Followers

Monday, June 25, 2012

alor setar - sg petani - kulim

tak banyak cerita yang nak di updated. nampak gaya mood malas untuk blogging dan melanda diri ni. cerita exam alhamdulillah macam orang lain jugak, ade yang boleh jawab dan ada yang teragak-agak untuk dijawab. a bit susah untuk orang yang dah lama x pergi skolah + tinggalkan alam pelajar.

mama lynn bertolak ke alor setar dari kulim petang jumaat lepas. perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam lebih. tu pun pasal nak save bajet, kami ikut jalan biasa. bila dah sampai alor setar, tempat pertama di tuju adalah kolej universiti insaniah. menjejak lokasi exam dahulu sebelum mencari tempat menginap. mujur juga GPS hp mama lynn berfungsi dengan baik. en suami yang kebetulan memang biasa jalan di alor setar tidak mengambil masa yang lama untuk mencari kolej tersebut.

selesai mencari lokasi exam, lokasi tempat menginap pula dicari. dengan bajet bawah rm100.00 / malam dapat juga kami tidur dalam keadaan yang selesa. dah rasa macam pergi bercuti la pulak. anak2 yang turut ikut bersama bukan main gembira lagi. dapat tidur hotel lah katakan. lokasi hotel bajet adalah di kawasan shahab perdana, alor setar. betul2 depan radix fried chicken (still tak sempat nak singgah rasa RFC) .

aktiviti malam sekadar keluar makan malam. mujur pilihan kami adalah tepat kerana masakan yang disediakan cukup menyelerakan. makan untuk 4 orang dengan menu goreng2 baru rm26.90 . kira berbaloi dan murah.

pagi sabtu tu, mama lynn berjaya menghadirkan diri untuk exam. berdebar2 jugak dibuatnya. alhamdulillah segalanya telah selesai. jujur untuk paper A , mama lynn tidak begitu berharap . paper B rasanya memang score kerana melibatkan soalan matematik (saya sangat suka mengira).

ikutkan plan asal lepas exam baru nak meronda di bandar alor setar tapi plan kami terpaksa di tukar. kena balik sg petani untuk ambil ibu mertua di rumah abang ipar. itu pun kerana adik arwah ayah mertua (kalau tak salah perkaitannya dengan keluarga suami) masuk wad ICU di hospital kulim. sebelum zuhur dah sampai sg petani. lebih kurang pukul 3.30 petang selepas selesai solat dan makan tengahari baru kami bertolak pulang ke kulim. sempat meluangkan masa hampir 2 jam di hospital kulim. kebetulan masa ni la dapat berjumpa saudara mara. pertemuan dilanjutkan lagi di rumah ibu mertua mama lynn. adik beradik belah ibu mertua datang makan malam. riuh rendah rumah dibuatnya. ape pun berkumpul macam ni lah baru trill. seronok.

agak panjang entri kali ni. dalam pada tiada cerita untuk di updated mama lynn sempat berkongsi cerita dengan cukup detail. semalam mama lynn bertolak pulang dari kulim lebih kurang pukul 11.00 malam. seawal perjalanan dari rumah , air mata ni dah menitik. manakan tidak, sekali lagi perlu berjauhan dari yang tercinta. "moga Allah swt mempermudahkan urusan dalam rumahtangga kami. amin " . rasa bila dah genggam jari-jemari suami, berat untuk dilepaskan. akan mula merindu. dan pagi tadi alhamdulillah selamat sampai di shah alam lebih kurang pukul 4.40 pagi, mama lynn ambil cab ke seksyen 24 (rumah kakak). sempat juga sambung tidur sekejap then bersiap pula untuk bekerja. sayang rasanya nak ponteng kerja.

sedikit gambar untuk tatapan semua  =)

sempat ambil gambar, berani sungguh !!
candid : en suami saya
pandangan luar dewan exam
anak bujang yang sibuk ngan kunci bilik
anak dara tersayang
 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar