Followers

Tuesday, June 26, 2012

Tips Membersihkan Hati

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati." - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir


selalu rasa hati ni tak cukup kuat untuk berbaik sangka atau berfikiran yang positif. seringkali juga diri sendiri menghakimi luaran seseorang tanpa kita mengenal peribadinya dengan terlebih dahulu. mama lynn tidak terlepas dari situasi begini, susah bukan ada perasaan begini. susahnya untuk menjadi lebih baik.

kita cuba ikhlaskan diri pada orang lain, tapi seringkali juga keihlasan kita tidak dihargai. perlukah kita terus kecundang jika berada dalam situasi ini. jangan sesekali berputus asa. berusaha dan terus berusaha dan jangan lupa untuk mendoakan kebaikan bersama. itu yang mama lynn mahu terapkan dalam diri. mama lynn bukanlah seorang pendendam. tidak mahu jadi seperti itu.
sempat mama lynn buat sedikit carian berkenaan cara membersihkan hati di ejen carian yahoo. moga dengan tips-tips di bawah ini dapat membersihkan hati kita. insya Allah.
Bagaimana kita nak membersihkan hati dan mengurangkan sikap-sikap negatif step-by-step? Ikuti tips di bawah ni :
  • Beribadat dengan benar, seikhlas hati
  • Berakhlak baik
  • Menimba ilmu tanpa henti
  • Bekerja keras cara bijak
  • Bersederhana dalam hidup
  • Ringan tangan membantu sesiapa sahaja
dua tips tambahan  :

Pertama, maafkan orang lain sebelum tidur, ikhlaskan hati dan lupakan kesalahan orang lain yang pernah menyakitkan hati Anda. Dengan ini, dapat mencuci hati dan membentuk diri kita menjadi orang yang berfikiran positif.

Selagi tak melatih diri untuk memberi kemaafan, selagi tu Anda akan berfikiran negatif dan turut menarik segala situasi negatif supaya muncul dalam hidup kita. Kuasa minda tak mengenal negatif dan positif, janji ia dah bersarang dalam minda Anda, itulah yang akan ditariknya.

Kedua, sentiasa panjatkan rasa syukur atas apa yang kita ada sekarang ni, fizikal kita, harta benda milik kita, kerjaya kita (termasuk gaji kita!) dan keluarga kita. Dalam surah Ibrahim ayat ke 7, Allah berfirman bahawa lebih banyak Anda bersyukur, lebih banyak juga nikmat yang akan ditambahkan ke dalam hidup Anda.

-SUMBER
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. ooo blog dh btukar wajah... patut xlah msk td :-)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. berkat pertolongan blogger yg mahir

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar