (p/o) di MBSA. orang ada degree pun tak laku. susahnya nak dapat kerja. sebab tu jugalah mama lynn tak menghalang myra memilih untuk menagguhkan pengajiannya.

keluarga kami takkan menghalang seandainya myra ingin menyambung pengajian secara pjj di mana-mana institusi awam. kawan-kawan mama lynn juga ramai yang belajar secara pjj. insya Allah, kita kena yakin dengan apa yang kita buat. pasti ada hikmahnya di atas semua ini. semoga adik mama lynn bersedia melangkah ke alam pekerjaan. terlalu besar pengorbanannya terhadap masa hadapan dan mak kami. moga Allah melimpahkan kebahagian dan kekuatan untuk myra berjaya di dalam kehidupan.


p/s : akan hupdated gambar-gambar di majlis konvokesyen adik mama lynn di entri akan datang.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar