Followers

Wednesday, June 27, 2012

selasa yang panjang dan penat

penat
masih terasa penat dan letih. masakan tidak, tiga hari ni jadual harian agak padat. sedari jumaat lepas mama lynn rasa tidak cukup rehat, tidak cukup tidur juga. letih dan penat.

semalam sempat ke melaka sekejap. pagi2 masuk kerja mama lynn dah isi borang keluar pejabat. ke melaka atas urusan mengambil adik (amirah a.k.a myra) di kolej universiti islam melaka (KUIM) yang terletak di kuala sungai baru. pagi ni adik mama lynn menghadiri temuduga bagi jawatan pembantu tadbir (N17) .

kereta rosak
perjalanan ke melaka semalam agak mencabar dan banyak sangat dugaan sebenarnya. sebelum perjalanan lagi kereta kakak mama lynn  yang sepatutnya digunakan ke melaka rosak di tepi jalan berhadapan SACC mall. hp mama lynn pula kebetulan dah flat. jenuh la mama lynn menunggu kakak di rumahnya dan dia pula terpaksa menunggu abang ipar datang melihat kerosakan kereta.  setengah jam menunggu baru kakak mama lynn muncul. nak tak nak terpaksa jugak drive myvi ke melaka. kalau ikutkan cluth myvi pun dah nak habis, plan sebenar dalam masa terdekat nak hantar ke bengkel. abang ipar pulak terus bawak myvi untuk diperiksa sebelum digunakan untuk perjalanan jauh. mujur juga mekanik di kedai tu beritahu masih boleh dipandu.

hujan lebat
kami bertolak ke melaka lebih kurang pukul 2.30 petang.  selepas dengkil hujan dah mula turun dengan lebatnya . aircond myvi memang sedia rosak. sangat merbahaya memandu dalam keadaan begitu, ditambah pula dengan angin kencang. mama lynn sempat singgah di RNR seremban untuk berehat kerana takut nak memandu. apatah lagi kabus pun dah mula tebal dan keadaan cuaca mulai gelap. dugaan Allah. selepas 15 minit baru lah mama lynn menyambung perjalanan ke melaka. bila pandang meter paling laju berani pergi pun sekadar 80. biar lambat asalkan selamat.

mujur juga separuh perjalanan hujan pun dah reda. kami sampai di KUIM lebih kurang pukul 4.45 petang. agak lambat macam siput tapi itu lebih baik daripada mempertaruhkan nyawa di jalan raya. sempat singgah untuk solat asar di masjid KUIM. pukul 5.20 petang kami bertolak pulang ke shah alam. sampai shah alam pula lebih kurang pukul 7.00 malam. mama lynn dan kakak bersama-sama adik dan anak buah singgah makan di KFC alam sentral. selepas makan singgah solat maghrib dan isyak di surau MBSA. (kakak mama lynn kurang sihat , sempat la dia tidur di surau dan mama lynn awal-awal tunaikan solat isyak.)

sampai rumah
mama lynn sampai rumah mak (di kapar) lebih kurang pukul 1.00 pagi. kenapa jadi lambat ? kebetulan adik mama lynn yang seorang lagi, filzah habis bekerja pukul 11.30 malam. nak kena ambil dia di rantau panjang. kerana malas nak keluar balik, mama lynn decide lepak kejap di rumah kakak (sek 24, shah alam). lebih kurang pukul 11.45 malam baru mama lynn dan myra bertolak ke rantau panjang. cerita tak habis di situ, mama lynn kena pula ajar myra jalan ke ofis kakaknya itu. tu pun sebab kebetulan filzah perlu menghadiri temuduga pada hari yang sama dengan adiknya tapi dia di pejabat pos besar shah alam. letih kan .

sampai rumah mandi2 terus masuk tidur. semoga keduanya berjaya di dalam temuduga. insya Allah. sebagai kakak, ini sahaja yang dapat mama lynn lakukan untuk mereka. sentiasa menyokong dan memberi bantuan apa yang termampu.  biar kita berkorban sedikit untuk mereka asalkan ruang untuk masa depan mereka cerah.

p/s : entri panjang sangat.. hehe sama macam apa yang mama lynn tempuh semalam.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

6 pesanan kasih sayang:

  1. wahh,hari yg penuh onak duri...

    good luck for ur sister..:)

    ReplyDelete
  2. insya Allah, dengan izin dari Nya

    ReplyDelete
  3. dugaan tuh..hehe..bila keta rosak lg dugaan..

    ReplyDelete
  4. hairy : terduga dan perlu bersabar la gayanya... hehe

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar