Followers

Saturday, June 23, 2012

exam spa

ketika entri ini dibaca mama lynn mungkin sedang menikmati sarapan pagi bersama anak-anak dan keluarga di kampung. perjalanan dari klang ke kulim sekali lagi mama lynn tempoh lewat malam tadi. pagi2 hari dan menjejakkan kaki di kampung halaman suami tercinta. sangat bahagia untuk beberapa hari ini. itulah harapan seorang isteri bila dekat dengan suami yang tercinta.

pulangnya ke kampung kali ini membawa seribu harapan. bermadah puitis mama lynn kali ini. sebenarnya esok (sabtu, 23.6.2012) mama lynn perlu menghadiri peperiksaan bagi memasuki skim perkhidmatan penolong akauntan gred W27. pada yang kurang pasti, ada mama lynn kongsikan berita ni di entri LEPAS . debaran di dada masih terasa. kerisauan lebih berganda bila fikirkan mama lynn tidak membuat persediaan yang cukup rapi sebenarnya. risau juga bila fikirkan apakah soalan-soalan yang bakal keluar.

mujur juga soalan exam nanti berbentuk objektif.
mood : lega rasanya tapi TAKUT

even ada masa 2 minggu lebih , jujurnya mama lynn sendiri kurang arif tentang skop soalan yang bakal mama lynn jawab. cuma sempat mencari nota-nota untuk di rujuk di saat akhir. moga ianya tidak menyukarkan diri ni. ini adalah langkah pertama untuk mama lynn bertapak di tempat yang lebih baik.

mood di hari jumaat sementara menunggu waktu untuk bertolak ke alor star adalah bersantai di samping anak2 tersayang. sambil tu masih tersisa sedikit masa untuk sedikit ulang kaji. berdebar!!! sangat berdebar sebenarnya.

mama lynn akan updated cerita di kampung awal minggu depan, insya Allah. kemudahan internet yang terhad menyukarkan mama lynn nak blogging di sini. masa untuk keluarga =) , itu yang lebih utama.

doakan mama lynn berjaya. amin


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar