Followers

Friday, June 8, 2012

mood : rajin plak nak masak

lama tak buat kuih. semalam mak mama lynn request minta buatkan kuih keria. kebetulan beli keledek, mama lynn buat kuih karipap sekali. wahh rajin x ingat even penat bekerja tak hilang lagi. mungkin juga mood rajin nak buat kuih tu datang kot.

2 hari lepas pun mama lynn ada buat kuih karipap tapi bila guna inti ubi kentang rasa macam tak sedap plak. hehe mungkin masa tu buat dalam keadaan malas pun. rasa pun boleh berubah-rubah.

honestly mama lynn suka je buat kuih. even tak la pandai sangat tapi sekurang-kurangnya minat nak mencuba tu ada. kalau sekali buat tak jadi , next time boleh cuba lagi. urmmm mama lynn ada beli acuan untuk buat kuih kasuwi tapi sampai sekarang tak buat-buat lagi.

buat kuih ni tak perlukan kemahiran tinggi. yang penting kita belajar dan perhatikan macam mana orang buat kuih. insya Allah mesti jadi even tak la sesedap orang yang ada kemahiran buat.


jom tengok hasil kerja tangan mama lynn


keria, baru lepas goreng

sedang menyira keria dengan gula

karipap inti keledek, belum digoreng

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar