Followers

Tuesday, June 5, 2012

rumah mama lynn hampir dimasuki pencuri

macam x best pulak kalau tidak menghasilkan sebarang entri. mungkin semangat blogging tu tengah berkobar-kobar. kalau tengah bersemangat memang begitulah gayanya, cuba kalau tengah malas. nak bukak blog pun jadi susah sangat.

tiada apa yang menarik untuk diceritakan cuma kelmarin mama lynn telah menempuh satu pengalaman yang agak menakutkan diri ni. tak tahu lah kalau kena kat batang hidung korang reaksi korang macam mana. 

nak jadikan cerita paksu en suami  & keluarga bertolak pulang ke kulim dari rumah mama lynn lebih kurang pukul 5.00 pagi . kalau yang tak tahu bila paksu en suami datang boleh singgah kat entri ini.  tak sampai 5-10 minit selepas paksu bertolak pulang mama lynn terdengar bunyi yang agak mencurigakan dari atas siling rumah mama lynn. dalam hati ni memang dah sedia berdebar cos paksu ada maklumkan yang sebelum tu lebih kurang pukul 4 lebih ada seorang lelaki yang tidak dikenali berlegar-legar di belakang rumah mama lynn. mama lynn memang tak lena nak tidur balik. kerana tak mahu kejadian yang tidak diingini berlaku mama lynn beranikan diri untuk ke bilik sebelah, bila da comfirm ada suara orang dari atas siling tu mama lynn terus ambil kunci rumah , bukak pintu rumah dan grill then terus berlari ke rumah jiran. dah hilang rasa takut keluar pagi-pagi hari.  cepat-cepat bagi salam dan mujur jugak jiran mama lynn cepat keluar.

bila jiran mama lynn datang balik ke rumah untuk memeriksa samada ada orang asing atau tidak didapati bunyi bising tu dah tiada tapi  wife jiran mama lynn terdengar bunyi bising dari siling rumah dia. mungkin juga penceroboh tu nak melarikan diri. agak saspen peristiwa tu tapi jujurnya mama lynn bersyukur cos mama lynn tak tidur lena terus. kalau tak tak tahu apa yang akan terjadi pada diri ni. dah la suami mama lynn duduk jauh.

buat sementara waktu ni mama lynn bermalam di rumah mak mama lynn. rasa masih tak kuat lagi untuk pulang ke rumah sendiri. berdebar tu still ada, sampai bila dengar bunyi pelik je dah gelabah.

pada hamba Allah tu cari la kerja yang lebih mulia. kenapa perlu nak ganggu dan mengancam kehidupan orang lain. kalau korang kat tempat mama lynn comfirm korang pun ikut gelabah. pengajaran untuk mama lynn jugak cos terlalu berani tinggal sorang2. bila jadi macam ni baru la rasa nak cepat2 dekat ngan en suami.  

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

4 pesanan kasih sayang:

  1. alhamdulillah..xde pape.memang takut kalau tinggal sorang2 ni. bahaya..lagi2 perempuan, nk lawan tapi tenaga tak kuat.. (ada hati nak lawan kan..kalau sy pun awal2 dah lari selamatkan diri dulu. :p)

    ReplyDelete
  2. mummy greenyhouse : tahu xpe. pikir keselamatan diri je klu jadi camni . x pikir lain dah

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah xda pe2.. tp kalu sy pun takut jugak... baca entry ni pun dh seriau..

    pe2 pun, ati2 tau

    ReplyDelete
  4. intan : pengalaman utk sy ni. urrrmmm smalam sempat blk rumah kejap , membasuh baju... lepas siap keje mandi2 terus blk rumah mak semula. tgk la sehari dua lg macam mana

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar